10 NOV : BUKTI GOLONGAN MUDA SEMAKIN RAMAI BERSAMA BARISAN ALTERNATIF
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemuda-pemuda dan rakyat sekitar Lembah Klang yang menghadiri Himpunan Aman 100 ribu Rakyat pada 10 November lalu. PemudaWilayah yang memimpin perarakan rakyat di Masjid Jamek bersama Dr. Hatta dan pimpinan lain berpuas hati dengan tahap disiplin dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para peserta.
Walaupun dihambat dan disimbah air kimia serta gas pemedih mata, namun para peserta masih terus mara bersama kepimpinan.
Dengan penuh takzim, kami juga dapat melihat bahawa perhimpunan 10 November lalu merupakan satu detik perubahan dan bukti terkini bahawa golongan muda semakin ramai mengemari dan ingin berjuang bersama dengan Barisan Alternatif. PAS yang menjadi komponen penting BA, mendapat sambutan yang meluas kalangan generasi muda di Lembah Klang.
Lebih dari 70% peserta yang menghadiri perhimpunan berkenaan datangan dari kelompok generasi muda yang menjadi pelapis kepada barisan generasi yang sedia ada.
Petanda ini memberikan suatu pengharapan dan azam yang kuat kepada kejayaan-kejayaan mobilisasi rakyat pada masa-masa akan datang.
Peristiwa ini sesuai sekali dengan riwayat sirah Rasulullah yang sentiasa membuka ruang yang luas bagi golongan muda tampil mewarnai medan perjuangan dan dakwah. Ruang-ruang perjuangan yang dihamparkan oleh Rasulullah, sentiasa mendapat sambutan dan di isi oleh golongan-golongan muda yang sanggup menjadikan diri mereka sebagai perisai bagi melindungi soladariti dan hak-hak rakyat yang berlindung dibelakang mereka.
Diharapkan golongan muda akan terus bersama kami dalam perjuangan meruntuhkan kebatilan dan menegakkan kebenaran selagi mana jalan-jalan yang dipilih ini sentiasa kekal diatas titian Al-Quran dan Sunnah.
Himpunan 100 ribu rakyat adalah satu permulaan yang baik dan kita akan susulinya dengan pelbagai lagi aktiviti yang pastinya akan memberikan tekanan dan impak yang maksima kepada fokus demokrasi Negara ini.
Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
0 comments: