Pemimpin Malaysia Perlu Banyak Jet Mewah
Dari laman web Dato A Kadir Jasin Bekas Pengarang NST.
http://kadirjasin. blogspot. com/2007/ 02/plane- saga-understandi ng-issue- kadir.html
Thursday, February 01, 2007
…………….
Isu Jet Mewah Dipermudah
1. PM kata kerajaan tak beli tapi sewa;
2. Yang beli adalah Penerbangan Malaysia Berhad (PMB);
3. PMB adalah anak syarikat milik penuh Khazanah
Nasional Berhad (KNB);
4. KNB dimiliki kerajaan melalui Menteri Kewangan
Diperbadankan (MKDp -- Minister of Finance
Incorporated) ;
5. Pengerusi KNB adalah PM;
6. Menteri Kewangan adalah PM;
7. PM dan kerajaan dipilih oleh rakyat jelata; dan
8. Rakyat jelata bayar cukai untuk membiayai kerajaan.
Kesimpulan
1. Beli atau sewa, pembayar cukai tetap terpaksa
tanggung perbelanjaannya;
2. PMB, KNB, MKDp, Menteri Kewangan dan PM adalah
entiti yang sama dan berkaitan;
3. PMB kini menanggung beban hutang yang besar dan
mustahil akan membeli jet mewah kalau tidak diarahkan
atau direstui entiti-entiti di atas;
4. Malah PMB sedang berusaha menjual beberapa buah
kapal terbang miliknya jenis Fokker 50; dan
5.PM selaku Ketua BN yang mendapat mandat paling besar
dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia adalah juga
Menteri Kewangan dan pengerusi KNB "telah membeli" jet
mewah berharga antara RM175 juta hingga RM200 juta dan
memajaknya kepada Kerajaan Malaysia yang dipilih dan
dibiayai oleh rakyat jelata.
Perbelanjaan mewah ini berlaku pada saat rakyat jelata
disarankan supaya mengubah gaya hidup bagi menghadapi
kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak,
gas memasak, elektrik, air, tol dan pelbagai lagi yang
kesemuanya dengan restu kerajaan sendiri.
Nota kaki: Pembesar negara sudah pun disediakan empat
buah pesawat eksekutif yang terdiri daripada Boeing
Business Jet, Bombardier Global Express, Dassault
Falcon 900B dan Fokker F-28 serta beberapa buah
helikopter. Untuk rombongan besar ke luar negara,
kerajaan sering menyewa khas pesawat Mas.
posted by A KADIR JASIN | 8:40 AM
0 comments: