8/08/2007 07:02:00 pm 0 Comments

Zhana tak suka Seksi.

KONTROVERSI yang dikaitkan dengan gadis ini kian terhakis sedikit demi sedikit, namun masih ada yang menimbulkan cerita baru kononnya gadis lincah ini berimej seksi tidak kira tempat. Namun, itu nyata sekadar khabar angin.

Zhana atau nama penuhnya Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hamzan (Zhana) menjelaskan pakaian yang digunakan adalah mengikut keselesaannya.

Zhana yang mula dikenali menerusi Akademi Fantasia 5 (AF5) berkata, jarang sekali dia memakai pakaian yang terlalu terdedah, sama ada mahu ke tempat kerja ataupun sekadar berjalan-jalan.

“Semuanya khabar angin dan saya menafikannya kerana saya tidak suka kelihatan seksi,” katanya.

Gadis berusia 23 tahun itu berkata, teguran yang diberikan sesetengah pihak ada kalanya memberi semangat tetapi jika ia keterlaluan, ia sedikit sebanyak menjejaskan kariernya.

“Saya cukup hormat kepada mereka yang memberikan pandangan positif mahupun negatif terhadap saya.

“Pun begitu, jika ia agak keterlaluan, saya tidak boleh menerimanya. Ia seakan-akan cubaan menjatuhkan saya.

“Cara saya berpakaian tidak ada niat mahu menyinggung mana-mana pihak. Cukuplah sekadar mengikut keselesaan.

“Jika ke tempat kerja mahupun berjalan-jalan, saya akan memilih pakaian yang sesuai tetapi tidak menjolok mata,” katanya.

Mengenai pembabitannya sebagai penyampai radio Suria FM, gadis ini menganggap apa yang dilakukannya kini rezeki diberikan Tuhan dan bukan disebabkan kontroversi lalu yang mengaibkannya.

0 comments: