3/23/2008 06:48:00 pm 0 Comments

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - PEMENANG KATEGORI PELAKON
>> KANAK2 TERBAIK FFM20
>>
>>
>> Sedih lak baca kisah ni...kisah benar
>>
>>
>> Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains
>> Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip
>> diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
>> pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20).
>>
>> Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke
>> pentas penerima trofinya.
>>
>> Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya,
>> jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.
>>
>> Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana
>> kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi.
>>
>>
>> "Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak
>> dapat," adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya tentang
>> kemenangannya.
>>
>> Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak Tim.
>> Walaupun Finas menyediakan bas untuk membawa delegasi festival itu ke
>> Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama anggota
>> keluarga masing-masing.
>>
>> Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian.
>>
>>
>> "Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar," jelas Syafie
>> selamba.
>>
>> "Bapa kerja apa?" Tanya Kak Tim.
>>
>> "Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus dan
>> bersahaja dia menjawab.
>>
>>
>> "Tak sekolah?" Tanya Kak Tim lagi.
>>
>>
>> "Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja saya
>> tidak dapat ikut festival ni. Cikgu tak beri. Dia kata asyik shooting
>> saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR.
>>
>>
>> "Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal.
>> Shooting pun dapat duit. Hari tu, saya berlakon empat drama, dapat duit.
>> Boleh juga bantu keluarga," kata Syafie.
>>
>>
>> "Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emak
>> RM500 dan ayah RM500. Selebihnya saya simpan.
>>
>>
>> Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu
>> kena pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan saya ke
>> festival."
>>
>>
>> Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesung
>> pipit di pipi kiri dan kanannya.
>>
>> Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke Pulau
>> Pinang, Syafie merupakan orang pertama sampai di Finas.
>>
>>
>> "Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi saya
>> tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak."
>>
>>
>> Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti makan
>> tengahari di Tapah, Perak, Syafie tidak turut serta.
>>
>>
>> "Dia tertinggal duit," bisik sumber.
>>
>>
>> Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan
>> sewaktu orang sibuk menjamu selera di kawasan Rawat dan Rehat Tapah
>> itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri.
>>
>>
>> "Tak apa. Saya dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat Kak Tim
>> tanyakan kenapa tak beritahu masalahnya. "Tapi sekarang saya dah ada
>> duit. Nek Mah (Ruminah Sidek) bagi. Masa sampai di lobby hotel,
>> tiba-tiba Nek Mah bagi saya RM50." Sekali lagi kanak-kanak ini
>> menyerlahkan lesung pipitnya.
>>
>> Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah di
>> Hentian Sungai Perak, Kak Tim tengok Syafie membeli sebiji limau bali.
>> "Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk mak.
>> Buah tangan," katanya tersenyum.
>>
>> Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang
>> trofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah kemenangannya
>> sebanyak RM10,000.
>>
>> Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cuba
>> mencari pengalaman sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera filem bagi
>> merubah kehidupan keluarganya.
>>
>>

0 comments: