7/19/2007 07:52:00 pm 0 Comments

Frame1


Seorang saksi mengejutkan mahkamah apabila beliau mendedahkan bahawa Altantuya pernah dilihat makan bersama dengan seorang pegawai tertinggi kerajaan Malaysia bernama Najib Razak.

Burmaa Oyunchimeg yang jua dikenali sebagai Amy, memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam yang Altantuya telah menunjukkan foto berkenaan kepadanya sewaktu Altantuya pulang dari Paris.

Dipercayai pegawai kerajaan yang ada di dalam gambar foto itu adalah Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang mempunyai hubungan akrab dengan pernganalisa politik Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak kini menghadapi tuduhan bersubahat didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt tahun lepas.
Pagi ini, Burmaa, 26, telah mendedahkan perihal wujudnya foto berkenaan apabila di soalbalas oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup.

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menjelaskan lebih lanjut apabila pihak pendakwa cuba "meringkaskan" soalan tatkala Amy menyatakan tentang gambar yang menunjukkan Altantuya pernah makan bersama dengan Razak dan seorang pegawai tinggi kerajaan.

Selepas 20 minit kemudian, Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa, meminta kebenaran dari mahkamah untuk mengutarakan soalan mengenai foto berkenaan.

Mereka mempunyai nama yang sama’

Hal tersebut menimbulkan bantahan dari pihak pendakwa dan ketegangan kedua pihak berlaku mengenai relevannya soalan tersebut. Hakik Mohd Zaki Mohd Yusni akhirnya bersetuju membenarkan Karpal berbuat demikian..

Karpal Singh kemudian menyoal Burmaa apa yang beliau lihat di foto itu..

"Beliau (Altantuya) sedang makan bersama dengan Razak (Baginda), a seorang pegawai tinggi Kerajaan Malaysia dan orang lain," jawabnya.

Karpal kemudian menyoal identiti pegawai kerajaan tersebut, dan menjawab: "Saya masih ingat namanya Najib Razak, mereka mempunyai nama yang serupa (dengan Razak Baginda). dan saya menyakakan mereka adik beradik. Saya menanya (Altantuya) apakah benar mereka itu adik beradik."

Di waktu pendakwa terus bangun dan untuk menghalang saksi memberikan keterangan yang lebih lanjut dan berlaku pertikaman lidah diantara pihak pendakwa dengan Karpal.

.. bersambung


Ulasan TKO


Hal ini pernah didedahkan oleh klpos yang menyatakan "Cuma yang tak syoknya sebab ada gambar, katanya ada dalam simpanan keluarga Altantuya, dan katanya lagi, gambar itu hendak ditunjukkan kepada mahkamah bagi membuktikan Datuk Seri Najib dan isteri memang kenal rapat dengan Altantuya ini," kata kawan tadi.

Si pembawa cerita itu memberitahu, Datin Seri Rosmah pernah shopping sakan dengan Altantuya di Paris dan beberapa negara Eropah. Gambar kenang-kenangan pun ada.

Tetapi Datuk Seri Najib semasa pilihanraya kecil Ijok pada 28 April lalu, beliau menafikan dan menegaskan yang beliau tidak ada kena mengena dengan perempuan Mongolia tersebut. Rujuk SINI.

Rakyat seluruhnya menuntut agar Datuk Seri Najib diheret ke muka pengadilan sebagai SAKSI PENTING kerana beliau telah berdusta semasa pilihanraya kecil Ijok yang lalu. Beliau menyatakan:

"Apa kena-mengena perempuan Mongolia dengan orang Ijok? Apa kena mengena Altantuya dengan orang sini? Tidak ada kena-mengena, tidak ada kena-mengena dengan saya sendiri.

"Tidak ada kaitan dengan saya tetapi dibawa ke mari sebagai isu pilihan raya," kata Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan baru SRJK (Tamil) Bestari Jaya.


Pada 18 April 2007 yang lalu, di Dewan Rakyat, Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor) mencabar Timbalan Perdana Menteri supaya datang ke Dewan Rakyat menjawab sendiri isu yang mengaitkannya dengan kes Altantuya.

Karpal bangun mencelah ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohammed Nazri Aziz membahaskan ucapan bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini mendakwa bahawa Najib terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Sebagai seorang peguam berdasarkan bukti seperti penggunaan bahan letupan C4 dan pembabitan UTK yang bertugas khas di bawah TPM dalam kes ini, beliau berpendirian bahawa Najib turut terbabit dalam kes Altantuya.

"Jika tidak bersalah, saya cabar TPM datang ke Dewan Rakyat untuk menafikan tuduhan itu.Sehingga kini walaupun saya dah nyatakan tuduhan ini sebelum ini di Dewan Rakyat tetapi TPM tidak hadir bagi menafikan tuduhan itu," katanya tegas.

Pada 20 April 2007, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Najib agar menjelaskan sama ada beliau tahu mengenai penglibatan pegawai kanannya dalam pembunuhan wanita Mongolia itu memandangkan isu berkenaan mendapat liputan media antarabangsa.

Kita amat kesal kerana memang jelas pihak pendakwa merencana sesuatu. Kami telah mendedahkan sebelum ini bahawa sudah ada usaha Pendakwaraya Kes Altantuya Hapuskan Motif melibatkan Najib. Soal-balas Karpal Singh kepada Amy diganggu berkali kali oleh pihak pendakwa untuk menghalang Amy dari mengesahkan tentang kewujudan gambar yang melibatkan Datuk Seri Najib dan Altantuya pernah makan bersama.




0 comments: