8/08/2007 06:58:00 pm 0 Comments

Negara makin tidak aman, jenayah bermaharajalela setiap hari

Ekmal Yusof
Mon | Aug 06, 07 | 10:25:23 AM

KUALA KANGSAR, 6 OGOS (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang menegaskan bahawa negara sekarang sudah tidak aman lagi kerana keadaan jenayah begitu dahsyat berlaku setiap masa setiap saat.


Sila layari www.englishsection. com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily. net/wap/ untuk melayari HarakahDaily. Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


"Jenayah yang mengancam harta benda kita, jenayah yang mengancam nyawa kita, jenayah yang mengancam maruah keluarga dan anak-anak zuriat kita kini berlaku pada setiap hari dan pada setiap masa," katanya semasa berceramah di depan 10,000 penyokong Barisan Alternatif di Paya Ranggam dekat sini semalam.


Tegasnya, hal tersebut diakui sendiri oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara seperti Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ketika mula bertugas dua tahun lalu dan ternyata gagal melaksanakan tekadnya untuk memerangi jenayah yang semakin mengancam rakyat.


Katanya, hingga ke hari ini terbukti hasrat Tan Sri Musa bukan sahaja gagal dengan peningkatan kadar jenayah seperti rompak, curi, samun, bunuh dan sebagainya malah semakin bermaharajalela pada setiap hari.


Katanya, kes rogol pada tahun 2006 dilapor sebanyak tujuh kes setiap hari dengan purata sebulan terdapat 210 kes rogol dan mengikut laman web PDRM menyatakan kes rogol di sepanjang tahun 2006 lalu adalah sebanyak 2,435 kes.


"Media arus perdana pula menyebut dalam tempoh masa empat bulan tahun 2007 ini kes rogol semakin meningkat dengan purata sehari terdapat 12 kes rogol,"ujarnya.


Dengan bukti tersebut adalah menunjukkan bahawa negara kita kini sudah tidak selamat, dengan ditambah lagi isu gejala sosial, keruntuhan akhlak, zina dan kes murtad. - mks.


0 comments: