Apakah Bezanya Bank Bercorak Islam Dengan Bank Konvensional Yang Lain.?
"Apabila sesuatu itu di buat atas nama Islam, ianya mistilah berasakan kesucian dengan berpandukan ajaran Rasul. Melebelkan nama Islam, sebenarnya merupakan satu tanggungjawab besar untuk melaksanakan amalan-amalan keislaman itu sendiri. Mengapakah bank itu dinamakan Bank Islam? Tidakkah Bank Islam terasa terpikul dengan nama Islam yang disandangnya. Melebel Islam tetapi tidak beridentitikan Islam adalah perbuatan yang meloyakan... Apabila sesuatu itu di buat atas nama Islam, ianya mistilah berasakan kesucian dengan berpandukan ajaran Rasul. Melebelkan nama Islam, sebenarnya merupakan satu tanggungjawab besar untuk melaksanakan amalan-amalan keislaman itu sendiri. Mengapakah bank itu dinamakan Bank Islam? Tidakkah Bank Islam terasa terpikul dengan nama Islam yang disandangnya. Melebel Islam tetapi tidak beridentitikan Islam adalah perbuatan yang meloyakan . Kecualilah, orang-orang yang menubuhkannya mempunyai agenda bisnes untruk medominasi umat-umat Melayu supaya melunggukkan duit di situ kerana rata-rata orang Islam lebih mementingkan kesucian. Kita lihat sejauhmanakah perjalanan dan perlaksanaan sistem bank islam benar-benar islam? Apakan bezanya Bank Islam dengan bank-bank konvensional yang lain.? Mungkinkah dengan penukaran istdari istilah faedah kepada profit misalnya, menyebabkan ianya menjadi suci? Sejauhmana Bank Islam hanya berhujjah dangan isu BLR untuk memuliakan diri sendiri? Mungkinkah dengan ciri-ciri yang Bank Islam ada, menyebabkan ramai orang yang bukan islam tidak tertarik dengan Bank Islam. Mereka selalu berkata..sama saja maaaa. Kadang-kadang kita harus memahami apa sebenarnya maksud riba. Oleh sebab itu, Bank Islam cuba untuk lari dari riba dangan menukar istilah iaitu dari feadah kepada profit. Atas istilah baru itu, apa sahaja bayaran yang lebih dikenakan bolehlah dihalalkan. Sedangkan maksud sebenar riba adalah lebihan atau tambahan (al-ziyadah) yang dikenakan ke atas pinjaman. Dan sebab utama riba (bayaran lebih) ini diharamkan adalah kerana Islam memandang ianya sebagai satu penganiayaan ke atas si peminjam, yang terpaksa menanggung jumlah bayaran balik yang jauh lebih tinggi dari apa yang dipinjamnya. Sebagai contohnya, kalau dengan bank konvensional, pinjam RM100,000, bayar balik RM220,000, RM120,000 (bayaran lebih) itu adalah riba dan satu penganiayaan kepada si peminjam. Dengan Bank Islam pula, pinjam RM100,000, bayar balik RM250,000, bayaran lebih RM150,000 (jauh lebih tinggi). Adakah ini bukan riba dan bukankah satu penganiayaan?Malahan ia dihalalkan oleh Ustaz-ustaz yang disuap dengan gaji tinggi oleh pihak bank kerana anda menjaga kepentingan pelabur-pelabur mereka. Cuba kita fikir sendiri. Kita ada rumah bernilai RM100,000 dan nilai tersebut sudah pun disahkan oleh jurunilai berdaftar mengikut harga pasaran. Tapi bila kita beli rumah tersebut dari Bank Islam secara ansuran, Bank Islam cakap harga jualannya adalah RM250,000. RM250,000 itu berdasarkan nilai pasaran 30 tahun akan datang. Adakah kita rela atau menyumpah-nyumpah dengan Bank Islam kerana mark-up harga tahap maut? Takkan kita nak niat sedekah pada bank yang sudah sememangnya kaya-raya. Lazimya, Bank Islam berhujah, bahawa harga kami adalah tetap. Tidak kira apapun terjadi harga sudah ditetapkan. Disinilah point Bank Islam untuk membela diri dan menyucikan diri, tetapi sesuatu yang kita harus tanya, apakan jadi dengan harta, jika dilelong atau telah muflis? Cara kiraan Bank Islam amatlah menyedihkan. Contohnya, katakan anda buat pinjaman RM100,000 dengan kadar 7.5% setahun untuk 30 tahun. Harga jualan bank islamik = RM 250,944. Sebulan anda bayar lebih kurang RM700 sebulan. Setahun, anda bayar RM8,400. 10 tahun anda bayar RM 84,000. Ditakdirkan, selepas 10 tahun, anda mengalami masalah kewangan dan tidak mampu bayar ansuran rumah lebih setahun. Rumah tersebut terpaksa bank lelong . Mengikut harga pasaran, rumah tersebut dinilaikan pada harga RM160,000. Tetapi kerana rumah itu dilelong pada harga murah, ia hanya dapat dijual pada harga RM 146,000 sahaja. Bank Islam akan buat pengiraan berdasarkan harga jualan yang sudah ditetapkan dari awal (RM250,944), tolak semua bayaran yang anda sudah buat selama 10 tahun (RM84,000) dan harga kutipan lelong RM146,000. Oleh kerana anda gagal buat bayaran dan rumah dilelong, bank tidak akan beri anda rebet atau diskaun. Mereka caj harga penuh. Selepas ditolak semua bayaran, anda masih lagi berhutang kepada bank RM20,944. Mahkamah perintahkan anda bayar baki hutang pada kadar RM100 sebulan dan selagi ia tidak selesai, anda masih diblack-list dari kesemua institusi kewangan (CTOS) sampai mati. Ini bebeza dengan bank konvensional (Bukan nak memuji bank konvensional, sekadar ambil perbandingan) apabila rumah anda dilelong, jumlah yang boleh dituntut oleh pihak bank, hanyalah setakat full settlement amount selepas 10 tahun (RM 86,655) dicampur dengan tunggakan bayaran serta interest (katakanlah semua RM10,345). Dari harga lelong RM146,000, tolak full settelement value RM 97,000, anda masih dapat untung RM 49,000 dari harga lelong tadi. Memanglah anda kini takde rumah, tapi sekurang kurangnya anda tidak ditinggalkan dalam keadaan masih berhutang dengan pihak bank. Boleh jugak mulakan hidup baru dengan menyewa dan selesaikan hutang hutang lain. Kadang2 terfikir mana yang lebih zalim... Mengapa sesuatu yang dibuat atas nama Islam boleh mengolah sistem kewangan sezalim itu? Selalunya Bank Islam berhujah atas nama BLR. Ramai rakyat tidak tahu makna BLR ini. Kadang-kadang orang-orang bank menakut-nakutkan pengguna dengan BLR terutama jika berulang lagi krisi ekonomi. Memang kita akui, kadar BLR akan berubah ubah dari masa ke semasa, tetapi ia tidak akan naik tidak tentu pasal. Jika ia dinaikkan, tentu ada sebab di sebaliknya. Sebagai contoh, tahun 1998 kadar BLR terpaksa dinaikkan kerana masalah manipulasi matawang ringgit di pasaran luar. Bila kadar pinjaman dinaikkan, ekonomi akan jatuh. Jika kita perhatikan, BLR naik pun tidak lama. BNM pun tahu, kalau kadar BLR disetkan tinggi, lama-lama orang tak mampu bayar loan mereka akan menderita. Kadar pinjaman tidak berbayar (non-performing loan) naik mencanak-canak. Selepas 2 tahun, kadar BLR jatuh kepada 6.8%, kemudian kepada 6.4% dan akhir sekali kepada 6.0%. Hanya apabila harga petrol dinaikkan 30 sen, harga barang mula naik, inflasi juga mula naik. Untuk mengawal inflasi dan harga barang yang dikawal, maka BNM naikkan kepada 6.75% sekarang ini. Anda boleh refinance loan konvensional lama kepada loan baru yang menawarkan kadar lebih murah BLR , dengan FREE MOVING COST , tanpa ada yuran guaman. Pindah saja loan lama kepada bank baru yang menawarkan interest yang lebih murah. Malahan ada institusi kewangan yang sanggup beri fixed rate untuk loan konvensional sepanjang tempoh pinjaman seperti di AIA Assurance, Malaysian Building Society (MBSB), Citibank,CIMB Bank dan sebagainya. Mereka boleh offer 5.75%, 5.99%, 6% fixed rate loan, Rasa-rasa mana yang lebih mahal? Loan konvensional atau loan islamik? Sekalilagi saya tegaskan, bukan untuk memuji bank konvensional, sekadar buat perbandingan, sahaja dan untuk melihatkan Bank Islam dan Bank konvensional tiada bezanya. Ini satu lagi, produk Bank islam yang didakwa adil dan mencerminkan keislaman iaitu rebet(ibra) Apa itu ibra? Ianya hanya sekadar gimik Sistem pinjaman Islam. Kita ambil contoh keadah ibra ni, berpandukan contoh pinjaman rumah tadi, setelah membayar pinjaman rumah selama 10 tahun (total payment RM84,000), nilai full settlement untuk loan konvensional adalah RM 86,655. Anda bayar RM 84,000, hanya untuk mengurangkan baki pinjaman sebanyak RM 13,345. Ini yang orang dulu mengamuk, bayar punyalah banyak, tapi baki pinjaman baru berkurangan sikit. Kebanyakan bayaran selama ni, hangus sebagai interest (bayaran lebih) kepada bank sahaja. Ini yang banyak dijadikan modal oleh islamik bank untuk menjatuhkan sistem interest oleh bank konvensional, kononnya tak telus. Padahal, orang mengamuk sebab mereka tidak ada pengathuan tentang sistem pengiraan loan. Kalau anda pakai loan islamik, setelah bayaran 10 tahun RM84,000, anda buat full settlement, bank islamik akan tolak RM 84,000 dari harga jualan RM 250,944. Baki hutang sepatutnya RM 166,944. Tetapi oleh kerana anda selesaikan pinjaman awal, maka bank islamik minta bayaran RM 86,655 sahaja lah. Lagi RM 80,289 kira diskaunlah, rebet ibra' dari bank islamik. Banyak tuh RM80,000 diskaun, mana nak dapat? Kan bank islamik bermurah hati. Padahal, nilainya sama sahaja dengan full settlement loan konvensional. Tapi diwar-warkan seolah olah Bank Islam sangat bermurah hati bagi diskaun RM80,000. Sedangkan dari sudut teknikal, apabila anda selesaikan pinjaman lebih awal, pihak bank TIDAK BERHAK UNTUK TUNTUT INTEREST / PROFIT untuk baki tempoh pinjaman. Mereka hanya berhak ke atas tempoh sebelum penyelesaian awal sahaja. Cuba anda bandingkan sendiri, nilai early settlement dari loan konvensional dan loan islamik? Yang mana lebih murah? Kadangkala early settlement dari islamik loan lebih tinggi sedikit dari loan konvensional kerana mereka kenakan penalti caj yang lebih tinggi. Untuk kepastian, cuba anda selidik sendiri dan semak betulkan ada diskaun seperti yang dinyatakan, atau sekadar GIMMICK SAHAJA? Yang menjadi masalah sekarang, loan islamik tidak memgambil kira bayaran lebih yang anda lakukan untuk kurangkan profit yang dicaj ke atas loan anda. Ini berlaku terutamanya dalam pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Selagi pinjaman tidak dilangsaikan penuh, apa jua bayaran lebih tidak dikira untuk kurangkan total profit. Ini berbeza dengan loan konvensional di mana anda boleh bayar lebih untuk kurangkan baki pinjaman anda. Baki pinjaman berkurangan, interest yang dikenakan juga berkurangan. Disini juga harus diingat, Bank Islam bukan penjual rumah, kereta atau barangan kedai. Mereka adalah insititusi yang beri khidmat kewangan dan khidmat kewangan mereka, banyak datang dari meminjamkan duit pelabur pelabur mereka kepada orang ramai. Yang kadang-kadang menjadi masalah, mereka mengenakan profit yang terlalu tinggi dari modal asal barang tersebut. Apabila si penjual mengenakan profit yang terlalu tinggi, ia mirip riba juga, iaitu riba al-Fadl. Ada dalil dari Quran yang menyatakan, adalah haram bagi seseorang yang mengenakan riba (bayaran lebih) berlipat ganda. Harus diingat juga, sistem ekonomi Islam bukan dibina dengan niat untuk membuat keuntungan semaksima yang boleh seperti sistem kapitalis. Ekonomi Islam mempunyai etika jual-belinya sendiri yang perlu kita patuhi dan etika ini menyarankan kita berbuat baik sesama orang lain, bukan menzalimi mereka. Tahukah kita ada beberapa sistem dalam Bank Islam ditiru dari bank konvensional. Contohnya, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Mereka kata pinjaman Bank Islam bukan terjemahan dari pinjaman konvensional, tetapi jika kita selidik, kita akan dapati ianya di copy bulat-bulat produk konvensional. Bagaiman ia terjadi? Ambil contoh pinjaman peribadi di sebuah bank A. Pinjaman ditawarkan pada 5.6% setahun sahaja untuk tempoh 5 tahun. Pinjam RM10,000, sebulan bayar RM 213 sahaja selama 60 bulan. Kononnya cukup murah 5.6%! Ramai orang tak tahu, 5.6% setahun itu bukanlah kadar sebenar pinjaman. Sebaliknya ianya adalah kadar nominal sahaja. Dalam erti kata lain, kadar pada nama sahaja. Pinjaman islamik meniru sahaja format pinjaman peribadi konvensional, yang gemar publishkan kadar nominal, dan bukannya kadar sebenar. Kadar sebenar untuk pinjaman tersebut, perlu anda rujuk mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate) dalam loan agreement anda. Itulah kadar sebenar pinjaman anda dan ia dinyatakan pada kadar 10.2% setahun. Itulah, kadang-kadang kita pun tak tahu mengapa orang-orang Bank Islam tidak berterus terang dalam hal ini. Mereka ni tidak tahu ke atau mereka menganggap orang-orang awam tidak tahu apa-apa? Pinjaman kereta adalah satu lagi masalah Bank Islam. Ramai penarik-penarik kereta ala samsing berlambak mencari senarai nama peminjam yang lambat bayar ansuran. Mengapa badan yang berasakan Islam boleh mengupah samseng tarik kereta, untuk mengugut peminjam peminjam yang bermasalah?. Bila kereta dilelong, harga kereta jauh lebih rendah dari harga jualan pinjaman kereta. Si peminjam, sudahlah kena caj upah tarik kereta yang mahal, kemudian setelah kereta dilelong pun, masih menanggung hutang yang tidak habis sebab takde rebet. Berterusanlah si peminjam kena blacklist, menanggung hutang pinjaman kereta walaupun kereta sudah dilelong. Tetapi sebelum buat pinjaman kereta ini, cukup manis kata-kata mereka - pinjaman islamik yang telus dilakukan dengan akad sewa beli. Bila anda membeli kereta dengan skim pinjaman islamik mereka, anda umpama menyewa kereta dari mereka. Orang sewa kereta, kalau dah pulangkan, tidak perlu bayar sewa lagi. Tapi peminjam yang kereta sudah dilelong pun, masih kena blacklist dan tanggung hutang kadang-kadang sampai mati. Artikal ini bukan hendak menjatuhkan Islam. Hanya sekadar hendak memberi sedikit penerangan supaya sistem yang sedia ada boleh dibaikpulih dan lebih berwajah Islam. Tidak guna menggunakan nama Islam tetapi sistem masih jahlliah dan penuh kezaliman. Biarlah Bank Islam didirikan atas dasar ingin membantu memajukan umah bukan untuk menindas ummah. Sampailah masanya, kerajaan harus bertindak membersihkan sistem Bank Islam atau sistem kewangan Islam. Apatah lagi dengan rekod Bank Islam yang telah mengalami kerugian. Mungkin, jika tidak diubah, orang Islam sendiri tidak akan dapat melihat kemuliaan dan kesucian Islam apatah lagi orang-orang bukan Islam.. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa dari tangan orang Islam sendiri yang banyak menjatuhkan Islam. wallahualamm PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani plag setelah melancarkan Ar-Rahnu Bank Islam cawangan Kota Bharu, sambil disaksikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Sri Mustapa Mohamed (kanan) dan Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Sri Zukri Samat (kiri), semalam. - Foto Zaman Huri Isa Link - Sumber dari Internet |
0 comments: