3/17/2008 07:46:00 pm 0 Comments

PERTEMBUNGAN SAINS DENGAN ISLAM, MANA NAK DIPILIH?

Assalamualaikum wbh

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan
dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar
gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya menceritakan
pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini
makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan
ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di
atas segala nikmat yang diberikanNya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK
Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali
di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi
tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi
ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut
sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang
sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada
benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia
terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati
ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat
diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama
sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini
"Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi
ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan
mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung
dalam tubuh haiwan seperti:
01. Hati
02. Jantung
03. Paru-paru
04. Perut
05. Hempedal
06. Buah pinggang
07. Jantung
08. Buah pinggang
09. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
10. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat
diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana
yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah
berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan,
sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah,
beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak
kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat
rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar
matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata
bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah
anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak
saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang
merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini
makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement
untuk anak kami tersebut

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di
pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak
disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam
yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin
sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya
bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh
dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4
tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke
Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti
membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya
dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan
hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya
dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang
kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena
anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari).
Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon
kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah,
penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia
selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan
kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi
di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah
anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam
bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan
ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya
meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas,
anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan
dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang
terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga
berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih.
Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan
telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital
kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah
guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru
cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana
demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya
menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari
sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah
makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak
juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya.
Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad
hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang
disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah
kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia)
sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru
agama. Arwah guru saya menasihati agar :
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang,
double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan
mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur
kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak
saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar
dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur
Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah
kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa
kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama
ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya
membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana
mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk


0 comments: