8/13/2007 12:25:00 am 0 Comments

Pusat peranginan kerap tiada air


SAYA ingin menarik perhatian pihak berwajib mengenai gangguan bekalan air di Brinchang, Cameron Highlands pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ia memberi masalah besar kepada penduduk tempatan dan pelancong yang datang bercuti.

Kami merayu kepada Jabatan Bekalan Air Pahang (JBA) agar memberi perhatian kepada sebarang masalah, termasuk paip bocor.


Saya malu hendak menjemput kawan saya ke pusat peranginan itu sebab selalu sangat tiada air.

Jika masalah ini tidak diatasi, saya yakin pada masa depan kita akan kehilangan ramai
pelancong.


0 comments: