8/03/2007 07:01:00 pm 0 Comments

Maksiat lepas sarapan

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassan
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Segelintir pelacur asing dan tempatan dikesan aktif menawar 'seks kedai kopi'' kepada orang ramai terutama golongan lelaki warga emas yang dambakan layanan mesra gadis muda selepas menikmati sarapan atau minum pagi di sebuah restoran di Jalan Petaling, di sini.

Kumpulan gadis terbabit yang dilihat duduk dan merayau di sekitar kedai kopi berhampiran pintu gerbang belakang di Jalan Petaling itu, didapati mula berkeliaran mencari pelanggan sekitar jam 11 pagi.



Tinjauan wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan restoran terbabit mendapati, beberapa gadis berpakaian seksi berkeliaran di kaki lima restoran itu sambil menyapa lelaki yang melintasi hadapan mereka.

Wartawan yang minum kopi di restoran berkenaan sempat memanggil seorang daripada wanita itu untuk mengetahui lebih lanjut kegiatan mereka.

Seorang gadis yang memperkenalkan diri sebagai Ika kemudian mendekati wartawan sambil menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar bayaran hanya RM40.

Bagaimanapun selepas tawar menawar, gadis berpakaian seksi dan berkasut tumit tinggi itu bersetuju menurunkan harga kepada RM30.

Bagi menarik perhatian wartawan, Ika yang berusia awal 30-an memberitahu dia bersedia memberi layanan terbaik dan menyediakan bilik yang selamat untuk didiami.

Gadis terbabit mendakwa kebanyakan pelacur yang berkeliaran di kedai kopi berkenaan adalah 'pelacur bebas' yang tidak terikat dengan kawalan 'bapa ayam'.

Ika yang sudi duduk menemani wartawan minum memberitahu cara 'kerja' begini lebih mudah dan tidak terdedah kepada operasi pihak polis seperti kerap dilakukan di hotel dan 'rumah ayam'.

Menurutnya, ada antara pelacur adalah golongan pondan serta gadis asing dari Filipina atau Indonesia yang mensasarkan orang ramai yang mengunjungi kedai kopi atau kawasan berkenaan.

"Biasanya pelanggan bersetuju dengan harga ditetapkan itu akan kami bawa ke beberapa rumah tumpangan murah di sekitar Jalan Petaling termasuk sebuah daripadanya yang terletak berhadapan kedai kopi ini.

"Saya akan bayar sewa bilik rumah tumpangan itu sebanyak RM10 sejam untuk melakukan hubungan seks kepada pemilik rumah tumpangan manakala RM20 atau RM30 lagi adalah duit untung kami," katanya.

Menurutnya, dalam sehari dia boleh mendapat dua hingga lima pelanggan dan keuntungan menjaja seks berkenaan dianggap mencukupi.

Ika berkata, kebiasaannya pelanggan kedai kopi itu sudah mengetahui tujuan mereka berkeliaran di situ apatah lagi kebanyakan mereka adalah pelanggan tetap.

Ika yang mula resah selepas diaju pelbagai soalan kemudian bingkas beredar pergi sebelum dilihat mendekati seorang warga emas berusia 50-an.

Beberapa minit kemudian Ika dan lelaki berseluar pendek itu dilihat berjalan bergandingan ke bangunan berhampiran.

Wartawan yang mengekori gerak-geri gadis pelacur itu mendapati kebanyakan pelanggan dibawa ke rumah tumpangan atau hotel di seberang jalan bertentangan kedai kopi terbabit.

Pelanggan dibawa menaiki lif ke tingkat tiga bangunan yang menyediakan bilik kecil untuk disewa sama ada mengikut jam atau hari.

Ttinjauan Harian Metro di Jalan Petaling mendapati deretan rumah tumpangan menyediakan khidmat pelacuran yang pernah diserbu pihak polis beroperasi seperti biasa.

Kawasan lorong belakang itu diibarat syurga seks kepada warga asing apabila beberapa lelaki dan warga tempatan mengambil kesempatan menjual minuman dalam tin dan rokok kepada orang ramai yang mundar-mandir di situ.


Amir JAmal
Sunway Kuala Lumpur
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~

0 comments: