Pusat Latihan Polis Di Serang Virus ADENO !!

4/07/2011 01:46:00 am 0 Comments

Jangan Ingat Rakyat Bodoh dan Tak Nampak Apa Yang Kamu Lakukan..

Posted by KedahLaNie
Dua "Wajah" PDRM

KLANG 3 APRIL : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.

Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.

Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.

Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.

Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana
yang diharapkan oleh rakyat.

"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya, polis menggalakkan mereka," kata beliau.

Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata
kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.

Suaram Gesa Polis Henti Ganggu Ceramah Pakatan

Petaling Jaya: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam tindakan pihak polis mengganggu beberapa siri aktiviti pakatan rakyat terutama ceramah yang melibatkan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertubuhan itu menuntut pihak polis menghentikan segala tindakan gangguan dan siasatan terhadap ahli-ahli Pakatan Rakyat termasuk Anwar dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan politik dan kemasyarakatan.
Lanjutan itu, Suaram akan meneruskan usaha menuntut kerajaan melakukan penggubalan akta polis terutama Seksyen 27 yang mudah untuk disalah gunakan oleh pihak polis dan penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC).

Penyeraras Suaram, Yap Heng Lung berkata, tindakan polis mencabuli hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam Artikel 10 yang berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Suaram, tambahnya yakin sekatan ke atas kebebasan yang juga terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia (1948) itu bermotifkan politik.

“Ia merupakan usaha bagi menghalang ahli PR untuk mendedahkan pelbagai isu yang melibatkan kepimpinan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terbaru, pihak polis menggangu satu majlis makan malam dan ceramah yang dihadiri oleh ketua umum PKR yang diadakan di Bentong, Sri Aman, Sarawak, semalam.

Gangguan sama dilaporkan turut berlaku di Kuching dan Satok.

Pada 25 Mac lepas, polis juga menghentikan ucapan Anwar dalam satu perhimpunan ceramah tertutup di Taman Melawati, Hulu Kelang. Tindakan polis tersebut telah mencetuskan kekecohan di antara hadirin dan pihak polis.
-FMT
Polis ganggu lagi ceramah Anwar
Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.

Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini
. -mk

 

Gara-Gara Mereka Begitu Sibuk Menjaga Kepentingan Politik AMENO (UMNO), Kini Pusat Latihan Polis Pula Di Serang Oleh Virus ADENO !!

pahangdaily

SEREMBAN 4 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula. Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas. Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu. Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan. "Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya. "Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya. Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang jalani latihan di Pusasda sejak Januari lalu.
[Ramai yang terkejut dengan senario yang berlaku ini sebenarnya. Namun, segalanya adalah dari Allah SWT, cuma pihak berkenaan perlu beringat-ingat dengan setiap tindakan yang dilakukan kepada rakyat. Pihak polis jangan terlalu menjaga kepentingan politik pihak-pihak tertentu hingga menakutkan rakyat. Polis sepatutnya menjadi pelindung rakyat, tapi di Malaysia situasinya sudah berbeza bila rakyat menganggap polis pula yang menakutkan mereka. Lantaran itulah segala yang berlaku ini harus dijadikan ikhtibar. Virus Adeno yang melanda itu mungkin dek kerana doa rakyat yang tidak mahu polis terus menjadi alat kepada virus Ameno (UMNO). Rakyat tidak mahu lagi mereka terus diperlakukan sesuka hati oleh pihak polis hanya kerana taat kepada arahan ketua. Sepatutnya dengan khalimah "Allah Muhammad" yang ada pada lambang mereka itu maka pihak polis sewajarnya lebih takutkan Allah dari manusia. Namun, ini tidak berlaku bilamana polis terpaksa bekerja atas arahan orang politik. Semoga fenomena ini akan berubah selepas pilihanraya umum akan datang. Oleh itu, ambillah ikhtibar atas segala yang terjadi ini].

0 comments: