2 Kisah Meningkat Jati Diri
Kisah-1
=======
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia,
Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan
isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh
mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15
tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang
anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke
rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu
selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu
dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya.
Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan
Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu.
Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir
lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh
ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat
keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya
sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan
ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas
kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya
sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan
kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di
kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal
dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500
sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti
Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang
dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah
kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa
meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil
air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama
integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun
gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya
yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang
saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi:-
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika
pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak
membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin
basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia
menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun
menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan
jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser,
sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan
dengan mudah dan cepat.
Kisah-2
=======
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan
saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di
Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah
Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan
Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru
sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah
Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi
Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak
berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak
suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang
itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General
Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan.
Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak
RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak
mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak
sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa
gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan
dengan tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan
Rashid jadi susah ialah seperti berikut:-
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman
Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan
semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian
bayar pokok
sahaja.Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu
bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan
kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit
misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga
kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata
sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku
di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar
langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk
mencari keberkatan hidup.
0 comments: