Tujuh hari tujuh malam terpaksa berkubang bersama kerbau
Sahidan Jaafar -- Mastika Januari 2007
idanmastika25@...
Secantik manalah bidadari yang hendak ditunjukkan kepada penulis? Mungkin si dia secantik Aiswarya Rai. Pelakon Bollywood dan bekas ratu cantik India itu? Atau secantik aktress Kareena Kapoor?
Petang itu, 8 November 2006, seorang lelaki berpewatakan lembut tiba disebuah restoran menghadap Laut China Selatan. Dia hanya mahu dikenali sebagai Sofian. Seperti dijanjikan Sofian membawa bersamanya gadis ayu berbaju putih dan berambut melepasi bahu yang sudah beberapa kali diceritakan dalam telefon.
"Inilah doa orang yang saya maksudkan! Cantik tak, Encik Sahidan?" tanya lelaki lembut yang berkaca mata itu sambil tersnyum.
Wow! Cantik! Memang cantik. Hidungnya mancung, dagu seperti lebah tergantung dan pipinya gebu.
"Itulah, saya dah cakap, dia ni memang cantik!" beritahu lelaki lembut itu tersenyum puas.
Semasa minum lelaki lembut memperkenalkan nama gadis ayu itu sebagai Diana. Sofian tidak berhenti henti bercerita tentang kejelitaan Diana. Katanya, ramai sungguh lelaki yang tergila gilakan si Diana ini. Dari VIP yang bergelar Datuk hingglah jurutera dan buruh kontrak. Semasa bercerita, Sofian memberitahu malam nanti dia hendak menunjukkan sesuatu yang mengejutkan.
"Encik Sahidan tunggu di pantai tu. Saya akan bawa Diana sekali lagi. Saya nak encik tengok sendiri kencantikannya bila disimbah cahaya bulan. Bila bulan mengambang Encik Sahidan, badan dia jadi kekuning kuningan macam emas. Wajahnya berkilau kilauan. Betul! Macam bidadari. Saya tak tipu! Tunggu, ada surprise untuk encik!" Beritahu Sofian tersenyum lebar.
Pukul 9.00 malam, bersama jurugambar Utusan, Ghazali Basri, kami tiba di kawasan itu. Sofian sudah menunggu bersama Diana yang hanya berkemban memakai baju ala Hawaii dengan susuk tubuh yang menggiurkan.
Apakah yang hendak ditunjukkan Sofian pada kami?
Diana berdiri menghadap ke lautan. Kulitnya yang putih seperti telur dikupas cukup menggegarkan iman sesiapa yang melihatnya. Malam itu bulan sedang mengambang penuh. Sofian mengajak kami mengikuti langkah Diana yang menapak berkaki ayam menuju ke gigi air. Perlahan lahan Diana menanggalkan kain kemban yang membaluti tubuhnya. Susuk tubuhnya yang gebu kini terserlah dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Jantung berdegup kencang. Tidak sanggup rasanya hendak menatap ke arah sebatang tubuh tanpa seurat benang. Tapi …. Mengapa Sofian beria ia hendak menunjukkan aksi Diana berbogel kepada kami? Apa motifnya?
"Tengok Encik Sahidan, cantik tak? Betul tak seperti saya cakap?" Bisik Sofian.
Betul seperti dinyatakan Sofian! Sesiapa memandang pasti terpukau! Simbahan cahaya purnama menambahkan lagi keindahan tubuh Diana yang gebu itu. Sofian tersenyum. Lelaki lembut itu memberitahu bukan setakat itu sahaja, tetapi banyak lagi rahsia tentang Diana hendak didedahkan kepada Mastika.
Sambil membiarkan Diana terus berbogel, Sofian menceritakan siapa sebenarnya Diana dan mengapa dia digilai ramai lelaki.
"Percaya tak kalau saya katakan Diana seorang maknyah! Tanya Sofian.
Mak nhay? Mustahil!! Wajahnya persis wanita tulen. Bahkan Diana lebih cantik daripada sebahagian wanita yang pernah ditemui. Rambutnya yang panjang, payudaranya yang menonjol, bibrnya yang lebar, tiada sebarang petanda Diana seorang mak nyah.
"Betul! Ramai yag tak percaya dia mak nyah!" beritahu Sofain sambil tersengih.
Sofian memberitahu, dalam usia 20an, Diana sudah beberapa kali menjalani pembedahan plastik untuk menambahkan lagi kejelitaanmya. Hidungnya yang kemek telah dimancungkan. Dagunya yang leper telah diruncungkan dan punggung yang kempis telah dironggekkan. Untuk tujuan itu Diana menghabiskan lebih RM7,000.
"Tapi mak nyah ni tak akan puas selagi tak cantik macam bidadari," beritahu Sofian.
Biarpun sudah cantik, Diana ingin menakluki lebih ramai lelaki kerana kejelitaannya masih kurang diperhatikan pelanggang yag datang ke lorong tempat dia menjual tubuh. Sofian bersimpati dengan nasib mak nyah itu, lantas empat tahun lalu dia membawa Diana ke sebuah negara jiran untik menemui seorang sami bernama Tok Long. Ketika bulan sedang mengambang penuh beginilah Diana berbogel di hadapan Tok Long untuk melakukan upacara sulit.
Apa yang berlaku dalam upacara itu?
Diana pengsan selepas patung tertanam di dahi
Empat tahun lalu ……..
Puluhan pelita minyak tanah dipasang di sekeliling tubuh Diana yang sedang terbaring lesu di atas sehelai hamparan kain berwarna kuning. Tiada seurat benang pun di tubuh Diana. Dia terbaring dalam keadaan kepalanya menghala ke arah sebuah tasik dan bulan yang sedang mengambang di dada langit. Waktu itu pukul 2.00 pagi. Suasana sungguh sepi.
"NAANG KUAAT!" jerit sami bernama Tok Long itu. Tubuh Diana tidak bergerak gerak. Matanya dipejamkan. Dia hanya menanti apa saja yang bakal dilakukan sami itu.
"NAANG KUAAT!" jerit sami itu lagi dengan suara yang amat nyaring. Perlahan lahan sami itu merapati sekujur tubuh Diana yang sedang berbogel. Di tangan kanan sami itu ada sebiji patung sebesar dan sepanjang jari telunjuk. Sami itu kemudiannya meletakkan patung emas tersebut di dahi Diana. Suara sami yang garau menyeru nyeru lagi nama patung tersebut. Beberapa kali dihembuskan nafasnya ke muka dan serata tubuh Diana. Setelah patung itu dihenyak ke dahi Diana diiringi bacaan mentera. Tubuh Diana tersentak sentak.
Jasad Diana yang tadinya khayal seolah olah mendapat roh baru yang menyelinap dalam segenap urat dan nadinya. Diana meraba raba dahinya, dia merasa ada setongkol benda sudah lekat teguh dan kemas. Setelah itu tubuh Diana tidak bergerak gerak lagi. Dia pengsan. Beberapa jam berlalu, Diana terus terbaring tidak sedarkan diri. Menjelang pukul 5.00 pagi barulah mata Diana terbuka perlahan lahan.
Sami itu membaca mentera dan mencedok setimba air dari tasik kecil lalu menjirusnya ke tubuh Diana. Dia memberitahu, upacara menanam patung kecantikan di dahi Diana sudah selesai. Bagaimanapun, beberapa pantang larang perlu dipatuhi. Mulai hari itu Diana tidak boleh bersembahyang lima waktu, dilarang mendengar azan, menjauhkan diri daripada orang membaca al-Quran, bertahlil dan berzikir menyebut nama Allah. Diana juga diharamkan mengucap dua kalimah syahadah dan pergi ke masjid.
Sami itu menerangkan, jika pantang larang itu dilanggar, tubuh Diana akan kepanasan seolah olah terbakar
Selama tempoh empat hari Diana dibawa tinggal di sebuah kuil. Dia diajar menyembah patung termasuk patung ratu kecantikan yang ditanam di dahinya. Diana turut dilarang melihat cermin serta bersetubuh dengan lelaki. Diana dimandikan dengan air bunga setiap malam ketika bulan mengambang. Dan setiap malam juga apabila hendak tidur, Diana terasa dirinya ditemani seseorang menyerupai patung emas tersebut!
Selepas hambis tempoh empat hari itu, Diana dibenarkan pulang. Sekarang dia boleh memohon apa saja daripada patung tersebut untuk kesenangan hidupnya. Diana diyakini bahawa dengan bantuan ratu kecantikan di dahinya, orang akan melihatnya seperti bidadari.
Untuk sekali upacara menanam patung emas itu, Diana membayar RM3,700 kepada sami tersebut.
Betulkan secita ini, Sofian?
"Betul encik. Dah ramai mak nyah, pelacur kelas atasan dan GRO dah pasang patung ni di dahi. Saya berani cakap, majoriti pakai patung ini! Kalau wajah mak nyah tu hodoh tapi bila pakai patung tu, orang nampak cantik dan bersinar sinar," terang Sofian bersungguh sungguh.
"Untuk mengenali pemakainya mudah saja. Ada tanda merah di dahi tempat patung itu ditanam. Kesan itu tidak akan hilang sampai bila bila," cerita Sofian.
"Benarkah begitu? Cerita tentang Diana belum habis ….
Semalam RM1000 sebulan RM30,000!
Selepas empat hari menjalani upacara itu dinegara jiran, Diana pulang semula kerumahnya di sebuah negeri di pantai timur. Malam pertama semasa hendak keluar menjual tubuhnya, dia melakukan upacara seperti diajar sami itu, Ia dilakukan disebuah bilik khas di rumahnya.
Dalam bilik tersebut Diana memasang colok, membaca mentera, menyembah beberapa biji patung dan berniat agar malam pertama itu dia mendapat RM1000 dari pelanggan. Semasa hendak keluar rumah Diana turut membawa sebuah paptung kecil yang dijadikan loket rantainya. Diana membahaskan dirinya sebagai 'mak' dan 'anak' semasa bercakap dengan patung tersebut.
"Malam ni mak nak pergi kerja. Anak mak kena tolong. Apa mak minta, mesti jadi!" Diana berbisik pada patung itu.
Malam itu Diana keluar menjual tubuhnya bersama sama rakannya di sebuah lorong. Belum lama dia berdiri di tepi lorong, sebuah kereta berhenti dihadapannya. Enam lelaki turun, dan keenam enamnya bergilir gilir melanggan Diana! Peliknya, semua lelaki tersebut mengatakan dia perempuan!
Diana paling lalris malam itu. Malah ada seorang lelaki yang tak pernah melanggan mak nyah tetapi apabila melihat Diana, terus mengadaklan hubungan luar tabii dengannya.
Semua pelanggan memuji muji kecantikan Diana. Dalam tempoh empat jam menjual tubuh malam pertama itu, Diana memperolehi RM1,000 seperti yang diminta dari patung berkenaan. Selepas mencapai matlamatnya, Diana terus pulang kerumah. Dia tidak boleh tamak, kalau tidak kecantikannya akan hailang. Malam kedua begitu juga. Dia mendapat duit sebanyak seperti dihajati.
Sejak memakainya empat tahun lalu, setiap bulan pendapatannya mencecah RM30 ribu hingga RM40 ribu sebulan. Hasilnya, mak nyah itu mampu membeli beberapa buah rumah teres dan kereta kereta import berharga ratusan ribu ringgit setiap satu. Kesemuanya dibayar tunai.
Banyaklah keistimewaan yang diperolehi Diana selepas memakai patung tersebut. Ada seorang pelanggannya bergelar Datuk memberi wang pendahuluan muka kereta sebanyak RM15,000 sebagai hadiah. Seorang pemuda pula menghantar setong ikan setiap hari kerumahnya kerana jatuh cinta dengan Diana. Kalau ada masalah Diana telefon saja pelanggannya mengadu tiada wang, pasti permintaanya itu ditunaikan.
Bukan setakat wang malah seorang jurutera dari keturunan Sayid berhasrat mengahwini Diana kerana menyangka dia perempuan! Diana cuba memberitahu keadaan sebenar dan menunjukkan kad pengenalannya bahawa dia seorang lelaki. tetapi jurutera itu tidak percaya. Bagi mengelakkan rahsia dirinya terbongkar, Diana memutuskan perhubungan dengan jurutera tersebut.
Tapi patung yang dipuja perlu terus disembah. Jika gagal, Diana akan diganggu bunyi anjing menyalak dan dinding rumahnya dicakar cakar. Pantang larang juga perlu dipatuhi, kalau tidak …….!
Pernah Diana keluar lewat pukul 2.00 pagi menjual tubuh di sebuah lorong. Pukol 5.00 pagi Diana terdengar orang mengaji dari sebuah masjid berdekatan. Tiba tiba telinganya berdesing seperti bunyi siren menjerit jerit. Al-Quran pantang paling besar yang perlu dijauhi. Tubuhnya terasa terbakar. Selepas habis mengaji, suara azan Subuh pula berkumandang. Sekali lagi tubuh Diana seperti dijilat api. Sakitnya tidak dapat dibayangkan. Diana memekap telinganya dan terus berlari kerumah. Mak nyah itu tahu dia tidak boleh mendengar azan. Azan boleh melemahkan kesaktian patung yang dipakai dan disembahnya.
Tamat cerita Diana, Sofian menceritakan pula kisah menggerunkan yang dilaluinya lima tahun lalu. Apakah peristiwa menggerunkan yang dimaksudkan Sofian?
Episod 2
Sofian mengaku suatu waktu dulu dia juga seorang mak nyah. Malah dia pernah menjalani upacara menanam patung kecantikan seperti dilakukan oleh Diana. Bagaimanapun, apabila berasa usianya semakin meningkat, Sofian mahu membuangnya. Dia mahu bertaubat dan menjadi Muslim yang sebenarnya.
Sofian insaf, selagi masih memakai patung tersebut, dia tidak boleh mendengar azan atau orang membaca al-Quran. Dia juga tidak boleh ke masjid untuk beribadat. Kejadian yang dilalui Diana, tubuh menjadi panas seperti terbakar apabila mendengar orang membaca al-Quran pernah dialaminya.
Malah Sofian lebih teruk. Kejadian itu terjadi semasa orang mambaca tahlil dirumah sepupunya yang sedang melangsungkan perkahwinan. Kebetulan Sofian berada dalam sebuah bilik bersama pengantin. Apabila mendengar orang membaca kalimah Allah, badan Sofian tiba tiba kepanasan. Tubuhnya seperti dikurung dalam sebuah sangkar api menjulang. Panasnya tidak dapat diceritakan sehingga terasa darahnya menggelegak.
Ketika itu tubuhnya berubah menjadi hitam ibarat dipanggang dalam api yang menyala nyala. Mukanya hangus. Selepas itu tiba tiba saja kakinya menendang pintu. Sofian keluar merangkak, kemudian melompat ke dinding dan siling lalu menerjah ke arah sebatang pokok kelapa dan jatuh. Selepaps jatuh, beberapa orang cuba memegangnya tetapi Sofian melenting semula, terbang melekap di dinding serta siling seperti seekor cicak. Ketika itu rupanya hodoh seperti hantu.
Air bacaan yasin yang dijirus bertukar seeperti percikan api yang menjilat tubuhnya. Sofian mengelepar. Dia terlalu dahaga sehingga meminum berbotol botol air. Hanya setelah habis bacaan tahlil barulah Sofian pulih seperti sediakala.
"Sebab itulah saya tak sanggup lagi memakai paptung tu. Saya tak sanggup lagi diazab apabila mendengar bacaan al-Quran dan azan," beritahu lelaki lembut itu.
Sofin berjumpa semula sami yang memasukan patung tersebut. Malangnya sami itu sendiri tidak berupaya mengeluarkan patung tersebut, melainkan Sofian melakukannya sendiri, iaitu berendam selama tujuh hari tujuh malam dalam selut paya bersama kerbau.
"Bayangkan ketika itu musim tengkujuh baru bermula. Hujan lebat turun sedari siang hingga ke dinihari. Saya berlumpur dan menggigil seorang diri," cerita lelaki lembut itu.
Upacara itu Sofian lakukan dalam paya di Gua Musang, Kelantan, pada 2004, iaitu selepas sembilan tahun memakai patung berkenaan. Disitulah Sofian tidur, berak dan kencing. Dia tidak boleh bergerak gerak selagi tidak sampai tempoh tujuh hari. Seluruh anggotanya disaluti lumpur bercampur najis dan air kencing haiwan tersebut. Hanya matanya terkebil kebil. Lelaki lembut itu membiarkan lalat, langau dan nyamuk hinggap di tubuhnya. Dia terpaksa merelakan lintah menghisap darah di punggung dan pelipat ketiaknya. Sepanjang tempoh itu Sofian tidak boleh makan dan minum. Pernah dia pengsan beberapa kali akibat terlalu lapar.
Menjelang subuh terakhir dia berlumpur, Sofian tersedar, tidak lama kemudian dia terdengar laungan azan berkumandang, suara muazin itu amat jelas dari masjid berdekatan. Tubuh Sofian terasa menggelegak. Panasnaya seperti di panggang api ketuhar. Ketika itulah dia termuntah, terkencing dan terberak kerana terlalu azab!
Suara azan terus bergema dan Sofian menjerit jerit seperti dirasuk syaitan. Sakitnya tidak terperi. Di dahinya seperti ada suatu benda hendak terpacul. Kepala Sofian bergoyang goyang. Pandanganya berpinar, bumi ligat berpusing seperti hendak runtuh.
UWEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!
UWEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!
Sofian termuntah dan mengeluarkan segala isi perutnya yang berwarna hijau pekat. Benda yang hedak tersembul di dahinya seperti sebiji peluru yang baru ditembak menembusi daging. Sofian terkencing dan terberak, dia melolong lolong kesakitan.
Tiba tiba ….
PAPPP!!!
Sebiji benda jatuh di atas tapak tanganya. Benda itu keras, hitam dan sudah berlumut. Serentak itu kesakitan yang ditanggungnya sebentar tadi hilang serta merta. Sofian meraba raba dahinya. Patung yang terasa terbonjol di dahinya sudah tiada. Sofian lega, sekarang dia sudah bebas dari pantang larang yang paling azab di dunia.
"Azab encik, azab! Taubat saya tak sanggup buat lagi. Kalau tahu begini akhirnya, saya tak sanggup buat," cerita Sofian.
Andai Diana hendak membuang patung tersebut, mak nyah itu juga terpaksa menjalani upacara dan azab yang sama.
"Tak ada jalan lain lagi. Selagi tak buang, azab. Kalau nak mati lagi teruk. Orang yang tak buang susah nak mati!" cerita Sofian.
Sanggupkah Diana berlumpur dengan kerbau dalam paya tujuh hari tujuh malam selepas ini?
Mak nyah itu hanya diam. "Sebelum saya buang patung tu, saya nak jadi jutawan dulu!" beritahu Diana sambil tersenyum penuh makna.
Sebelum mengakhir pertemuan petang itu Sofian mengajak kami mengikutnya ke sebuah kuil. Apa pula yang hendak ditunjukkannya kepada Mastika?
"Kami sembah patung di kuil!!"
Esoknya 9 November 2006, kami pergi ke sebuah kuil di pinggir sebuah kampung.
"Tunggu sekejap, saya nak sembahyang!" ceritahu Sofian.
Sembahyang?
Sembahyang yang Sofian maksudkan bukan solat yang dilakukan oleh orang Islam. Sofian sebaliknya membakar dua batang colok dan diletakkan di hadapan patung patung yang berderet deret di depannya. Kemudian di meletakkan bunga melur dan kekwa di kiri serta kanan patung berkenaan. Setelah itu Sofian menyembah patung patung tersebut. Antara yang disembah itu ialah patung raja segala hulubalang, pahlawan, bayi dan ratu segala kecantikan iaitu patung yang pernah ditanam di dahinya dan Diana.
"Saya sembahyang tak lama. Seminit dua. Saya dah minta apa yang saya nak. Selalunya hajat saya tercapai. Walaupun benda tu dah tak ada di dahi saya lagi, tapi saya percaya lagi pada patung patung tersebut. Saya ada pakai satu patung pada rantai leher untuk jadi pelaris," beritahu Sofian lantas menunjukkan loket rantainya yang berbentuk patung seorang bayi.
Dia juga menunjukkan satu lagi patung yang dipakainnya, iaitu patung puteri segala kecantikan sebagai azimat. Patung puteri inilah yang menjadi kegilaan pelacur dan mak nyah yang ingin kelihatan cantik seperti Diana. Itulah dua jenis patung yang disembah setiap kali datang ke kuil pada hari Sellasa dan Jumaat, pukul 7.30 pagi setiap minggu.
"Jangan takut. Disini orang baik baik. Sami disini tak pernah paksa saya masuk agama mereka. Saya buat ini untuk diri saya sendiri," beritahu Sofian.
Sejak dua tahun lepas, kuil ini menggantikan masjid sebagai rumah ibadat baru dan tempat sembahyang Sofian. Patung patung pahlawan itu menggantikan al-Quran dan sejadah. Sofian sudah lama meniggalkan sembahyang lima waktu.
Kalau begitu, apakah Sofian dan Diana masih Islam?
"Kami masih Islam!"
Apabila melihat perbuatan Sofian dan Diana menyembah patung patung tersebuit timbul persoalan tentang agama mereka.
"Kami masih Islam!" jawab Sofian.
"Jangan salah sangka. Saya tidak pernah keluar Islam, Cuma saya dah tersesat. Saya nak cari jalan pulang. Saya ceritakan semua ini pada Mastika untuk beritahu bagaimana susahnya hendak kembali ke jalan Allah selepas tersesat jauh!" ucap Sofian.
Sofian lalu bercerita bagaimana azabnya selepas membuang patung tersebut. Daripada kaya raya dia jatuh papa kedana gara gara tiada pelanggan. Tapi Sofian lalui juga kesusahan itu kerana dia benar benar ingin bertaubat. Sofian mahu mengucap semula, bersembahyang dan membaca al-Quran. Dia ingin semula mendalami agama Islam dan menjadi seorang Muslim dalam erti kata sebenar.
Lalu dia berjumpa beberapa orang alim meminta mereka membimbingnya. Malangnya tiada siapa yang sangup membantu. Ada yang ditemuinya penceramah terkenal , berapi api memberi sharahan dalam televisyen. Tetapi apabila berjumpa, penceramah itu memandang sinis kepada Sofian. Sofian mengadu ke pusat pertubuhan dakwah terkenal untuk mualaf dan sudara baru tetapi tidak mendapat layanan. Alasannya tempat itu hanya untuk mualaf.
Sofian pergi pula ke masjid hendak berjumpa imam dan pegawai masjid meminta bimbingan. Dia dihalau. Mereka mengungkit ungkit sejarah silamnya menyundal di lorong lorong gelap.
"Masa menyundal tak ingat Tuhan. Orang macam ni kalau tolong takkan jadi baik. Kalau dah biasa makan tahi, dapat hidu pun cukup!" sindir orang di masjid tersebut. Itula sindiran tajam yang masih berdarah di hatinya sampai sekarang.
"Bayangkan encik, masa tu saya lapar, nak minta makanan di masjid tapi tak diberi. Saya hanya minum air paip! Sedih betul bila diejek dan dihina," cerita Sofian dengan air mata bergenangan.
Setelah gagal meminta bantuan daripada orang Islam sendiri, Sofian pergi ke beberapa buah rumah ibadat dan akhirnya serasi berada di kuil tersebut.
"Orang Islam sendiri tak nak tunjuk jalan yang lurus kepada orang macam saya. Tapi di kuil ni tanpa duit sesen pun saya diberi makan, minum, rokok dan tempat tidur," beritahu Sofian.
Sofian bertanya tanya mengapa orang Islam menghina orang sepertinya yang ingin kembali ke pangkal jalan? Ada juga yang mempertikaikan niatnya hendak bertaubat.
"Jangan pandang hina kami. Orang di kuil itu tidak pernah hina kami. Mereka tak pernah ajak kami masuk agama mereka. Kami tak pernah disuruh makan babi.
"Tolonglah, kami dah terlajak, lupa diri dan asal usul. Tolong tunjukkan jalan. Kami nak jadi normal semula," beritahu Sofian.
Diana hanya mengangguk. Nasibnya lebih dasyat, dia perlu berkubang dengan kerbau, tujuh hari tujuh malam jika ingin membuang patung yang masih tertanam didahinya.
Sebelum berpisah, Sofian berbisik, akibat desakan nafsu, dia masih juga menjual diri walaupun sudah membuang patung di dahi.
"Nafsu, encik. Sekali sekali saya pun keluar menyundal. Orang masih pandang saya. Seri patung itu masih belum pudar," bisik Sofian.
Mastika faham. Nafsu. Memang iman selalu tewas kepada nafsu.
Sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Pada malam Jumaat 9 November 2006, ketika orang Islam sedang melakukan ibadat membaca al-Quran di rumah dan di masjid, Mastik kergi ke lorong tenpat Sofian dan Diana mencari pelanggan.
Kami nampak Diana sedang menunggu jantan. Pakaiannya seksi sungguh.
Sofian? Kami tidak tahu dimana. Mungkin Sofian benar benar sudah bertaubat, dan sekarang bersimpuh di atas sejadah. Mungkin juga dia sedang berdoa agar apabila cerita ini tersebar, akan tampillah nanti orang yang akan membawanya dan Diana, serta mak nyah mak nyah lain, keluar daripada kesesatan ini.
0 comments: