7/17/2007 10:31:00 pm 0 Comments

Syabas paksa staf masuk BN! Malaysia dipimpin oleh rejim diktator?

Jul 12th, 2007 by HermanSamsudeen

Oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - Arahan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kepada semua kakitangannya agar menyertai lima parti dalam gabungan Barisan Nasional (BN) jelas bertentangan dengan profesionalisme perkhidmatan dan tidak mencerminkan imej Syabas sebagai sebuah badan korporat.

Malah tindakan mewajibkan semua kakitangan syarikat tersebut untuk menyertai Umno, MCA, MIC, Gerakan dan PPP adalah mencabuli prinsip demokrasi dan Perlembagaan yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih dan membentuk kerajaan.

Buktinya melalui satu memo dalaman awal Jun lalu, merujuk saranan Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail yang mewajibkan kakitangan syarikat itu menyertai lima parti komponen BN bagi “memberi komitmen dan sokongan kepada Kerajaan�.

Lima parti komponen BN yang disenaraikan dalam memo itu ialah Umno, MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif dan memo ini ditujukan kepada semua kakitangan Syabas Wilayah Gombak yang dihantar daripada Pengurus Besar Syabas Daerah Gombak, Haji Yusof Saroji.

Difahamkan melalui memo ini mana-mana kakitangan yang belum menjadi ahli mestilah mengisi borang keahlian manakala kepada kakitangan yang sudah pun menjadi ahli, perlu memberi nombor keahlian mana-mana parti terbabit kepada Bahagian Pentadbiran, Syabas dan diserahkan selewatnya pada 13 Jun ini.

Mengulas perkembangan ini, Naib Presiden PAS Haji Mohammad Sabu berkata jika benar memo tersebut bermakna secara jelas Syabas melakukan pelanggaran dari sudut etika dan keluar dari batas profesionalisme syarikat yang ‘memaksa’ kakitangannya menjadi ahli parti tertentu termasuk juga pembangkang.

Katanya ini satu bentuk penindasan kepada para pekerja dan menyekat kebebasan individu di syarikat terbabit sama ada untuk menyertai ataupun tidak mana-mana parti politik.

Melalui peruntukan dan undang-undang pekerja yang sedia ada, tidak dinyatakan sebarang arahan mewajibkan kakitangan swasta mahupun kerajaan menyertai mana-mana parti politik sama ada parti pemerintah mahupun parti alternatif,katanya.

Beliau yang kesal kerana natijah dan kesan memo terbabit sekiranya beberapa kakitangan syarikat terbabit yang tidak mahu menyertai salah-satu parti terbabit, maka bakal mengundang tindakan displin, menggugat kenaikan gaji ataupun diberhentikan kerja.

“Selepas ini kita menjangkakan bahawa kenaikan pangkat dan jawatan akan lebih bergantung kepada keterlibatan kakitangan Syabas dalam aktiviti-aktiviti parti dan bukannya atas merit prestasi kerja,� katanya sewaktu ditemui dekat sini baru-baru ini.

“Inilah sikap tamak dan terdesak rejim diktator Abdullah yang mahu mendapat sokongan mutlak daripada rakyat secara paksa setelah mengambil-alih kuasa pada 2003,� katanya. - mks.


0 comments: