7/18/2007 12:28:00 am 0 Comments

Polis geledah pejabat Suara Keadilan, gagal temui dokumen OSA








ER
Mon | Feb 05, 07 | 11:41:24 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (D5) Bukit Aman gagal mencari 'dokomen perjanjian perjanjian konsesi tol' dalam serbuan ke pejabat akhbar Suara Keadilan di Brickfeilds, kira-kira jam 3 petang semalam.


ASP Suhaimi Daud dan ASP Rajakopal menggeledah pejabat Suara Keadilan 3 petang tadi dan diperhatikan oleh pekerja Suara Keadilan Jasmine Ng dan Ketua Penerangan Tian Chua.

Siasatan tersebut adalah lanjutan daripada siasatan terhadap Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan tiga pemimpin pembangkang lain di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA).


Pagi semalam Tian, bersama Bendahari KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Publisiti DAP, Ronnie Liu disiasat selama tiga jam setengah di Bukit Aman kerana mendedahkan butiran perjanjian tol antara kerajaan dengan Lingkaran Transkota Sdn. Bhd. yang mengendalikan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).


Dokumen setebal 200 muka surat itu menunjukkan kerajaan menjamin keuntungan yang berat sebelah kepada syarikat konsesi.


Dalam penggeledahan semalam, ASP Rajagopal Aramugam dan ASP Suhaimi bersama seorang jurugambar gagal menemui sebarang dokumen setelah 25 minit mencari.


Mereka kemudian meneruskan penggeledahan di rumah Tian di Sentul, namun tiada apa-apa bahan diperolehi.


ASP Rajagopal memberitahu bahawa polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 8, Akta OSA berdasarkan kepada satu laporan polis yang telah dibuat di Damansara. - mks.


0 comments: