7/31/2007 01:29:00 am 0 Comments

Akidah Mariam mesti diperbetul


PERTEMUAN kembali Mariam Johari dengan kedua-dua anaknya selepas 64 tahun berpisah amat menyayatkan hati. Penantian Mariam atau Kim Soon Ae yang berasal dari Plentong, Johor untuk melihat anaknya selama ini akhirnya tercapai.


Kita harus mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pergerakan Puteri Umno kerana menyediakan segala perbelanjaan bagi membolehkan pertemuan bersejarah itu berlangsung di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.

Diharapkan Puteri Umno dapat memujuk Mariam supaya kembali ke tanah air. Diharapkan juga rakaman pertemuan oleh televisyen Korea disiarkan secepat mungkin.

Penderitaan dan kesusahan dialami rakyat Malaysia ketika perang dunia kedua dulu banyak meninggalkan kesan mendalam seperti yang berlaku kepada Mariam .

Pihak berwajib patut menghantar guru agama bagi tujuan mengajar atau mengimbaskan kembali kepada beliau mengenai ajaran Islam bagi memantapkan akidahnya serta mengajar fardu Ain.


0 comments: