8/07/2007 07:45:00 pm 0 Comments

Penyampai radio tak bercoli ligat dalam konti
Oleh Zubir Mohd Yunus

OI, terbeliak mata Zubir apabila diberitahu mengenai kisah penyampai
radio yang baru nak popular, tapi penampilannya di tempat kerja, mak
oooi, seksi terlebih. Dia hanya mengenakan baju tanpa lengan dan tanpa
rasa bersalah, dia tidak mengenakan coli ketika bersiaran di konti!
Bayangkan kalau dia tunduk, pening kepala dibuatnya tetamu undangan!
Memanglah, dia bukan pengacara TV, kalau di konti, tidak ada penonton
hanya pendengar dan dia bebas untuk mengenakan apa saja fesyen pakaian.
Tapi, biarlah berpada-pada, orang kata etika berpakaian di tempat kerja,
walaupun bebas, tapi janganlah sampai menggegarkan iman rakan sekerja lelaki! Zubir dengar cerita, penyampai radio berkenaan sudah beberapa kali diberi peringatan supaya memelihara etika berpakaian di tempat kerja, tapi dia buat tak faham saja, bahkan makin menjadi-jadi. Khabarnya, dia bukan saja pakai singlet dan tidak memakai coli, tapi skirt yang dipakainya, alamak macam miskin kainlah, sekadar menutupi kawasan pinggulnya saja!
Sekalipun penyampai radio itu mempunyai bentuk badan yang menggiurkan, janganlah sampai rakan sekerja yang lain hilang fokus kepada tugas di pejabat. Penyampai radio itu bukan sekadar seksi maut, tapi kalau berjalan, mesti nak catwalk, bercakap pula, alamak, gedik tu!
Zubir difahamkan, penyampai radio itu langsung tidak menghiraukan
peringatan yang dikeluarkan rakan-rakan di jabatan sumber manusia,
sebaliknya dia mengambil sikap acuh tak acuh. Zubir dengar cerita lagi,
dia berani melawan arahan kerana salah seorang bos di stesen radio
popular itu, mempunyai hubungan baik dengan dirinya.
Tak tahulah Zubir, baik macam mana, antara adik dengan abang, majikan
dengan pekerja atau majikan dengan kekasih hati, ooops! Sedar-sedarlah, kita ni hidup bermasyarakat, janganlah buat perkara yang orang tak suka.
Zubir tak nafikan, penyampai popular ni ada bakat, tapi biarlah perangai
seiring dengan bakat, mesti lagi cun! Orang kata, seksi adalah satu yang subjektif, tapi janganlah seksi yang keterlaluan, buruk perangai kalau orang luar yang datang melawat stesen itu mendapati dia dengan selamba tidak memakai coli, memicit butang kawalan di dalam konti dengan gediknya! Fikir-fikirlah. Bukannya mahal sangat harga pakaian dalam wanita sekarang ni. Sale pun tengah banyak!

0 comments: