3/23/2008 06:51:00 pm 0 Comments

Cadangan Common Law diganti dengan uandang-undang syariah disokong

Presiden TERAS
Thu | Aug 23, 07 | 02:51:59 PM

TERAS menyokong penuh cadangan Tun Ahmad Fairuz supaya undang-undang Inggeris Common Law diganti dengan undang-undang yang berasal dari tanah air di sini serta yang sesuai dengan syariah.

Sila layari www.englishsection. com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily. net/wap/ untuk melayari HarakahDaily. Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


Kenyataan beliau itu sangat wajar memandangkan erti kemerdekaan 50 tahun Malaysia tidak membawa makna jika kita masih bergantung dan bersandar kepada undang-undang penjajah.


Sememangnya antara aspek yang sangat penting dalam mencapai kemerdekaan ialah sesebuah negara itu dapat menggunapakai undang-undangnya sendiri sebagai ganti kepada udang-undang Inggeris dalam pemerintahan negara.


TERAS berpendapat adalah sangat penting 50 tahun kemerdekaan menggerakkan sebuah pendekatan yang lebih tepat dengan budaya dan khazanah kita sendiri dalam mengisi erti kemerdekaan.


Apalah gunanya kita masih beramal dengan perundangan yang jelas asing dari realiti dan keadaan tempatan kita sedangkan kita sudahpun mempunyai khazanah perundangan kita sendiri sejak sebelum kemerdekaan dicapai .


TERAS berpendapat adalah sangat wajar Malaysia menggubal semula sistem perundangannya kearah berteraskan syariah kerana sistem syariah Islam yang lengkap dan meliputi semua aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara telah pun mempunyai tapaknya sejak kedatangan Islam pada abad 13 lagi.


Apatah lagi sistem perundangan Islam merupakan sistem yang tidak memisahkan antara undang-undang peribadi dengan undang-undang awam. Malah kesepaduan undang-undang Islam antara aspek rohani dan jasmani, antara peribadi dan awam dan antara negara dan masyarakat jauh lebih unggul dari perundangan Inggeris yang sekular.


Kami dengan itu menyeru agar pihak kerajaan menimbangkan dengan teliti cadangan Tun Ahmad Fairuz itu supaya kemerdekaan 50 tahun ini menjadi titik bermula kita melaksanakan proses Islamisasi perundangan seperti yang cuba dilakukan oleh Almarhum Prof Ahmad Ibrahim.


TERAS perpandangan adalah tidak tepat mereka yang berfikir bahawa sistem syariah tidak punya tempat dalam perlembagaan persekutuan. Tafsiran Artikel 3 dalam perlembagaan sepatutnya memberi justifikasi bahawa agama Islam yang dimaksudkan sebagai agama resmi persekutuan hendakalah berdasarkan makna Islam yang murni dan meliputi. Bukan hanya soal acara ritual semata seperti yang sedang digambarkan oleh golongan yang mahu memisahkan undang-undang agama dari negara.


Kenyataan Media
22 hb Ogos 2007

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS


0 comments: