|  			 Kota 			Bharu: 20 Jul – Zaman pemerintahan Umar 			Al-Khattab boleh dianggap sebagai pencetus model pemerintahan 			Islam dan dijadikan pada mana-mana pihak yang mahu mewujudkan 			sistem pemerintahan Islam yang syumul di atas muka bumi Allah 			ini.
  Semua ini telah diperincikan tiga oleh ahli penal 			Majlis Diskusi Ilmiah Fikih Ekonomi Umar Al Khattab yang diadakan 			di Hotel Raudah Kota Bharu. Progam ini dianjur oleh Kerajaan 			Negeri Kelantan dengan kerjasama Tabung Amanah Tok Kenali.
  Tiga 			orang ahli panel yang terdiri dari pelbagai bidang yang berbeza 			telah dipilih untuk membincangkan perkara ini iaitu seorang 			cendiakawan Dr Hj Abdul Aziz Hanafi, Bekas Pengarah Eksekutif 			Guthrie Berhad Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli politik, Dato Hj 			Husam Musa.
  Dalam diskusi ini mereka menggunakan buku Al 			Fiqh Al- Idtishadi La Amiril Umar Al Khattab (Fikih Ekonomi Umar 			bin Al Khattab) karangan Dr Jaribah bin Ahmad Al-Hartisi yang 			telah diterjemahkan oleh H. Asmuni Solihin Zamakhsyari ke dalam 			Bahasa Melayu Indonesia.
  Dalam hujah Abdul Aziz, beliau 			menegaskan Umar Al Khattab telah dianugerahkanNya dengan ilham 			yang benar sehinggakan sesetengah ayat Al-Quran yang diturunkan 			Allah SWT sama seperti apa yang disampaikan Umar kepada Rasulullah 			(SAW).
  “ Jika ada orang bertanya tentang 			model pemerintahan Islam, satu daripadanya yang mudah kita 			tonjolkan ialah model pemerintahan Umar Al Khattab, kerana pada 			waktu itu dengan izin Allah SWT, pemerintahan Islam yang telah 			ditinggalkan oleh Muhammad SAW telah berkembang dengan fenomena 			baru yang tidak wujud pada zaman baginda.
  Diantaranya ialah 			bilangan orang bukan Islam yang memeluk agama Islam begitu ramai 			dan bertambahnya kekayaan negara serta perluasan empayar Islam 			sehingga ia perlu diuruskan dengan satu pengurusan yang dikira 			baru pada waktu itu, dan juga unsur-unsur yang lain seperti ada 			orang bukan islam sebagai rakyat dalam wilayah islam yang begitu 			luas.� 			Kata Hj Husam ketika berbicara dalam diskusi tersebut.
  Beliau 			juga menyifatkan apa yang yang dipraktikkan oleh Tuan Guru Menteri 			Besar yang memerintahkan tugas utama pemimpin di semua peringkat 			ialah dengan menjaga rakyat dengan Ugama adalah sama apa yang 			dilakukan Umar Al Khattab semasa beliau menjadi Khalifah. 
  Bagi 			Khalid pula, beliau meletakkan empat asas moral dan kepimpinan 			dalam Islam yang perlu ada pada seseorang pemimpin zaman sekarang 			yang ingin memerintah rakyat iaitu Islam, Iman, taqwa dan ihsan. 			
  Semua ini bagi beliau adalah sangat penting untuk menjamin 			kebajikan rakyat dan sekaligus membawa rakyat dan negara kearah 			yang diredhaiNya.  		 |  	
 
0 comments: