Kalah Tak Bererti Kecundang Selamanya

4/06/2011 10:43:00 pm 0 Comments

Prestasi lambat panas dan formasi 4-5-1 membawa padah kepada pasukan Kelantan yang kini terpaksa turunb_250_200_16777215_0_https___lh6.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TYnGWVfr0hI_AAAAAAAAHzQ_QOIIGx08JX8_01.jpg daripada tahta liga untuk menduduki tangga ketiga liga. Kini tahta liga dirampas pasukan Selangor yang berjaya menewaskan Harimau Muda A 2-1 dan tangga kedua ditakluki Perak yang berjaya menewaskan Perlis 2-1.Kelantan yang bermain agak defensif pada separuh masa pertama sukar menghasilkan percubaan bahaya ke gawang gol T-Team yang dikawal baik Syamsuri. T-Team seperti dijangka demi menebus maruah peribadi, melancarkan serangan bertali arus ke kubu Kelantan yang sentiasa bocor apabila gandingan mantap Norfarhan, Rosdi, Indra dan Haris mengatur serangan. Pada minit ke 29 Zairo Anuar berjaya meledak gol pertama T-Team melalui sepakan percuma. Norshahrul yang dikawal ketat Azizi Mat Rose sukar melancarkan serangan berbisa, seolah-olah ada dendam peribadi Azizi Mat Rose kepada Norshahrul setelah dilihat beberapa kali melakukan terjahan keras kepada Norshahrul sehingga Azizi dihadiahkan kad kuning kerana mengasari Norshahrul. Kealpaan benteng Kelantan sekali membawa padah pada minit ke 45 iaitu selepas 2 minit masa tambahan apabila Norfarhan yang membuat larian pantas terus menerjah jaring gol menewaskan Khairul Fahmi. Keputusan kekal T-Team 2-0 Kelantan pada separuh masa pertama.
Petikan daripada Facebook: Tan Sri Annuar Musa
"Waktu kalah Lah ujian sebenar..jgn press butang panic..ini bukan tak di duga malah sy dah sebut tadi 4 pasukan yg mampu upset kita TERMASUK t team...KESAN KECACATAN TEAM AWAL MUSIM AKAN MULA KITA RASA...kita lack of depth dlm pasukan Dan reserve yg byk below par..bulan April Dan mei Ada 18 game Dan di sinilah KITA AKAN BERMASAALAH....kita nak kena BUAT sesuatu..ESOK SY JUMPA PEMAIN TERTUTUP!!"
b_250_200_16777215_0_https___lh5.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TVwtgfCPYeI_AAAAAAAAHZk_A9vrvL56ONc_58.jpgPada separuh masa kedua, Kelantan sekali lagi dihukum bekas pemain sensasinya Indra Putra pada minit ke 51 untuk membolehkan T-Team mendahului Kelantan 3-0. Pada ketika ini suasana stadium mula kecoh dengan provokasi kedua-dua penyokong, namun berjaya diredakan oleh pihak keselamatan. Pada minit ke 63 Danial Fadhly pemain pertahanan Kelantan mengembalikan semangat pemain dan penyokong Kelantan apabila berjaya meledak gol pertama Kelantan dan disusuli gol kedua oleh S Chanturu pada minit ke 66 untuk membolehkan Kelantan merapatkan jurang gol 3-2. Namun pada minit ke 80 Haris Safwan yang tidak dikawal rapi berjaya menjaringkan gol ke 4 T-Team. Kelantan tidak berputus asa untuk menyerang balas kubu lawan, pada minit 85 Kelantan diberikan sepakan penalti setelah S Chanturu dijatuhkan, Danial yang mengambil sepakan ini tidak mensia-siakan sepakan ini dan membolehkan Kelantan terus bersemangat mengejar gol. Namun kebangkitan Kelantan sudah terlambat, keputusan T-Team 4-3 Kelantan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.
Sekali lagi formasi 4-5-1 memberi tekanan yang kuat kepada Norshahrul, formasi ini dilihat tidak sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki barisan pertahanan yang mantap dan pertukaran pemain baru harus dilakukan segera bagi mengalihkan tumpuan serangan Kelantan dan fokus pemain pertahanan lawam. Sepatutnya peluang diturunkan awal perlu diberikan kepada pemain simpanan sekiranya pergerakan pemain yang ada sudah dirantai kemas pemain lawan.
Ini merupakan pengajaran kedua yang berguna kepada pemain dan penyokong Kelantan untuk meneliti serta memperbaiki segera kelemahan barisan pemain utama bagi menghadapi saingan yang lebih penting separuh akhir Piala FA 12 April ini. Sikap segelintir penyokong yang terlalu yakin sehingga memperlekehkan pasukan lawan sekali lagi menerima kritikan panas penyokong pasukan lain yang sentiasa menanti situasi kekalahan Kelantan. Ada juga di kalangan penyokong Kelantan sendiri yang sudah mula nipis hati mereka dengan kekalahan kedua Kelantan ini. Mereka ini hanya pentingkan kemenangan tiada langsung sikap terima kasih dan bangga mereka kepada para pemain yang bertungkus lumus memastikan tidak kalah teruk serta berusaha keras untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata, namun apakan daya usaha Kelantan sudah terlambat.
b_250_200_16777215_0_https___lh6.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TXBv8bFE-FI_AAAAAAAAHi8_pFh2TIysLSU_s640_5.jpgAdakah moto "Bako Berani" ini hanya untuk menerima kemenangan? kecut atau penakut untuk menerima keputusan kalah mahupun seri. Pernahkah anda gagal atau tewas dalam hidup anda? Sesekali tergelak jugak membaca komen-komen penyokong Kelantan sendiri yang memaki hamun pasukan sendiri sehingga sanggup tidak mengaku anak Kelantan dengan kekalahan ini. Kita perlu melihat pada jadual perlawanan yang masih panjang sebelum memaki hamun atau mengeluh dengan keputusan ini seolah-olah kita sudah tiada harapan lagi menjuarai liga Super. Kekalahan sebelum perlawanan penting 12 April adalah satu hikmah yang bermakna kepada ketua jurulatih dan kita untuk mengenal pasti punca kekalahan ini kerana dengan kekalahan ini pasukan Selangor akan menggunakan taktikal yang sama bagi mengatasi Kelantan nanti.
Perlawanan ketiga kali menentang Felda United pada  sabtu ini pasti menjadi tumpuan ramai dan memberi tekanan kepada ketua jurulatih Datuk M Karathu bagi menghadapi segelintir penyokong Kelantan yang fanatik kepada kemenangan ini. Tahniah dan terima kasih kepada penyokong Kelantan yang menerima kekalahan dengan penuh semangat kesukanan dan kesetiaan kepada pasukan. Terima kasih kepada pemain-pemain The Red Warriors yang berusaha bersungguh-sungguh untuk Kelantan.....Syukur Alhamdullilah....
YAKINLAH PASUKAN INI AKAN MENAKLUKI LAGI TAHTA LIGA. KALAU BUKAN KITA YANG MENYAYANGI PASUKAN KITA SIAPA LAGI YANG HENDAK DIHARAPKAN.........SEMOGA THE RED WARRIORS TERUS BER"GOMO" SEHINGGA PENGHUJUNG MUSIM LIGA SUPER....GOMO KELATE GOMO...
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

0 comments: