Notis saman disertakan gambar mulai 1 Mei

4/29/2011 05:05:00 pm 0 Comments

Notis saman disertakan gambar mulai 1 Mei
Posted by KedahLaNie
KUALA LUMPUR, 28 April — Polis memutuskan untuk menyerahkan notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati telah melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) hari ini.
Bagaimanapun menurut Khalid, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.
Beliau berkata polis akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.
"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman berserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," kata beliau dipetik media hari ini.
Khalid juga berkata kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.
Laporan Utusan Online memetik Khalid sebagai berkata kaedah itu digunakan akan berperanan sebagai 'bahan bukti' bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya.

Tiada lagi 'senarai-hitam' - JPJ
selatanonline
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor bagi kes yang tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat.

Beliau berkata, hanya kes yang dibawa ke mahkamah dan kes jenayah yang berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia atau JPJ sahaja yang akan disenarai hitam lesen memandu dan kenderaan motor terbabit.
"Tindakan menyenarai hitam kenderaan dengan menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang dilakukan oleh JPJ adalah selaras dengan kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) dan 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan. "Tindakan ini diambil terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah yang ingin tahu mengenai kenderaan yang disenaraihitamkan oleh JPJ berdasarkan saman ekor sedangkan kesalahan belum disabitkan oleh mahkamah.
Menjawab pula soalan Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang ingin tahu jumlah kenderaan yang disenaraihitamkan sejak 2009, Jelaing berkata sebanyak 119,330 lesen memandu dan 154,663 lesen kenderaan motor telah disenaraihitamkan pada tahun lalu.
Manakala pada tahun sebelumnya, sebanyak 122,794 lesen memandu dan 180,624 lesen kenderaan motor disenaraihitamkan.
"Kita menjalankan tugas yang amat bermakna di mana kita mahu kurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya. Dengan adanya penyenaraian hitam kenderaan dan lesen memandu dan penguatkuasaan cara lain dapatlah membantu mengurangan kemalangan jalan raya," katanya. - BERNAMA
Posted by cucutalib

----- Original Message -----
From: IlyTrolak
Subject: KPN: PDRM Keluar Notis Saman Beserta Gambar Ke...
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Mulai 1 Mei ini, Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman beserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati telah melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.

"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman beserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini pada Khamis.
Katanya kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.

Kaedah itu digunakan sebagai 'bahan bukti' bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya, katanya.

Khalid berkata bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana anggota dan pegawai polis yang enggan menerima sesuatu laporan polis.

Menurutnya isu tersebut antara yang dibangkitkan dalam mesyuarat 'Delivery Task Force' bagi mengurangkan kes jenayah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Khamis.

Khalid berkata pengurusan tertinggi PDRM telah menerima banyak aduan mengenai isu tersebut dan masyarakat perlu tampil melaporkan mana-mana anggota yang enggan menerima sesuatu laporan polis.

"Tulis nombor mereka dan catat di mana kes itu berlaku. Kita tidak akan berdolak-dalik dalam hal ini dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang enggan mengikut arahan ini," katanya.

Beliau berkata sepatutnya, laporan boleh dilakukan di mana-mana balai dan siasatan akan dilakukan segera dan memanggil individu yang memuat laporan itu bagi membantu siasatan.

Mesyuarat itu turut membincangkan strategi dan kaedah bagi mengurangkan rasa takut masyarakat ketika berhadapan dengan sesuatu kes jenayah, katanya.

Bagi tujuan itu, Khalid berkata lebih banyak program kemasyarakatan akan diadakan bagi membolehkan polis dan orang ramai bertukar-tukar pendapat dalam menghadapi sesuatu kes jenayah.

Sumber: BERNAMA


IlyTrolak:

Batasan penguatkuasaan sesebuah organisasi perlu jelas, agar tiada pertindanan peranan. Apakah peranan pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan apakah bidang kuasa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), begitu juga pihak penguatkuasaan tempatan yang dibawah majlis atau dewan tempatan.

Mengapa wujudnya beberapa pihak dalam penguatkuasaan berkaitan satu bidang yang sama? Tidakkah boleh diserah sahaja kepada satu pihak sahaja?

Adakah kerana kekurangan kakitangan yang menjadi alasan? Rasanya pertindanan tugas berlaku maka adanya jawatan yang diwujudkan akan melibatkan pertambahan kos. Mengapa tidak perkara yang berkaitan dengan jalan dan pengangkutan diserahkan kepada JPJ? Jika kekurangan kakitangan yang menjadi alasan, maka tambahkan kakitangan untuk JPJ tersebut.

Biarlah PDRM dengan visi utamanya iaitu memerangi jenayah, mudah-mudahan dengan tumpuan yang khusus akan menjadikan pasukan PDRM sebagai pasukan elit dan seterusnya jenayah dapat dihapuskan atau diminimumkan.

Itu hanya perkara yang bermain di fikiran ini. Pemikiran seorang yang bernama rakyat biasa yang melihat bagaimana JPJ mencari saman, PDRM mencari saman dan Majlis atau Dewan tempatan pun mencari saman. Siap dengan target harian masing-masing.

Dengan itu, terfikir pula. Apakah sebenarnya konsep dan peranan saman ini? Mungkin alasan dunia dah berubah, maka.... peranan saman pun dah berubah.


0 comments: