8/05/2007 06:41:00 pm 0 Comments

Senjata: Rakan ahli politik direman bantu siasatan

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Seorang lelaki berumur 53 tahun dipercayai rakan kepada seorang Ketua Pemuda bahagian sebuah parti politik hari ini direman selama tiga hari berhubung kes pemilikan senjata api tanpa lesen.

Mahkamah Majistret Ampang di sini mengeluarkan perintah tahanan itu sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan polis berhubung kes tersebut.

Majistret Nurul Husna Awang mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki itu yang hadir bersama peguamnya M. Reza Hassan.

Dia disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Semalam, mahkamah yang sama melanjutkan tempoh tahanan reman Ketua Pemuda bahagian itu selama dua hari bagi meneruskan siasatan berhubung kes pemilikan pistol jenis Beretta yang dijumpai di rumahnya di Ampang, dekat sini.


0 comments: