8/12/2007 11:14:00 pm 0 Comments

BEZA CINTA SEJATI DAN TERGILA-GILA

CINTA SEJATI

  • Berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama.

  • Ia berdasarkan kepada kefahaman – anda perlu memahaminya dan dia perlu memahami anda.

  • Anda lebih menumpukan kepada kesejahtraan orang lain daripada diri sendiri.

  • Anda cuba meningkatkan kesejahteraan dirinya yang sebenar.

  • Sepanjang hayat.

TERGILA-GILA

  • Anda boleh tergila-gilakan seseorang dalam masa yang singkat dan secara mendalam, tetapi tidak semuanya menjadi cinta sejati.

  • Untuk tergila-gilakan seseorang, anda perlukan seorang sahaja – diri anda. Perasaan anda yg mendalam terhadap orang itu wujud berdasarkan kepada tanggapan anda terhadapnya; anda jatuh cinta pada imej yg anda bentukkan untuknya. Biasanya selepas tiga bulan, anda akan tersedar bahawa dia bukanlah seperti orang yang anda wujudkan.

  • Pentingkan diri sendiri kerana anda cuma mahu berasa seronok untuk diri sendiri sahaja.

  • Tidak mahu berkongsi dan cemburu.

  • Tidak kekal lama (tiga hingga enam bulan); tapi jika keadaan itu dihalang, ia mungkin lebih lama kerana anda akan menjadikan dia idola anda.



0 comments: