3/17/2008 07:44:00 pm 0 Comments

2 lelaki Afrika, dua wanita Indonesia direman 6 hari

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Polis hari ini menahan reman dua lelaki warga Afrika dan dua wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam seorang kerani kewangan dan rakan serumahnya yang ditemui mati akibat ditikam di sebuah pangsapuri di Metro Perdana Timur 2, Kepong dekat sini, semalam.

Dua suspek warga Afrika yang merupakan pelajar kolej swasta dan jiran mangsa ditahan di kediaman mereka pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Turut ditahan, dua wanita warga Indonesia yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah yang dikatakan melawat suspek yang merupakan rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K. Kumaran berkata, keempat-empat suspek berusia 20-an dan 30-an itu direman selama enam hari sehingga 30 September ini.

"Polis masih menyiasat kemungkinan kedua-dua wanita itu turut terlibat dalam kes ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, mayat kedua-dua mangsa, Wong Tan Yong, 32 dan Ang Ching Ping, 36, ditemui oleh adik perempuan Ching Phing yang kebetulan ke rumah mangsa kira-kira pukul 10.30 pagi.


0 comments: