'Terima kasih' Samy dan BN, tol naik lagi!
Azamin Amin |
KUALA LUMPUR, 17 Mei - Tiada apa lagi yang mampu diucapkan melainkan 'terima kasih tidak terhingga' kepada Meneteri Kerja Raya Dato' Seri S. Samy Vellu dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di atas berita buruk untuk rakyat iaitu Plus akan menaikkan kadar tol Janurai tahun depan.
Kadarnya ialah 10 peratus iaitu daripada 13.6 sen kepada 14.96 sen setiap satu kilometer dan sudah tentunya selepas kenaikan harga barang baru-baru ini seperti tepung gandum, ini menjadi satu lagi himpitan perit buat rakyat kerana kos kehidupan semakin bertambah meningkat.
Mengulas lanjut dan kecewa dengan situasi ini Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata walaupun selama ini Plus dan syarikat konsesi tol lain sudah mendapat keuntungan yang lebih meskipun tanpa kenaikan dan akan semakin bertambah di waktu musim perayaan, tanpa memberi sebarang pertimbangan rintihan dan kesusahan rakyat tetap menaikkan kadar tol kerana berpegang kepada perjanjian.
"Sungguhpun perjanjian tersebut dianggap berat sebelah dan menyusahkan rakayt, BN terutama Samy sanggup menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi tersebut," katanya.
"Bagi rakyat Samy dan BN sudah tidak bijaksana lagi tetapi bagi yang mengaut keuntungan, mereka inilah yang paling pandai," katanya sinis.
Jelas kata Dr Hatta, membuktikan dan menampakkan lagi sikap sebenar BN yang dilihat seperti kapitalis yang mengaut keuntungan melalui kesusahan orang ramai.
Beliau mengajak rakyat seluruhnya menentang sikap tamak yang menzalimi nasib mereka dan membantah pelbagai cara seperti menulis, menghantar memo bantahan, demostrasi dan paling bijaksana ialah menghukum kerajaan BN sewaktu pilhan raya akan datang.
"BN sudah tidak diyakini dapat membela nasib rakyat, Samy sudah tidak relevan lagi,jangan beri undi kepada mereka ini untuk dapat peluang menyusahkan kita sekali lagi.
"Jika perlu sekali lagi turun ke jalan raya untuk membantah, kita mesti turun dan rakyat mesti bersama-sama tunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan tol yang benar-benar menyusahkan hidup mereka," jelasnya.
Ditanya tentang siri demostrasi, beliau selaku penyelaras Protes menyatakan perkara tersebut masih dalam perancangan.
"Jika tidak atau rakyat senyap semata, maka kerajaan akan mengulangi lagi dan berterusan menekan rakyat," katanya lagi.
Secara umumnya pada 2005 dilaporkan Plus mendapat keuntungan sebelum cukai ialah RM1.67 bilion manakala bagi tahun 2006 sejumlah RM2.09 bilion dicatat sebagai keuntungan. - mks. |
0 comments: