Apakah yg dikejar dalam hidup mu?
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yg sementara , penuh tipudaya....
Begitulah antara lirik lagu "kian' nyanyian Mawi penyanyi sensasi
masa kini .Lirik yg menangkap minda saya waktu pertama kali saya
mendengarnya, dengan melodi yg bagus, lirik yg indah, lagu dapat
mengingatkan kita pada fananya dunia. Tapi bagi saya kalau saya
mampu sekali pun, kepala keretapi tak nak lah, he he.Bagi kat MPK
jerlah buat tukun tiruan.
Berbalik kepada bekalan/makanan roh, saya teringat hujjah2 di alam
maya tentang niat, peri pentingnya niat.Semua org Islam tahu niat
adalah rukun ibadah tapi semakin ramai pula yg tegar mempersendakan
lafaz niat. Bid'ah membid'ah pun segera tercanang. Jika kita rajin
ke kuliah pengajian di surau/masjid, rajin dengar cerita orang
tua2, kita akan takut teramat takut jika terlepas niat. Kita tak
mahu amalan kita terlepas dari `masuk akaun' kerana kita biarkan
sistem `auto niat' melakukan segalanya. Takut kerana terpikat dengan
merdunya alunan tarbiyah wa tasyfiyah , maka kita pun setuju
bahwasanya `niat itu qasad dlm hati- macam kilat laju
lintasannya' .
Bukan apa takut dek kerana pantasnya qasad niat kita tak sempat
tomakninah (berhenti sebentar untuk menjiwai niat).Lebih tragis lagi
bila terbiasa dengan kepantasan niat kerana tak melalui proses
lafaz melafaz, tanpa berhenti seketika untuk tujuan niat, maka kita
terbiasa pula membuat `kesimpulan' bahawa bila sudah terlaksana
sesuatu ibadah itu, lengkap rukunnya maka itu sudah dikira berniat.
Saya ada dengar org komen sinis, `kalau nak makan kena niat "sahaja
aku makan kerana Allah ker?" Dah kenyang tu kira niat ler, kata
mereka.Maka bila solat tu mula dgn takbir, tup2 salam, maka kira
kita dah niat ler kununnya. Malah masa kita wudhu tu dah ada niat
nak solat, Allah tahu niat kita-begitu kata orang lain.
Jadi apa kaitannya doa minta afiat didunia dan akhirat dengan niat
ni?Doa itu pun adalah niat kita terhadap perbuatan kita di dunia.
Hadis popular ttg tiga amalan yg sampai si mati, antaranya ialah
doa anak yg soleh.Jadi seorang anak kena selalu berdoa agar amalan
baiknya memberi manfaat kepada orang tuanya. Sebelum melakukan
sesuatu kebaikan niatkan pahalnya untuk kedua orang tua yg telah
memungkinkan kita mengumpul pahala, niatkan untuk guru2 kita yg
telah menyampaikan ajaran agama dan niatkan untuk diri kita
sendiri.Kerana itu kita dengar di pondok2 pengajian selalu menyebut2
nama ulama/tok guru yg mengasaskan pondok.Ini bukan satu kerja
khurafat kerana mendewakan ulama, tapi bersesuaian dengan hadis
bahawa amal jariah itu sampai kepada si mati.
Tapi kalau tak didoa dan tak diniatkan macammana nak sampai, setahu
saya dalam agama kita tak ada sistem auto.Semua kena diniatkan sama
ada secara lafaz yg sahih atau sekadar niat dalam hati.Bagi
seseorang yg ingin mewakafkan harta (sedekah jariah) maka perkara
itu bukan setakat diniat dalam hati malah perlu ada lafaz bersaksi,
malah jika perlu kena ada hitam putihnya jika tidak bagaimana orang
lain nak tahu harta itu harta wakaf?
Kesimpulanya, beramallah semampu kita.Berusahalah sedaya yg kita
upaya tetapi jangan lupa berniatlah pada setiap amalan baik.
Beristiqfarlah apa amalan yg sia2, bertaubat pada perkara yg
terlarang dan menyesallah pada perkara yg tak sengaja.sekian, semuga
bermanfaat hendaknya.
--- In al-Falaah@yahoogrou ps.com, ruzaihan.junit@ ... wrote:
Assalamualaikum warahmatullah…
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa
tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan
menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat
kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.
Bismillahir Rahmanir Raheem…
Saya sebenarnya sedang menghabiskan pembacaan sebuah buku berjudul
‘Jangan
Melampaui Batas’ tulisan Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni. Setelah
helai demi
helai diselak, saya mula rasakan keseronokan membacanya. Gaya
penulisan
yang bersahaja disertakan dengan perikan ayat dari al-Quran dan
hadits
menjadikan ianya sebuah buku yang saya terfikirkan tentang isi
kandungannya
setiap kali berseorangan.
Sebenarnya buku ini berbicara secara kasarnya tentang dosa dan
taubat. Amat
sesuai untuk orang yang mahu atau sedang bertaubat terutamanya
seperti saya
yang sedang hampir gagal di pertengahan taubat yang saya ucapkan.
Sekurang-kurangnya buku ini mengingatkan saya banyak perkara dan
memotivasikan saya untuk memperkuatkan semangat dan memperhebatkan
penentangan terhadap permintaan nafsu.
Paling menarik, di dalam buku ini diselitkan sebuah hadits. Hadits
itu di
antara lainnya mengisahkan tentang seorang sahabat Nabi saw yang
datang
berjumpa Baginda saw dan meminta sebuah doa yang terbaik untuk di
doakan.
“Afiat di dunia, afiat di akhirat� jawab Nabi saw. Dan setelah
soalan yang
sama diulang sebanyak tiga kali, itulah juga jawapan yang keluar
dari mulut
Baginda saw.
Manurut Dr. ‘Aidh, afiat di dunia adalah kesihatan manakala afiat
di
akhirat pula adalah pengampunan dari Allah swt. Manurutnya lagi,
sebagaimana pentingnya kesihatan di dunia ini, maka sebegitu jugalah
pentingnya pengampunan olehNya di akhirat kelak. Dan setelah
difikir-fikirkan, tidak dapat tidak, saya amat bersetuju dengan apa
yang
dinyatakannya. Roh yang tidak diampunkan samalah seperti jasad yang
tidak
berkeupayaan…
Apa yang kita cari dalam hidup kita di dunia ini? Harta dan kekayaan?
Kebahagiaan rumah tangga? Ketenteraman hidup? Kereta besar, rumah
besar dan
segala-galanya yang besar? Apa lagi? Jika mampu, tentu kepala
keretapi pun
kita mahu beli. Begitulah hebatnya dunia ini menarik perhatian kita.
Maka
kita pun berusaha pagi, petang, siang dan malam untuk mencapai apa
yang
kita idamkan selama ini.
Akhirnya, Allah tunaikan impian dan harapan kita. Maka jadilah kita
seorang
yang kaya yang memiliki hampir segala-galanya. Apa sahaja yang
terlintas di
hadapan mata, mampu kita dapatkan. Tetapi, dalam masa yang sama,
Allah
menarik balik nikmat yang telah diberikanNya kepada kita sebelum
ini. Tanpa
sedar, ketika kita memperolehi segala nikmat yang kita idamkan itu
ketika
kita di hujung usia.
Ketika itu, seluruh badan sudah terketar. Hendak ke tandas pun perlu
dipapah. Hendak makan pun perlu disuapkan. Itupun makanan yang telah
dikisar. Kita miliki kereta yang termahal di dunia tetapi setakat
mampu
‘menumpang’ di belakang kerana tiada upaya memandunya. Pegang
sterengnya
pun setahun tidak sekali. Kita punyai mahligai indah umpama Taj Mahal
tetapi ruang kita hanya di atas katil dalam sebuah bilik…
Bahagiakan kita ketika itu? Sempurnakah kehidupan kita sebegitu?
Demi Allah
tidak. Mengapa? Kerana kita tidak sedikitpun dapat menikmati segala
nikmat
dunia yang kita perolehi tanpa satu nikmat penting iaitu kesihatan.
Kesemua
benda, rumah, kereta, wang, harta dan sebagainya tidak membawa makna
kepada
kita. Sebaliknya, kaum kerabat kita yang dapat bergembira dengannya.
Begitulah pentingnya kesihatan.
Dan begitu jugalah pentingnya pengampunan Allah di akhirat kelak.
Bayangkan, ketika dibangkitkan kita sarat dengan senarai amal
kebajikan
yang kita perbuat di dunia. Dalam masa yang sama, sebagai manusia
yang
bukan maksum, kita turut membawa beban-beban dosa yang sama beratnya
atau
mungkin lebih berat lagi dari pahala-pahala yang kita perolehi hasil
amalan
kita ketika di dunia dahulu.
Pada ketika itu, apakah yang paling perlu kita harapkan? Tentu saja
pengampunan dariNya. Bayangkanlah, walaupun senarai amalan kita
panjang
berjela, namun setiap titik dosa yang kita perbuat kesemua
diperhitungkan
satu persatu. Tidak ada satupun yang Allah perkenan untuk diampunkan.
Apakah ketika itu kita jangka kita dapat memasuki syurga Allah?
Janganlah
diharapkan. Tidak mungkin kita akan ke sana.
Janganlah menyangka kita akan masuk ke syurga dengan amalan yang kita
perbuat. Solah, puasa, zakat, haji, sedekah dan lain-lainnya hanyalah
bekalan buat kita menghadap Allah di hari kemudian. Bukan sebuah
jaminan
yang kita akan terselamat dari nyalaan api dan siksaan yang tidak
terperi
sakitnya di neraka al-jahim. Tidak. Syurga atau neraka, semuanya
bergantung
kepada rahmah dan pengampunan dariNya.
Jadi apa gunanya senarai amalan yang bergulung-gulung panjangnya
jika tiada
pengampunan Allah di hari hisab kelak? Sebagaimana tubuh si kaya
yang hanya
mampu berbaring di atas tilam emas, begitulah kita kelak jika tiada
pengampunan dariNya. Kesemuanya sia-sia. Kesemua amalan kita tidak
akan
membawa apa-apa maknanya lagi. Dan akhirnya, tiada tempat untuk kita
di
syurgaNya.
Namun Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan
maha
dalam segala sifat kebaikan dan maha suci dari segala sifat buruk dan
kekurangan. Sungguhpun kita hadir di hadapanNya kelak dalam keadaan
miskin
amalan, tetapi jika Dia sudi memaafkan kita dan sudi menerima kita
melangkah masuk ke dalam syurgaNya, nescaya di situlah tempat kita.
Nescaya
kitalah orang-orang yang bergembira.
Tetapi ini bukanlah alasan untuk kita mengabaikan ibadah di dunia
ini.
Setiap ibadah yang diperintahkan sama ada yang wajib mahupun yang
sunat,
adalah sebagai bekalan untuk kita mendapat belas dan kasihan dariNya.
Sungguhpun kesemua kita adalah sama, tetapi di sisi Allah, amalan
dan taqwa
membezakan antara kita. Dan syurga itu bertingkat-tingkat, dengan
kedudukan
kita di tingkat mana bergantung kepada amalan dan ketaqwaan kita
kepadaNya.
Lagipula, apakah kita tidak malu hendak memohon pengampunan dariNya
sedangkan tangan kita bersih dari sebarang amalan tambahan? Apakah
kita
menjangka kita akan diampunkan olehNya setelah kita menyesiakan
setiap
perintah dan laranganNya di dunia ini? Apakah kita fikir, dengan
meletakkan
arahan manusia lebih utama dari arahanNya menjadikan kita layak untuk
memperolehi maghfirahNya?
Mungkin. Tetapi, secara peribadi saya berasa amat malu jika situasi
itu
berlaku terhadap diri saya. Rasanya saya malu hendak berhadapan
dengan
Allah dengan buku amalan yang kosong tetapi buku dosa yang berkeping-
keping
banyaknya. Apatah lagi hendak memohon rahmah dan pengampunanNya demi
memasuki syurgaNya. Maka kerana itu, kita perlu kuatkan azam dan
semangat
untuk terus beramal kepadaNya walaupun sekecil-kecil amalan sunat.
Mesti
teguhkan hari meninggalkan setiap laranganNya walaupun sekecil-kecil
perkara yang makruh. Semoga dengan itu, Allah sudi mengampunkan kita.
InsyaAllah…..
Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang
tidak
baik adalah akibat kelalaian saya sendiri.
Wabillahitaufiq walhidayah.
Wassalamualaikum warahmatullah…
-Abu Naqibah-
Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di AbuNaqibah@. ..
atau lawati http://abunaqibah. blogspot. com/
--- End forwarded message ---
0 comments: