Ibu yakin anak perempuan dianiaya kes dadah di Trinidad
KUALA LUMPUR 29 Julai - Seorang tukang masak di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Lumut, Perak runsing memikirkan nasib anak perempuannya yang kini ditahan pihak berkuasa sebuah negara kepulauan Caribbean atas dakwaan menyeludup dadah ke negara itu.
Sharifah Marina Syed Hamzah, 38, memberitahu, dia bingung dan sedih memikirkan keadaan anaknya, Wan Lidiawati Abdul Majid, 20, yang terpaksa meringkuk di penjara republik Trinidad and Tobago sejak 14 Jun lalu tanpa dibantu pihak berkuasa Malaysia.
Ibu tunggal itu yakin anak sulungnya itu tidak bersalah tetapi dianiaya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berdasarkan maklumat yang diterimanya.
"Saya yakin Along (Wan Lidiawati) dianiaya orang kerana dia masih mentah. Saya pula hanya seorang tukang masak dan tidak mampu ke sana membantu dia.
"Apa yang boleh saya buat hanyalah berdoa agar dia dilindungi Allah dan dapat pulang dengan selamat untuk menyambung pelajarannya," kata Sharifah Marina ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan mengenai penahanan gadis itu di Trinidad and Tobago atas dakwaan menyeludup dadah ke negara pulau tersebut.
Akhbar itu melaporkan ibu gadis tersebut memerlukan bantuan kewangan antara RM50,000 hingga RM100,000 untuk ke negara itu bagi membantu anaknya.
Menurut Sharifah Marina, Wan Lidiawati baru saja menamatkan kursus pentadbiran di Kolej UNIKOP, Kuala Lumpur baru-baru ini dan berhasrat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Demi menyambung cita-cita, anaknya bekerja di nusebuah butik di Setapak untuk mengumpul wang bagi membiayai pelajarannya.
Sejak itu Wan Lidiawati kurang menghubungi ibunya.
"Pada 20 Julai lalu, tiba-tiba saya terima sepucuk surat daripada Along yang dikirim dari penjara di sana memberitahu masalah yang menimpanya," jelasnya.
Menurut Sharifah Marina, dalam surat itu anaknya turut menjelaskan mengenai pemergiannya ke pulau itu setelah dipelawa oleh seorang wanita yang baru dikenalinya untuk sama-sama melancong.
Setibanya di sana, kata Sharifah Marina, wanita yang hanya dikenali sebagai Kak Siti itu meminta Wan Lidiawati memunggah sebuah beg.
Pihak berkuasa Trinidad and Tobago menemui kokain seberat 2.197 kilogram dalam beg tersebut.
Wan Lidiawati didakwa di mahkamah pada 20 Julai lalu dan dia mengaku tidak bersalah. Perbicaraan akan bermula 2 Ogos ini dan sekiranya sabit kesalahan, gadis itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Sharifah Marina memberitahu, kes itu sudah dirujuk kepada Kementerian Luar oleh peguamnya, M. Manoharan namun dia dimaklumkan pihak kementerian itu tidak mampu berbuat apa-apa.
"Anak saya ialah seorang yang baik... dia tidak hisap rokok macam anak-anak gadis sekarang."
TOLONG SEBARKAN DAN SELAMATKAN ANAK ANAK GADIS KITA SEMUA.
DULU BANGLA SEKARANG NEGRO
0 comments: