8/03/2007 01:33:00 am 0 Comments

'PPP keluar BN jika tuntutan tak dipenuhi'
>
> JOHOR BAHRU: Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M Kayveas
> mengancam akan membawa parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN),
> sekiranya tuntutan untuk mendapatkan tambahan kerusi dalam pilihan raya umum
> akan datang tidak dipenuhi.
>
> Sambil mengingatkan kepada Umno parti itu pernah membuat perjanjian dengan
> PPP pada 1<
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Nasional/20070728234134/Ar...>969,
> Kayveas berkata, PPP tidak mahu terus menjadi pengemis kepada BN sedangkan,
> ahlinya menuntut penjelasan daripada beliau mengapa parti berkenaan tidak
> diberikan kerusi dalam pilihan raya umum.
>
> "Kita (PPP) hanya mahukan BN supaya mengembalikan semula empat kerusi
> Parlimen, 12 kerusi negeri, 79 kerusi majlis dan jawatan 'Datuk Bandar' Ipoh
> ke tangan PPP, yang dulu dimiliki PPP.
>
> "PPP mempunyai perjanjian dengan UMNO yang dibuat antara Allahyarham Tun
> Razak dengan pengasas PPP, mendiang Dr Senivasagam,'' katanya selepas
> menghadiri Majlis Ulang Tahun PPP ke-54 di sini, malam kelmarin.
>
> Katanya, sejak beliau memegang jawatan presiden parti selama 14 tahun, ahli
> PPP seramai 50<
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Nasional/20070728234134/Ar...>0,000
> mahu jawapan mengapa PPP tidak diberikan tambahan kerusi.
>
> Katanya, sebagai presiden, beliau perlu tampil dengan jawapan dan mengambil
> pendirian tegas untuk memaklumkan kepada BN bahawa PPP bukanlah 'anak tiri'
> parti komponen dalam BN.
>
> Ditanya sama ada kenyataan itu adalah ugutan kepada BN, Kayveas menafikannya
> tetapi menyatakan ia adalah pendirian tegas yang perlu disampaikan kepada
> pucuk pimpinan BN.
>
> Selain itu, Kayveas yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
> berkata, sudah sampai masanya jawatan Menteri Kabinet diberikan kepada
> pemimpin PPP memandangkan semua presiden parti komponen BN memegang jawatan
> penuh Menteri.
>
> Katanya, tuntutan itu (kerusi tambahan untuk PPP) harus dibuat secara
> terbuka dan bukannya secara tertutup kerana ahli parti perlu mengetahui
> tindakan yang dilakukan pimpinan parti.
>

0 comments: