Wajah Sarbani - Pegawai Kastam Yang Mati Di Bangunan SPRM [updated]
Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya
Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi
Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi
tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar
kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih
melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu
(gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk
membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.
Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi
itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah
siasat.
Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.
Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima
anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka
mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.
Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang
membanjiri kawasan bilik mayat.
Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The
Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian
penolong pengarah itu.
"Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya
merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan
bukti.
"Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya.
"Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas
pemberita ini, yang berusia 46 tahun.
Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri
kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.
"Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang
disoalsiasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.
"Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini),
untuk menghantar dokumen," katanya lagi.
Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan
seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.
"Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia
secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri)," katanya lagi.
"Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat
beriman," kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.
Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang
pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan
rakaman CCTV kepada umum.
Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa
marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.
"Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh
orang," katanya dengan nada beremosional.
Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar
Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh
dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.
Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan
negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan
berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati
selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.
SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai
kastam di seluruh negara.
Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.
Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan
SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang
badminton kira-kira 10 pagi tadi.
Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.
Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas
didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul
10.15 pagi.
Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi
tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata,
"antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku
di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane,
Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia."
"Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad
Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam,"
kata kenyataan itu.
SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam
yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan
Utara, Klang.
"Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan
Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui
jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.
"Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut,"
kata kenyataan itu lagi.
Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan
meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang
mengenai kes terhadapnya.
"Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama
berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.
"Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik
pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama
tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada
bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan," katanya lagi.
Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang
mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan
keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.
"Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke
pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik
berkaitan," tambah kenyataan tersebut.
"Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat
satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.
"SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan
pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak
polis untuk mengambil sebarang tindakan," kata kenyataan itu lagi.
-TMI
Ulasan GB
Seperti yang GB ulas sebelum ini, kenyataan/alasan SPRM tidak dapat
diterima. Ia semacam sengaja ada satu gap kononnya mangsa
bersendirian.
pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di
pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.
"Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke
pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik
berkaitan," tambah kenyataan tersebut.
Gap itu serupa macam kes Teoh dimana dikatakan Teoh dibiarkan
sendirian berbaringan di sofa pejabat SPRM.
Jadi kali ini tidak mungkin rakyat boleh menerima alasan orang yang
disiasat "membunuh diri".
SPRM tidak perlu berteori lagi dan polis tidak perlu melakukan cover
up sepertimana kes Teoh Beng Hock dan Datuk T.
Rakyat sudah buka mata dengan sebesar-sebesarnya terhadap SPRM dan PDRM.
Ulasan kenalan
Anonymous said...
aku memang teramat kesal dan sedih dengan SPRM..macam nie ke badan
kerajaan buat kerja?uncle sarbani ni jiran rumah aku..aku kenal sangat
dia..seorang yang lemah lembut..tahun nie dia nak pergi haji..cuba
bayangkan apa nasib keluarga dia..anak dia banyak lagi yang masih
bersekolah.dia ni pakai crv lama dengan motor kriss je,pangkat
penolong pengarah tuu..kalau dia nak buat hal,takkanla dia masih duduk
dalam kuarters kastam,mestila dia dok luar,apala ke bangangnya SPRM
nie..
April 6, 2011 10:20 PM
Anonymous said...
ni ada pulak balaci sprm kata sprm tak keluarkan statement kata bunuh
diri..kalau bapak engkau mati macam ni,baru engkau ada akal
nanti.uncle sarbani ni selalu jadi imam kat surau kastam
wilayah.kesian dia,anak dia 4 lagi yang sekolah,engkau orang SPRM
tanggungla dosa sampai mati,dunia ni memang sekejap je..arwah
insyaallah ke syurga.kalau la uncle sarbani ni songlap kuat,takdenya
dia pegawai atasan selangor nak pergi merayu kat kastam wilayah dia
nak dok kuarters wilayah,sah sah dia buat banglo macam ex menteri
besar dot dot dot..tolongla,saya kenal dengan arwah,hanya ALLAH je
mengetahui betapa lemah lembutnya uncle sarbani nie..
April 7, 2011 1:52 AM
0 comments: