3/25/2008 01:39:00 am 0 Comments

Bukan payah nak tangani ni semua kawan kawan - Just make it balance jer .

Minyak naik its okay what ! Kita pun apa lagi sesama ar naik kan harga barangan dan naik kan apa jer .

Peduli haper kan ? Nak naik jom ar naik sesamer , Korang jangan lak turun .....

Kalau korang turun bermakna korang sumer dipijak .

Yang tak naik benda tu ,,ermmmm pergi lah cari minyak power kasi naik gak weih .

Itu lah makna lambang dacing kat Barisan Nasional .

Lu orang sumer mesti pandai memahami maksud dacing itu . Faham ak !!!!!!!

Sekarang jual lah ikan sepat masin se ekor RM15.00 keee ( sebagai contoh lah )

Nak tak nak orang nak makan beli gak kan ? soooo.. sesama untung .

Kerajaan gemilang kita pun sesama cemerlang gak ar . Berilah sokongan .

On 10/9/07, Datin Azurah <datin_azurah@rediffmail.com> wrote:


Kita sepatutnya berbangga dengan kenaikan harga minyak dunia,sebab negara kita terdapat harta karun tersebut (minyak),secara logiknya jika harga minyak naik kita sebagai pengeluar minyak dah tentu dak tentu menjualnya dengan harga yang mahal.Sebagai contoh jika harga getah naik dak tentulah pekebun getah mendapat keuntung yang banyak diatas kenaikan harga getah tersebut,tak akan rugi punya,Jika bapa kita menjual getah tersebut dengan harga yang mahal tentu mereka mempunyai duit yang banyak,sebagai anak mungkin mendapat tempiasnya,begitu juga minyak takan lah rakyat tak dapat tempiasnya.CEMERLANG,GEMBILANG,TERBILANG,TEMBERANG.

On 10/8/07, mazdor loom < mazdori@gmail.com> wrote:

Berikut disenaraikan kadar kenaikan harga minyak di Malaysia sejak 15 tahun yang lalu,(Figures ini diforwardkan oleh seorang sahabat)sebagai renungan.

sebelum 90 - RM 0.89

tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)

01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)

01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

01/02/2008 - RM 2.22 (kenaikan RM 0.30) - telah diputuskan oleh jemaah menteri dalam mesyuarat tergempar pd
3/10

Nota : (ayat2 standard sebab2 kenaikan)

1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN. ( kenapa tidak membandingkan taraf hidup dan pendapatan per kapita rakyat negara tersebut disenaraikan sekali ?? )

2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan. ( Apa pula kata rakyat? Adakah kenaikkan ini tidak membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana - bergaji RM500 - RM1,500 dengan mempunyai 5-6 orang anak yang masih bersekolah. Dah tentu harga barangan lain turut naik sekali)

3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi. ( Adakah rakyat pula kena menanggung apa yang kerajaan tak mampu tanggung?? )

4. Pejabat Perdana Menteri (kenape dari Pejabat PM pula kali ni, kenape bukan dari Datuk Shafie Apdal sendiri???) juga berkata penjimatan kewangan yang dibuat melalui kenaikan harga barangan petroleum kali ini akan digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan (Jambatan ke Singapore) dan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam ( repair Highway MRR2 le) demi kepentingan rakyat keseluruhannya. (Kenyataan ini dipetik dari website BERNAMA mengenai kenaikan minyak berkuatkuasa hari ini)

Tapi, tak guna berdebat2 dan komplen sebab inilah suratan yang terpaksa kita telan. Apa lagi....amalkan perbelanjaan berhemah...itulah pesanan Kerajaan yang CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG .



0 comments: