| Masa 			: 8.30 Pagi Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
 Situasi 			: Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar 			menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk 			"Kenapa Remaja Melakukan Maksiat 			Dalam Tandas Awam"
 
 Sharifah Aina Binti 			Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup 			melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang 			tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.
 
 Zakaria Bin 			Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara 			mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih 			melakukan perkara sedemikian.
 
 Khairil Osman Bin Abd. 			Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam 			keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang 			lain, mereka buta tentang agama.
 
 Sofri Sufian Bin Ahmad 			Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta 			tentang agama.
 
 Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa 			pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya 			tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?
 
 Cikgu 			Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) 			Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin 			Abd. Rahman?
 
 Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya 			mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka 			tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, 			jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat 			menulis amalan buruk yang mereka lakukan.
 
 Cikgu Sahab : 			????!!
 | 
 	
0 comments: