8/12/2007 11:42:00 pm 0 Comments

From: acan_kl

Teman hampir menitiskan air mata tatkala membaca satu artikel yang tersiar di dalam lama web http://kickdefella. wordpress. com/ di bawah tajuk `Email To God'. Teman menangis kerana sedih dan marah yang teramat sangat di atas kebiadapan yang di tunjukkan oleh penulis artikel ini yang secara terang-terang menghina dan merendahkan- rendahkan Islam.

Kiranya tidak beberapa lama dahulu kita sering di kejutkan dengan tindakan biadap bangsa kafir yang acapkali menghina dan merendahkan Islam dengan lukisan karikaturnya, pengunaan ayat-ayat suci Al-Quran di baju dan kasut, tuduhan yang tidak berasas dan seribu macam hinaan yang lain.

Namun kini, kita dikejutkan pula dengan hinaan yang di lemparkan oleh seorang yang bergelar melayu yang teman yakin berugama Islam. Apa yang lebih menyedihkan Kickdafella sebagai salah seorang yang mengaku sebagai Islam langsung tidak menunjukkan rasa bersalah mahupun sensitif di atas perbuatannya.

Sungguh sedih sekali apabila membaca artikel tersebut, kerana beliau mungkin secara berseloroh mengatakan mampu untuk mengutuskan e-mail kepada Allah Yang Maha Besar dan bermimpi menemuramah Allah S.W.T.

Teman akui beliau mungkin hanya meluahkan perasaannya dengan menulis tanpa mempunyai niat yang lain, tapi mengapa mesti merendah-rendahkan dan menghina agama sendiri? Apa perlunya mengkiaskan Allah S.W.T dalam penulisan beliau?

Agama Islam adalah agama yang suci dan bukan untuk di jadikan senda gurau ataupun bahan jenaka. Sepengetahuan teman yang tidak berapa cerdik ini, Islam melarang sekeras-kerasnya perbuatan seperti ini.

Teman juga faham beliau mungkin hanya ingin menunjukkan rasa protesnya namun bukanlah dengan menghina dan merendah-rendahkan agama yang suci ini. Sebagai penganut Islam adalah amat tidak wajar apabila beliau mempersendakan dan menjadikan Islam sebagai modal jenaka.

Kiranya di tanya, beliau mungkin akan mengatakan `God' yang di maksudkan di dalam artikel tersebut tidak di rujuk kepada Allah yang Esa tetapi kepada penganut agama lain. Soalan teman kepada beliau apakah beliau mengiktiraf terdapat tuhan yang lain selain dari Allah S.W.T.?

Sekiranya Kickdafella mengatakan artikel tersebut merujuk kepada Tuhan penganut agama lain beliau secara terang-terangan telah syirik. Kerana di dalam rukun Islam yang pertama di tuntut kepada penganutnya mengaku bahawa `Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah'. Apakah beliau telah syirik? Nauzubillah.

Beliau juga berkemungkinan akan mengatakan artikel tersebut bukanlah di tulis oleh beliau tetapi telah ditulis oleh penulis lain dan hanya di letakkan di dalam laman beliau sebagai tanda sokongan. Maka beliau secara tidak langsung telah bersubahat untuk mempersendakan agama Islam yang suci ini.

Allah S.W.T berfirman
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukan- Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki- Nya (menurut aturan syariat-Nya) . Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar." (Surah an-Nisa': 48)

Andainya benar dengan melakukan perbuatan ini beliau telah berdosa, teman menyarankan ada baiknya beliau melakukan `taubat nasuhah' dengan sebenar-benar taubat kerana dosa yang mungkin dipikulnya bukanlah kecil, kerana ia tergolong di dalam dosa yang besar.

Persoalanya insan yang di bela oleh beliau sehingga tergamak menghina agama sendiri ini ialah seorang yag berbangsa kafir yang secara terang menolak Islam sebagai cara hidup. Adalah benar sebagai umat Muhammad S.A.W kita di seru untuk berbuat baik terhadap semua makhluk ciptaan Tuhan, namun bukanlah dengan cara menghina Islam itu sendiri.

Apakah semata-mata untuk memberikan tanda sokongan kepada kafir laknatullah kita di bolehkan untuk menghina dan mempersenda agama sendiri? Apakah terdapat di dalam mana-mana mazhab mahupun guru agama yang membenarkan perbuatan ini?

Apakah bezanya beliau dengan penganut agama lain yang sering mempersendakan agama Islam dan menjadi Islam sebagai bahan senda gurau? Apakah beliau merupakan tali-barut barat yang telah di upah untuk menghina agama sendiri? Mengapakah beliau sanggup bersekongkol melakukan perbuatan yang hina lagi menghinakan ini?

Teman akui teman bukanlah seorang yang alim mahupun warak di dalam bab agama Islam ini, tapi sebagai seorang yang waras teman merasa amat marah lagi kecewa apabila beliau secara terang-terangan menjatuhkan agama yang beliau sendiri anuti.

Untuk menguatkan lagi hujah, teman telah menghubungi Tuan Haji Shahrin, dari unit soal-jawab Islam, Jabatan Kemajuan Islam untuk mengulas berkenaan perkara ini.

"Islam adalah terpisah sama sekali dengan agama lain dan tidak boleh di samakan, ia bukan untuk di jadikan senda gurau.

"Seseorang muslim seharusnya merujuk kepada mereka yang lebih arif atau thiqah (yang di percayai) sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan, bagi mengelakkan kita dari terpesong dan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam sama ada sedar atau tidak." menurut beliau.

Pada pendapat teman hanya Kickdafella yang mempunyai jawapan bagi merungkai semua persoalan di atas.

Hati teman terus di siat seribu kepiluan apabila membaca pula ruangan komen yang di berikan oleh pengunjung laman beliau, ini kerana rata-rata menyokong kebiadapan yang di lakukan oleh Kickdafella. Berikut adalah antara komen di berikan oleh pengunjung mengenai artikel tersebut:

"Good job posting this, bro!! Keep it up. All of us are praying the same prayer… God bless" komen yang di berikan oleh Hus.

"The Koreans asked God when will they win the World Cup. God said in 100 years. The Koreans cried.

"The Japanese asked God when will Japan win the World Cup. God said in 200 years. The Japanese cried.

"Malaysians asked God when will we win the World Cup. God cried." Komen gurindam jiwa pula.

Tidak sanggup rasanya untuk terus membaca dan menyenaraikan semua komen yang terdapat di dalam artikel tersebut. Ini kerana mereka secara rakus memberikan semangat kepada Kickdafella untuk terus menghina agama Islam.

Perbuatan mempersenda- sendakan Allah, para rasul, kitab atau agama sama ada dalam bentuk gurauan atau bertujuan menarik perhatian orang adalah satu perbuatan yang kufur dan nifaq (munafik).

Ada baiknya teman coretkan disini satu kisah yang pernah terjadi di zaman Rasulullah S.A.W, yang mengisahkan tentang perbuatan sekumpulan lelaki yang berkata:

"Kami tidak pernah melihat para pembaca yang lebih menyukai perutnya, lebih dusta lidahnya dan lebih takut tatkala bertemu daripada ini.

`Para pembaca' yang mereka maksudkan di atas ialah Baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya.

Ekoran perbuatan dan kata-kata itu, maka turunlah ayat yang bermaksud:
"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" (Surah At-Taubah : 65)

Ini terbukti apabila kumpulan lelaki tadi datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan berkata: Sesungguhnya kami hanya ingin membicarakan tentang rombongan kafilah yang kami batalkan lantaran perjalanan yang terlalu berat.

Lantas, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t, baginda s.a.w berkata kepada mereka: Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usahlah kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir sesudah beriman.

Hakikatnya, masalah ketuhanan, kerasulan dan kewahyuan adalah satu permasalahan yang suci, yang tidak seharusnya di jadikan bahan sindiran, ejekan mahu pun gurauan.

Tambahan, perbuatan sedemikian merupakan satu penghinaan terhadap Allah S.W.T, para rasul, kitab dan syariatnya yang menjerumuskan pelakunya ke lembah kekafiran.

Jawatankuasa Fatwa juga pernah menasihatkan kepada mereka yang melakukan perbuatan seperti itu supaya segera bertaubat dan takut akan azab Allah yang maha pedih.

Oleh yang demikian teman menyeru rakan seangkatan yang sayang akan Allah dan Rasulnya untuk bangkit dan memaksa beliau untuk bertanggungjawab di atas perbuatannya yang menghina dan merendah-rendahkan martabat Islam ini.

Hanya Sekadar luahan rasa.

Wallahu `lam

.



--
---
"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Milia Amran
- Aku.....-

0 comments: