7/31/2007 07:04:00 pm 0 Comments

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam
diberitahu seorang lelaki ditahan ketika sedang berasmara dengan
seorang pelajar perempuan yang duduk di celah kelangkangnya di tempat
letak kereta, di lagun Chendering, di sini, pada 6 Julai tahun lalu.

Tertuduh, 19, kakitangan Pelabuhan Kemaman, mengaku bersalah di depan
Hakim Syarie Rosdi Harun, sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Sebelum itu, Pendakwa Syarie, Yusof Salleh, memberitahu mahkamah
bahawa pasangan tertuduh yang juga pelajar tingkatan enam rendah
sebuah sekolah menengah di Hulu Terenggan, diberi kebenaran bon
jaminan untuk tarikh bicara berasingan.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Mac depan sebagai tarikh pertuduhan
terhadap pelajar terbabit dari Kampung Tok Randut, Ajil, Hulu
Terengganu.

Mengikut fakta pertuduhan, tertuduh didapati berada di atas batu
pembahagi jalan di lagun Chendering, pada 6 Julai 2006, kira-kira jam
10.45 pagi.

Tertuduh didapati berpelukan dengan pasangannya berusia 18 tahun dan
ketika itu coli dan baju-T pelajar itu terselak ke atas.

Yusof memberitahu mahkamah pegawai penguatkuasa syariah, Md Ghani
Arifin dan rakan sepasukan yang melakukan pemeriksaan mendapati kedua-
duanya bukan suami isteri.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Ta`zir) Terengganu 2001 dan boleh dihukum
mengikut seksyen sama.

Tertuduh yang masih bujang kemudian merayu hukuman diringankan
sebelum Yusof memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajar terhadap
tertuduh bagi memberi pengajaran kepadanya dan masyarakat.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,200 atau penjara enam
bulan jika gagal membayar denda.

0 comments: