7/19/2007 08:12:00 pm 0 Comments

Frame1


Oleh
Anti-Hipokrit

Usaha terus memburuk-buruk kan Anwar terus dijalankan. Kali ini gambar keratan akhbar yang menunjukkan Anwar sedang mencium seorang wanita Inggeris dipaparkan di skrin besar ketika taklimat Perhimpunan Jentera Pilihanraya Pergerakan Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang pada 24 Mac 07.. Antara perkataan yang keluar dari nulut peserta ialah “Anwar Jahat”!

Antara gambar lain yang dipaparkan ialah gambar Anwar bergambar bersama TG. Hj. Hadi dll. Nampaknya Anwar nak digambarkan sebagai melayu yang khianat lagi jahat. Dalam Skrin Putih lain nya pula di tayangkan senarai AJK keadilan Pusat yang menggambarkan Anwar terlalu baik dengan Cina, seolah-olah sedang mengkhianati Melayu. Demikian sebahagian dari slot Program “bersama Biro Tata Negara” yang disampaikan oleh penceramah dari Perak.

Dalam ceramah jam 10.00 pagi, Dato Khamsiah Yeop menggambarkan kegusaran beliau tentang ada baju merah pagi ini yang menyamar untuk pembangkang senyap-senyap membongkarkan rahsia UMNO kepada lawan mereka.

Antara yang diucapkan oleh mereka pada majlis itu ialah keazaman mereka (UMNO) untuk merampas semula kerusi Permatang Pauh. UMNO Pulau Pinang akan berusaha memujuk dan mendekatkan diri kepada “penyokong-penyokong atas Pagar”. Menurut risikan UMNO Pulau Pinang, ada kira-kira 12 000 orang yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Antara strategi UMNO juga ialah berkempen di atas kenderaan.

Majlis itu diadakan di Dewan MPSP, Butterworth pada 24 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato Seri Abdul Rashid b. Abdullah. Bas percuma disediakan dan peserta wanita yang tercatat namanya ketika pendaftaran diberi sehelai persalinan secara percuma.

Yang aku hairankan kenapa UMNO Pusat nak merampas Kelantan yang diterajui oleh ulama yang Islam lagi Melayu serta tidak berkongsi kuasa dengan kaum lain untuk mentadbir Kelantan. Kalau BN menang di Kelantan tentu ia akan berbahagi kerusi dengan MCA.

Itulah UMNO yang kepura-puraan. Di depan Melayu dimainkan isu merekalah pejuang Melayu yang akan mempertahankan Melayu. Di depan bangsa Cina dia berkata partinya berbilang kaum dan tidak perkauman. Tidak seperti Parti Keadilan secara berterus terang lagi tidak menipu bahawa Parti Keadilan untuk semua kaum bukan Parti Melayu. Tidak juga UMNO itu seperti PAS yang berterus terang PAS bukan parti Melayu dan dasarnya ialah Islam…Sampai bila rakyat Malaysia akan tertipu dan ditipu!Politik UMNO terlalu merbahaya demi menjaga “periuk nasi” masing-masing…

Bersama ini disertakan Gambar: Buku Program Perhimpunan Jentera Pilihanraya Pergerakan Wanita UMNO negeri Pulau Pinang


SILA KLIK UNTUK BESARKAN

0 comments: