Wanita maut termakan cendawan liar
ALOR SETAR 8 April - Seorang wanita yang termakan cendawan liar beracun kelmarin meninggal dunia hari ini selepas menghadapi masalah kegagalan pernafasan akibat jangkitan paru-paru.
Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Datuk Dr. Juita Ghazalie berkata, mangsa, Boonma Gaeomin, 41,meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 pagi sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.
"Suaminya, Thongthi Poi, 50, yang turut termakan cendawan beracun tersebut kini berada dalam keadaan stabil.
"Thongthi ditempatkan di wad biasa dan masih dalam pemantauan pihak hospital," katanya di sini hari ini.

0 comments: