7/31/2007 08:35:00 pm 0 Comments

Taman Bersatu Kulim banjir kilat 20 tahun
>
> [sumber: Berita Harian (halaman "Surat & E-Mel"), Selasa, 24 Julai
2007]
>
>
>
> AHAD lalu, rumah kami di Lorong Merbau, Taman Bersatu, Kulim Kedah
> dinaiki air lagi. Setiap kali hujan lebat, kami pasti berada dalam
> keresahan. Apakan daya kami, kepada pihak Majlis Perbandaran Kulim
> dilaporkan, kepada wakil rakyat, Boey Chin Gan kami mengadu tapi
> sehingga kini tiada tindakan diambil.
>
>
>
> Pada kira-kira jam 5 petang Ahad lalu, hujan lebat lagi dan banjir
kilat
> terjadi dalam beberapa minit saja. Mujur kenderaan kami berjaya
> diselamatkan tapi barangan elektrik dalam rumah habis rosak.
>
>
>
> Sofa, tilam dan permaidani semuanya berselut. Sudah puas mengadu
> merata-rata. Tapi masalah tak selesai juga. Sejak taman perumahan
di
> sekeliling Taman Bersatu dibina tanpa perancangan saliran yang
teliti,
> sejak itu banjir kilat sering berlaku.
>
>
>
> Rata-rata penduduk di sini terdiri daripada golongan berusia,
> bayangkanlah keperitan yang mereka tanggung setiap kali banjir. Air
> masuk ke rumah sampai paras lutut.
>
>
>
> Apalah sangat kudrat mereka yang sudah tua ini hendak mengangkat
> barangan berat dan besar seperti mesin basuh, peti sejuk dan lain-
lain
> untuk diselamatkan daripada ditenggelami air.
>
>
>
> Apa yang kami mahu adalah peningkatan sistem perparitan dan
saliran yang
> tidak teratur ini agar banjir dapat dielakkan. Sudah hampir 20
tahun
> banjir kilat berlaku, namun tiada sesiapa mengambil serius.
>
>
>
> Ada usaha yang dijalankan, iaitu parit besar yang digali bagi
memudahkan
> pengaliran air bah. Namun, parit yang dibina secara sambil lewa ini
> tanpa tebing konkrit menyebabkan lalang dan pokok liar tumbuh
menjalar
> dan mengakibatkan perjalanan air tidak lancar.
>
>
>
> Nasib baik belum pernah ada kehilangan nyawa berlaku, tapi
kecederaan
> kecil ketika banjir amat lazim. Luka terpijak kaca, disengat lipan
dan
> macam-macam lagi. Harapan kami, bertindak sebelum terlambat. Baiki
> sistem perparitan di sini dan berhenti menyeksa kami.
>
>
>
>
>
> DR YANG RAFIDAH HASSAN
>
> Taman Bersatu, Kulim
>
>
>
>
>
> - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
- -
> - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
- -
> -
>
>
>
>
>
> NAK KOMEN SIKIT:
>
>
>
> drjoe rasa amat simpati kat orang-orang Kulim. Ingatkan Kulim dah
maju
> sebab dok ada Hi-Tech Park. Tapi, rupanya masih dok ada kawasan yg
kena
> banjir kilat. Kot kalau area kampung mungkin masih dpt diterima
akal,
> tapi Taman Bersatu tu dok kawasan taman perumahan. Sekeliling pun
> kawasan perumahan jugak. Memang pelik betoi boleh kena banjir kilat
> selalu.
>
>
>
> Persoalannya. .. Mana pi ADUN Kulim? Mana pi YDP majlis
perbandaran? Mana
> pi pegawai perancang bandar & wilayah kat Kulim? Depa semua ni tak
buat
> kerja betoi-betoi ka sampai penduduk taman tu dok terseksa
> bertahun-tahun lamanya???
>
>
>
> Yg dok jadi persoalan jugak... yg pegang jawatan sebelum depa
semua ni
> pun tak buat kerja ka? Takkan la dok sibuk sangat kan kot sampai
> terlepas pandang segala seksa yg ditanggung oleh warga Kulim.
>
>
>
> drjoe harap moga-moga pihak terbabit akan ambil tindakan segera
supaya
> banjir kilat dah tak melanda Taman Bersatu. Kalau tak mau bertindak
> jugak, mungkin penduduk taman tu boleh ambik tindakan selanjutnya
dan
> panggil pihak media... TV3, NTV7, Harian Metro, dsbnya. Mungkin
bila dah
> keluaq dalam tv baru ada pihak yg akan bertindak.
>
>
> komen
> Walaupun kulim mempunyai hi-tech tetapi orang-orang dlm ahli
majlis fikiran depa ini semua tak hi-tech tetapi sebalik hanya hi-
talk,klu tak salah seorang ahli majlis dok taman bersatu kalau tak
salah orang nama dia Dato Husin Rahman,jadi bila ada mesyuarat
pembangunan daerah apa yg dibincangkan ? sedangkan soal banjir ditmn
bersatu cukup lama,kot depa dok bincang pasai nak wakaf station
bas / wakaf kat kampung2 gamaknya.

0 comments:

7/31/2007 08:31:00 pm 2 Comments

TAKTIK KOTOR UMNO BAWA PENGUNDI LUAR KE KELANTAN

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa Umno mahu membawa masuk 100,000 pengundi luar untuk didaftarkan sebagai pengundi baru di Kelantan untuk pilihanraya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, Umno lewat berbuat demikian ekoran bantahan PAS terhadap senarai daftar pemilih yang dicadangkan oleh Umno itu, kerana terdapat kira-kira 40,000 pengundi luar yang bukan orang Kelantan.

Ekoran itu, Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan mendakwa, Umno belum bersedia mengadakan pilihanraya umum tahun ini kerana parti itu belum berjaya menyiapkan senarai daftar pemilih baru, khususnya di Kelantan.

Katanya, beliau difahamkan bahawa Umno akan mula menyiapkan senarai tersebut bulan depan dan akan mengambil masa beberapa bulan untuk disahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

"Jadi, saya tidak percaya pilihanraya umum akan diadakan November ini kerana ketika itu juga Umno sibuk dengan perhimpunan agung.

“Jadi pada saya, tarikh paling ideal ialah tahun depan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara semalam.

Husam juga hairan dengan kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru-baru ini bahawa kira-kira 200,000 pengundi baru belum didaftarkan sebagai pemilih di Kelantan.

Bayaran tinggi

Beliau juga mempersoalkan bayaran tinggi yang dikenakan oleh SPR ke atas parti politik yang mahu membantah kesahihan pengundi dalam senarai pemilih.

"SPR mengenakan RM10 seorang, bayangkan bagaimana kami hendak mendapatkan wang bagi membantah kesahihan 100,000 pengundi baru di Kelantan.

"Untuk kebaikan demokrasi, kami meminta bayaran tersebut dihapuskan," katanya.

Katanya, PAS mahu menjadi pengimbang antara kuasa kerajaan dengan rakyat supaya kebajikan mereka tidak diabaikan.

Untuk itu, katanya, rakyat perlu menyokong pembangkang bagi mengimbangi kuasa Barisan Nasional (BN) yang begitu besar sekarang.

Katanya, kuasa yang besar ini menjadikan BN terlalu angkuh sehingga mereka tidak peduli kebajikan rakyat seperti kenaikan kos hidup.

"Jika BN kalah di empat lima negeri, sudah tentu sikap kerajaan terhadap rakyat seperti sekarang ini akan berubah dan rakyat mendapat banyak manfaat," katanya.

Malaysiakini


2 comments:

7/31/2007 07:28:00 pm 0 Comments

Selamatnya Berniaga Di China
Posted on Thursday, July 19 @ 23:40:14 MYT by
greenboc
Oleh
cina-islam"

Dasar buka pintu China mendatangkan hasil yang jelas kelihatan dengan kehadiran ramai pedagang dari segala pelusuk negara membanjiri pasaran perniagaan di negara China.Banyak bandar-bandar yang dahulunya dianggap kecil dan kurang maju sekelip mata dalam masa tidak sampai 10 tahun menjadi bandar elit,antaranya bandar Guangzhou dan Shenzhen.


Kehadiran pedagang dari negara asing lebih kepada jaminan keselamatan oleh kerajaan China kepada mereka. Tidak ada siapapun yang akan berminat untuk datang ke china kalau keadaan keselamatannya tidak baik.


Sebab itulah pada masa sekarang kehadiran warga asing di negara China bukan tertumpu kepada bandar-bandar besar seperti Hong Kong, Beijing, Shanghai, Guangzhou dan banyak lagi bandar besar. Tetapi mereka sanggup berada di kawasan pendalaman yang jauh dari pusat bandar untuk mencari produck yang di perlukan.


Satu kalimat yang biasanya di sebut oleh warga asing , yang tak dapat mereka cari di china ialah tambah nyawa,emak dan bapa, apa saja barang lain yang kita kehendaki dapat dibeli dengan harga yang murah.


Sehingga ini saya telah sempat berada di banyak tempat di negara China, perjalanan beribu-ribu kilometer, ada yang naik kapalterbang sampai 4 jam setengah, naik keretapi 26 jam, 8 jam, 12 jam dan macam-macam lagi. Semua tempat yang penulis sampai pasti akan bertemu dengan warga asing.


Baru-baru ini penulis sempat berada di bandar Xi Ning,Qing Hai Province ke arah Monggolia di utara China, kebetulan sempat berada di Mesjid pada hari Jumaat. Terkejut penulis dengan jumlah jemaah Jumaat seramai Sekitar 20,000 orang. Penterjemah Mesjid yang Fasih berbahasa Arab menjelaskan jumlah tersebut adalah kebiasaan pada hari Jumaat. Jumlah meningkat hampir sekali ganda pada dua hari raya sehinggakan jemaah melimpah ke atas jalanraya.


Tidak kurang dari 20 orang asing yang bukan beragama Islam sibuk mengambil gambar pada hari tersebut. Xi Ning satu bandar yang dikelilingi bukit tanah dan angin yang bertiup membawa debu-debu tanah sehingga mengotorkan bandar, itupun ada orang asing yang sampai.


Apa lagi bandar besar seperti GuangZhou yang jelas kelihatan kehadiran peniaga-peniaga dari berbagai warna kulit, bangsa, dan agama. Contohnya dari negara Mali yang kalau pembaca masih ingat bila belajar Ilmu Alam masa kecil-kecil dulu, orang mali ini membina rumah dengan tahi lembu. Tetapi sekarang ini mereka telah berkampung dengan membuka pejabat di Guangzhou.


Tumpuan utama kehadiran warga asing ialah pada pameran yang dikenali sebagai Canton Fair yang diadakan sejak 50 tahun lepas, diadakan dua kali setahun pada bulan April dan oktober iaitu dari 15 hingga 30 haribulan. Untuk Canton Fair bulan April yang lepas ialah untuk kali ke 101. Ruangan pameran cuma dibenarkan orang asing yang masuk dengan kad khusus, warga china yang ada cuma dikalangan petugas yang terlibat dengan pameran dan penterjemah . Ruang legar pameran yang terletak dua tempat yang bebeza cukup besar dengan ribuan bilik pameran penuh sesak dengan warga asing.


Rata-rata mereka yang ditemui adakah dari Malaysia dan negara manapun menyatakan China sangat selamat untuk berniaga, mereka juga mengaku telah pergi ke berbagai tempat di China dan semuanya mereka sangat selesa dan selamat tanpa gangguan.


Suatu keadaan yang belaku ialah sikap tidak pilih kasih dikalangan penjual. walaupun mereka tahu benar pelanggannya dari negara luar, apa lagi tidak boleh berbahasa cina. harga tetap sama sahaja khususnya di pasar borong. Keadaan ini menggalakkan mereka datang lagi.


Pemadu teksi sangat profesional dengan kerjayanya, pratusan yang menipu pelanggan sangatlah sedikit. Siang atau malam pergerakan kita sangat selesa dan selamat.


Teringat negara sendiri, jauh tidak selamat berbanding dengan China. Kalau teksi kerjanya rata-rata hendak sembelih penumpang sahaja. Tanpa kita menafikan masih ada yang profesional. Kepada siapa kita hendak salahkan pemandu teksi atau yang jaga teksi?


Pemimpin politik yang memerintah asyik hendak "sembelih" rakyat...mereka pujuk rakyat dan bagi makan kenyang-kenyang masa dekat dan pilihanraya. sesudah itu rakyat dibebankan dengan berbagai masalah untuk 5 tahun akan datang.


50 tahun kemerdekaan dan PR ke 12 semuga membawa sinar baru kepada rakyat Malaysia.

0 comments:

7/31/2007 07:08:00 pm 0 Comments

DI ATAS SAJADAH CINTA

Penulis: Habiburrahman El Shirazy

KOTA KUFAH terang oleh sinar purnama. Semilir angin yang bertiup dari
utara membawa hawa sejuk. Sebagian rumah telah menutup pintu dan
jendelanya. Namun geliat hidup kota Kufah masih terasa.

Di serambi masjid Kufah, seorang pemuda berdiri tegap menghadap
kiblat. Kedua matanya memandang teguh ke tempat sujud. Bibirnya
bergetar melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Hati dan seluruh gelegak
jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Orang-orang
memanggilnya "Zahid" atau "Si Ahli Zuhud", karena kezuhudannya
meskipun ia masih muda. Dia dikenal masyarakat sebagai pemuda yang
paling tampan dan paling mencintai masjid di kota Kufah pada masanya.
Sebagian besar waktunya ia habiskan di dalam masjid, untuk ibadah dan
menuntut ilmu pada ulama terkemuka kota Kufah. Saat itu masjid adalah
pusat peradaban, pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat perhatian.

Pemuda itu terus larut dalam samudera ayat Ilahi. Setiap kali sampai
pada ayat-ayat azab, tubuh pemuda itu bergetar hebat. Air matanya
mengalir deras. Neraka bagaikan menyala-nyala dihadapannya. Namun jika
ia sampai pada ayat-ayat nikmat dan surga, embun sejuk dari langit
terasa bagai mengguyur sekujur tubuhnya. Ia merasakan kesejukan dan
kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci.

Tatkala sampai pada surat Asy Syams , ia menangis,

"fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha.
qad aflaha man zakkaaha.
wa qad khaaba man dassaaha
…"
(maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan,
sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya
…)

Hatinya bertanya-tanya. Apakah dia termasuk golongan yang mensucikan
jiwanya. Ataukah golongan yang mengotori jiwanya? Dia termasuk
golongan yang beruntung, ataukah yang merugi?

Ayat itu ia ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya
berguncang. Akhirnya ia pingsan.

***

Sementara itu, di pinggir kota tampak sebuah rumah mewah bagai istana.
Lampu-lampu yang menyala dari kejauhan tampak berkerlap-kerlip bagai
bintang gemintang. Rumah itu milik seorang saudagar kaya yang memiliki
kebun kurma yang luas dan hewan ternak yang tak terhitung jumlahnya.

Dalam salah satu kamarnya, tampak seorang gadis jelita sedang
menari-nari riang gembira. Wajahnya yang putih susu tampak kemerahan
terkena sinar yang terpancar bagai tiga lentera yang menerangi ruangan
itu. Kecantikannya sungguh memesona. Gadis itu terus menari sambil
mendendangkan syair-syair cinta,

"in kuntu `asyiqatul lail fa ka'si
musyriqun bi dhau'
wal hubb al wariq
…"
(jika aku pencinta malam maka
gelasku memancarkan cahaya
dan cinta yang mekar
…)

***

Gadis itu terus menari-nari dengan riangnya. Hatinya berbunga-bunga.
Di ruangan tengah, kedua orangtuanya menyungging senyum mendengar
syair yang didendangkan putrinya. Sang ibu berkata, "Abu Afirah, putri
kita sudah menginjak dewasa. Kau dengarkanlah baik-baik syair-syair
yang ia dendangkan."

"Ya, itu syair-syair cinta. Memang sudah saatnya dia menikah.
Kebetulan tadi siang di pasar aku berjumpa dengan Abu Yasir. Dia
melamar Afirah untuk putranya, Yasir."

"Bagaimana, kau terima atau…?"

"Ya jelas langsung aku terima. Dia ` kan masih kerabat sendiri dan
kita banyak berhutang budi padanya. Dialah yang dulu menolong kita
waktu kesusahan. Di samping itu Yasir itu gagah dan tampan."

"Tapi bukankah lebih baik kalau minta pendapat Afirah dulu?"

"Tak perlu! Kita tidak ada pilihan kecuali menerima pinangan ayah
Yasir. Pemuda yang paling cocok untuk Afirah adalah Yasir."

"Tapi, engkau tentu tahu bahwa Yasir itu pemuda yang tidak baik."

"Ah, itu gampang. Nanti jika sudah beristri Afirah, dia pasti juga
akan tobat! Yang penting dia kaya raya."

***

Pada saat yang sama, di sebuah tenda mewah, tak jauh dari pasar Kufah.
Seorang pemuda tampan dikelilingi oleh teman-temannya. Tak jauh
darinya seorang penari melenggak lenggokan tubuhnya diiringi suara
gendang dan seruling.

"Ayo bangun, Yasir. Penari itu mengerlingkan matanya padamu!" bisik
temannya.

"Be…benarkah? "

"Benar. Ayo cepatlah. Dia penari tercantik kota ini. Jangan kau
sia-siakan kesempatan ini, Yasir!"

"Baiklah. Bersenang-senang dengannya memang impianku."

Yasir lalu bangkit dari duduknya dan beranjak menghampiri sang penari.
Sang penari mengulurkan tangan kanannya dan Yasir menyambutnya.
Keduanya lalu menari-nari diiringi irama seruling dan gendang.
Keduanya benar-benar hanyut dalam kelenaan. Dengan gerakan mesra
penari itu membisikkan sesuatu ketelinga Yasir,

"Apakah Anda punya waktu malam ini bersamaku?"
Yasir tersenyum dan menganggukan kepalanya. Keduanya terus menari dan
menari. Suara gendang memecah hati. Irama seruling melengking-lengking
. Aroma arak menyengat nurani. Hati dan pikiran jadi mati.

***
Keesokan harinya.

Usai shalat dhuha, Zahid meninggalkan masjid menuju ke pinggir kota .
Ia hendak menjenguk saudaranya yang sakit. Ia berjalan dengan hati
terus berzikir membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ia sempatkan ke pasar
sebentar untuk membeli anggur dan apel buat saudaranya yang sakit.

Zahid berjalan melewati kebun kurma yang luas. Saudaranya pernah
bercerita bahwa kebun itu milik saudagar kaya, Abu Afirah. Ia terus
melangkah menapaki jalan yang membelah kebun kurma itu. Tiba-tiba dari
kejauhan ia melihat titik hitam. Ia terus berjalan dan titik hitam itu
semakin membesar dan mendekat. Matanya lalu menangkap di kejauhan sana
perlahan bayangan itu menjadi seorang sedang menunggang kuda. Lalu
sayup-sayup telinganya menangkap suara,

"Toloong! Toloong!!"

Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang ada jauh di depannya.
Ia menghentikan langkahnya. Penunggang kuda itu semakin jelas.

"Toloong! Toloong!!"

Suara itu semakin jelas terdengar. Suara seorang perempuan. Dan
matanya dengan jelas bisa menangkap penunggang kuda itu adalah seorang
perempuan. Kuda itu berlari kencang.

"Toloong! Toloong hentikan kudaku ini! Ia tidak bisa dikendalikan! "

Mendengar itu Zahid tegang. Apa yang harus ia perbuat. Sementara kuda
itu semakin dekat dan tinggal beberapa belas meter di depannya.
Cepat-cepat ia menenangkan diri dan membaca shalawat. Ia berdiri tegap
di tengah jalan. Tatkala kuda itu sudah sangat dekat ia mengangkat
tangan kanannya dan berkata keras,

"Hai kuda makhluk Allah, berhentilah dengan izin Allah!"

Bagai pasukan mendengar perintah panglimanya, kuda itu meringkik dan
berhenti seketika. Perempuan yang ada dipunggungnya terpelanting
jatuh. Perempuan itu mengaduh. Zahid mendekati perempuan itu dan
menyapanya,

"Assalamu'alaiki. Kau tidak apa-apa?"

Perempuan itu mengaduh. Mukanya tertutup cadar hitam. Dua matanya yang
bening menatap Zahid. Dengan sedikit merintih ia menjawab pelan,

"Alhamdulillah, tidak apa-apa. Hanya saja tangan kananku sakit sekali.
Mungkin terkilir saat jatuh."

"Syukurlah kalau begitu."

Dua mata bening di balik cadar itu terus memandangi wajah tampan
Zahid. Menyadari hal itu Zahid menundukkan pandangannya ke tanah.
Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa sepengetahuan Zahid, ia membuka
cadarnya. Dan tampaklah wajah cantik nan memesona,

"Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama Tuan,
dari mana dan mau ke mana Tuan?"

Zahid mengangkat mukanya. Tak ayal matanya menatap wajah putih bersih
memesona. Hatinya bergetar hebat. Syaraf dan ototnya terasa dingin
semua. Inilah untuk pertama kalinya ia menatap wajah gadis jelita dari
jarak yang sangat dekat. Sesaat lamanya keduanya beradu pandang. Sang
gadis terpesona oleh ketampanan Zahid, sementara gemuruh hati Zahid
tak kalah hebatnya. Gadis itu tersenyum dengan pipi merah merona,
Zahid tersadar, ia cepat-cepat menundukkan kepalanya. "Innalillah.
Astagfirullah, " gemuruh hatinya.

"Namaku Zahid, aku dari masjid mau mengunjungi saudaraku yang sakit."

"Jadi, kaukah Zahid yang sering dibicarakan orang itu? Yang hidupnya
cuma di dalam masjid?"

"Tak tahulah. Itu mungkin Zahid yang lain." kata Zahid sambil
membalikkan badan. Ia lalu melangkah.

"Tunggu dulu Tuan Zahid! Kenapa tergesa-gesa? Kau mau kemana?
Perbincangan kita belum selesai!"

"Aku mau melanjutkan perjalananku! "

Tiba-tiba gadis itu berlari dan berdiri di hadapan Zahid. Terang saja
Zahid gelagapan. Hatinya bergetar hebat menatap aura kecantikan gadis
yang ada di depannya. Seumur hidup ia belum pernah menghadapi situasi
seperti ini.

"Tuan aku hanya mau bilang, namaku Afirah. Kebun ini milik ayahku. Dan
rumahku ada di sebelah selatan kebun ini. Jika kau mau silakan datang
ke rumahku. Ayah pasti akan senang dengan kehadiranmu. Dan sebagai
ucapan terima kasih aku mau menghadiahkan ini."

Gadis itu lalu mengulurkan tangannya memberi sapu tangan hijau muda.
"Tidak usah."

"Terimalah, tidak apa-apa! Kalau tidak Tuan terima, aku tidak akan
memberi jalan!"

Terpaksa Zahid menerima sapu tangan itu. Gadis itu lalu minggir sambil
menutup kembali mukanya dengan cadar. Zahid melangkahkan kedua kakinya
melanjutkan perjalanan.

***

Saat malam datang membentangkan jubah hitamnya, kota Kufah kembali
diterangi sinar rembulan. Angin sejuk dari utara semilir mengalir.

Afirah terpekur di kamarnya. Matanya berkaca-kaca. Hatinya basah.
Pikirannya bingung. Apa yang menimpa dirinya. Sejak kejadian tadi pagi
di kebun kurma hatinya terasa gundah. Wajah bersih Zahid bagai tak
hilang dari pelupuk matanya. Pandangan matanya yang teduh menunduk
membuat hatinya sedemikian terpikat. Pembicaraan orang-orang tentang
kesalehan seorang pemuda di tengah kota bernama Zahid semakin membuat
hatinya tertawan. Tadi pagi ia menatap wajahnya dan mendengarkan tutur
suaranya. Ia juga menyaksikan wibawanya. Tiba-tiba air matanya
mengalir deras. Hatinya merasakan aliran kesejukan dan kegembiraan
yang belum pernah ia rasakan sebelumnya. Dalam hati ia berkata,

"Inikah cinta? Beginikah rasanya? Terasa hangat mengaliri syaraf. Juga
terasa sejuk di dalam hati. Ya Rabbi, tak aku pungkiri aku jatuh hati
pada hamba-Mu yang bernama Zahid. Dan inilah untuk pertama kalinya aku
terpesona pada seorang pemuda. Untuk pertama kalinya aku jatuh cinta.
Ya Rabbi, izinkanlah aku mencintainya. "

Air matanya terus mengalir membasahi pipinya. Ia teringat sapu tangan
yang ia berikan pada Zahid. Tiba-tiba ia tersenyum,

"Ah sapu tanganku ada padanya. Ia pasti juga mencintaiku. Suatu hari
ia akan datang kemari."

Hatinya berbunga-bunga. Wajah yang tampan bercahaya dan bermata teduh
itu hadir di pelupuk matanya.

***
Sementara itu di dalam masjid Kufah tampak Zahid yang sedang menangis
di sebelah kanan mimbar. Ia menangisi hilangnya kekhusyukan hatinya
dalam shalat. Ia tidak tahu harus berbuat apa. Sejak ia bertemu dengan
Afirah di kebun kurma tadi pagi ia tidak bisa mengendalikan gelora
hatinya. Aura kecantikan Afirah bercokol dan mengakar sedemikian kuat
dalam relung-relung hatinya. Aura itu selalu melintas dalam shalat,
baca Al-Quran dan dalam apa saja yang ia kerjakan. Ia telah mencoba
berulang kali menepis jauh-jauh aura pesona Afirah dengan melakukan
shalat sekhusyu'-khusyu' -nya namun usaha itu sia-sia.

"Ilahi, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini. Engkau Mahatahu atas apa
yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cinta-Mu. Namun Engkau
juga tahu, hatiku ini tak mampu mengusir pesona kecantikan seorang
makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan
dengan daya tarik wajah dan suaranya Ilahi, berilah padaku cawan
kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menetes-netes dalam
dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang
paling Engkau ridhai. Aku serahkan hidup matiku untuk-Mu." Isak Zahid
mengharu biru pada Tuhan Sang Pencipta hati, cinta, dan segala
keindahan semesta.

Zahid terus meratap dan mengiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta
terus ia paksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin ia
meratap embun-embun cinta itu semakin deras mengalir. Rasa cintanya
pada Tuhan. Rasa takut akan azab-Nya. Rasa cinta dan rindu-Nya pada
Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan
mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya. Dalam puncak
munajatnya ia pingsan.

Menjelang subuh, ia terbangun. Ia tersentak kaget. Ia belom shalat
tahajjud. Beberapa orang tampak tengah asyik beribadah bercengkerama
dengan Tuhannya. Ia menangis, ia menyesal. Biasanya ia sudah membaca
dua juz dalam shalatnya.

"Ilahi, jangan kau gantikan bidadariku di surga dengan bidadari dunia.
Ilahi, hamba lemah maka berilah kekuatan!"

Ia lalu bangkit, wudhu, dan shalat tahajjud. Di dalam sujudnya ia berdoa,

"Ilahi, hamba mohon ridha-Mu dan surga. Amin. Ilahi lindungi hamba
dari murkamu dan neraka. Amin. Ilahi, jika boleh hamba titipkan rasa
cinta hamba pada Afirah pada-Mu, hamba terlalu lemah untuk
menanggung-Nya. Amin. Ilahi, hamba memohon ampunan-Mu, rahmat-Mu,
cinta-Mu, dan ridha-Mu. Amin."

***

Pagi hari, usai shalat dhuha Zahid berjalan ke arah pinggir kota .
Tujuannya jelas yaitu melamar Afirah. Hatinya mantap untuk melamarnya.
Di sana ia disambut dengan baik oleh kedua orangtua Afirah. Mereka
sangat senang dengan kunjungan Zahid yang sudah terkenal ketakwaannya
di seantero penjuru kota . Afiah keluar sekejab untuk membawa minuman
lalu kembali ke dalam. Dari balik tirai ia mendengarkan dengan seksama
pembicaraan Zahid dengan ayahnya. Zahid mengutarakan maksud
kedatangannya, yaitu melamar Afirah.

Sang ayah diam sesaat. Ia mengambil nafas panjang. Sementara Afirah
menanti dengan seksama jawaban ayahnya. Keheningan mencekam sesaat
lamanya. Zahid menundukkan kepala ia pasrah dengan jawaban yang akan
diterimanya. Lalu terdengarlah jawaban ayah Afirah,

"Anakku Zahid, kau datang terlambat. Maafkan aku, Afirah sudah dilamar
Abu Yasir untuk putranya Yasir beberapa hari yang lalu, dan aku telah
menerimanya. "

Zahid hanya mampu menganggukan kepala. Ia sudah mengerti dengan baik
apa yang didengarnya. Ia tidak bisa menyembunyikan irisan kepedihan
hatinya. Ia mohon diri dengan mata berkaca-kaca. Sementara Afirah,
lebih tragis keadaannya. Jantungnya nyaris pecah mendengarnya. Kedua
kakinya seperti lumpuh seketika. Ia pun pingsan saat itu juga.

***

Zahid kembali ke masjid dengan kesedihan tak terkira. Keimanan dan
ketakwaan Zahid ternyata tidak mampu mengusir rasa cintanya pada
Afirah. Apa yang ia dengar dari ayah Afirah membuat nestapa jiwanya.
Ia pun jatuh sakit. Suhu badannya sangat panas. Berkali-kali ia
pingsan. Ketika keadaannya kritis seorang jamaah membawa dan
merawatnya di rumahnya. Ia sering mengigau. Dari bibirnya terucap
kalimat tasbih, tahlil, istigfhar dan … Afirah.

Kabar tentang derita yang dialami Zahid ini tersebar ke seantero kota
Kufah. Angin pun meniupkan kabar ini ke telinga Afirah. Rasa cinta
Afirah yang tak kalah besarnya membuatnya menulis sebuah surat pendek,



Kepada Zahid,

Assalamu'alaikum

Aku telah mendengar betapa dalam rasa cintamu padaku. Rasa cinta
itulah yang membuatmu sakit dan menderita saat ini. Aku tahu kau
selalu menyebut diriku dalam mimpi dan sadarmu. Tak bisa kuingkari,
aku pun mengalami hal yang sama. Kaulah cintaku yang pertama. Dan
kuingin kaulah pendamping hidupku selama-lamanya.
Zahid,
Kalau kau mau. Aku tawarkan dua hal padamu untuk mengobati rasa haus
kita berdua. Pertama, aku akan datang ke tempatmu dan kita bisa memadu
cinta. Atau kau datanglah ke kamarku, akan aku tunjukkan jalan dan
waktunya.

Wassalam
Afirah

============ ========= ========= ========= ========= ========= ======

Surat itu ia titipkan pada seorang pembantu setianya yang bisa
dipercaya. Ia berpesan agar surat itu langsung sampai ke tangan Zahid.
Tidak boleh ada orang ketiga yang membacanya. Dan meminta jawaban
Zahid saat itu juga.

Hari itu juga surat Afirah sampai ke tangan Zahid. Dengan hati
berbunga-bunga Zahid menerima surat itu dan membacanya. Setelah tahu
isinya seluruh tubuhnya bergetar hebat. Ia menarik nafas panjang dan
beristighfar sebanyak-banyaknya. Dengan berlinang air mata ia menulis
untuk Afirah :

Kepada Afirah,

Salamullahi' alaiki,

Benar aku sangat mencintaimu. Namun sakit dan deritaku ini tidaklah
semata-mata karena rasa cintaku padamu. Sakitku ini karena aku
menginginkan sebuah cinta suci yang mendatangkan pahala dan diridhai
Allah `Azza Wa Jalla'. Inilah yang kudamba. Dan aku ingin mendamba
yang sama. Bukan sebuah cinta yang menyeret kepada kenistaan dosa dan
murka-Nya.
Afirah,
Kedua tawaranmu itu tak ada yang kuterima. Aku ingin mengobati
kehausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari surga. Bukan air
timah dari neraka. Afirah, "Inni akhaafu in `ashaitu Rabbi adzaaba
yaumin `adhim!" ( Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar
jika aku durhaka pada Rabb-ku. Az Zumar : 13 )
Afirah,
Jika kita terus bertakwa. Allah akan memberikan jalan keluar. Tak ada
yang bisa aku lakukan saat ini kecuali menangis pada-Nya. Tidak mudah
meraih cinta berbuah pahala. Namun aku sangat yakin dengan firmannya :
"Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik,
dan laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak
baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang
baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
(pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh
mereka. Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (yaitu surga)."
Karena aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik maka
aku akan berusaha kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allahlah yang
menentukan.
Afirah,
Bersama surat ini aku sertakan sorbanku, semoga bisa jadi pelipur lara
dan rindumu. Hanya kepada Allah kita serahkan hidup dan mati kita.

Wassalam,
Zahid
============ ========= ========= ========= ========= ========= ======

Begitu membaca jawaban Zahid itu Afirah menangis. Ia menangis bukan
karena kecewa tapi menangis karena menemukan sesuatu yang sangat
berharga, yaitu hidayah. Pertemuan dan percintaannya dengan seorang
pemuda saleh bernama Zahid itu telah mengubah jalan hidupnya.

Sejak itu ia menanggalkan semua gaya hidupnya yang glamor. Ia
berpaling dari dunia dan menghadapkan wajahnya sepenuhnya untuk
akhirat. Sorban putih pemberian Zahid ia jadikan sajadah, tempat
dimana ia bersujud, dan menangis di tengah malam memohon ampunan dan
rahmat Allah SWT. Siang ia puasa malam ia habiskan dengan bermunajat
pada Tuhannya. Di atas sajadah putih ia menemukan cinta yang lebih
agung dan lebih indah, yaitu cinta kepada Allah SWT. Hal yang sama
juga dilakukan Zahid di masjid Kufah. Keduanya benar-benar larut dalam
samudera cinta kepada Allah SWT.

Allah Maha Rahman dan Rahim. Beberapa bulan kemudian Zahid menerima
sepucuk surat dari Afirah :

Kepada Zahid,

Assalamu'alaikum,

Segala puji bagi Allah, Dialah Tuhan yang memberi jalan keluar
hamba-Nya yang bertakwa. Hari ini ayahku memutuskan tali pertunanganku
dengan Yasir. Beliau telah terbuka hatinya. Cepatlah kau datang
melamarku. Dan kita laksanakan pernikahan mengikuti sunnah
Rasululullah SAW. Secepatnya.

Wassalam,
Afirah

0 comments:

7/31/2007 07:06:00 pm 0 Comments

Rahsia untuk menjadi seorang model

1 : Gambar yang hebat.

Gambar ibarat resume. Sebaik ejen melihat gambar anda, mereka sudah menetapkan sama ada untuk mengambil anda ataupun tidak. Jadi, tonjolkan emosi untuk gambar berkenaan.

2 : Tahu bagaimana berjalan di pentas peragaan

Pentas adalah aspek terbesar dalam peragaan dan banyak wang yang diperoleh dari sini. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk berjalan dengan betul atas pentas sebelum menjadi model, tidak banyak tawaran yang boleh diperoleh.

3 : Yakin

Mereka yang tidak mempunyai keyakinan tidak boleh menjadi seorang model. Apabila keyakinan anda meningkat, orang yang yakin dengan kemampuan anda juga akan lebih ramai.

4 : Kulit yang cantik

Model mestilah mempunyai kulit yang cantik kerana ejen mahukan model berkulit cantik. Mendapatkannya tidak sukar, anda boleh semak semua petua kecantikan dan pilih yang mana bersesuaian dengan kulit anda.

5 : Tahu bagaimana dan di mana untuk ditemui

Anda memerlukan agensi model atau pencari bakat untuk menemui anda. Oleh itu, anda perlu tahu bagaimana dan di mana untuk tonjolkan diri tanpa tertipu oleh agensi yang tidak bertanggungjawab.

6 : Kekuatan minda

Ramai tidak menjadi model kerana mereka tidak mempunyai minda yang kuat. Persaingan begitu tinggi dalam dunia peragaan, jadi minda anda perlu kuat untuk menjadi model dan bertahan.

7: Bentuk fizikal

Anda harus mempunyai bentuk fizikal yang baik. Ini tentunya memerlukan senaman. Seperti model ternama yang lain, anda juga harus bersenam.

8 : Nutrisi yang sesuai

Sebagai model anda perlu mengawal naik turun berat badan dan pada masa sama kekal menawan. Untuk itu, anda harus memahami nutrisi yang betul kerana ia akan terserlah ke seluruh tubuh.

9 : Singkirkan rasa takut dan fikiran negatif

Ramai tidak berjaya memperoleh kerjaya ini kerana takut. Anda mestilah memastikan bahawa ketakutan tidak menghalang anda daripada mendapat peluang yang sepatutnya.

10 : Letakkan sasaran

Model yang berjaya mempunyai sasaran. Sasaran membuatkan seseorang itu lebih bermotivasi dan fokus.

11 : Ruang terbaik

Anda harus tahu bagaimana dan di mana wajah anda boleh digunakan untuk mendapatkan sebanyak mana bayaran yang mampu. Setiap model mempunyai wajah tersendiri dan setiap agensi mahukan wajah berbeza. Dengan mengetahui bagaimana dan di mana wajah anda boleh digunakan, ia akan menjimatkan masa, wang atau tenaga.

12 : Kawal tekanan

Pastikan anda kawal tekanan. Kerjaya peragaan boleh memberi lebih tekanan berbanding kerjaya lain. Diambil bekerja dan ditolak setiap hari boleh melemahkan semangat seseorang jika mereka mempunyai minda yang tidak kuat. Ramai yang tidak bersedia menghadapi tekanan ini lalu menghancurkan karier mereka yang belumpun bermula! Oleh itu, relaks dan bersenam, ia akan membantu melepaskan tekanan.

13 : Mitos atau fakta

Antara mitos yang paling luas tersebar adalah mengenai hal ketinggian. Kononnya aspek utama untuk menjadi seorang model. Ia tidak benar, ramai model yang ketinggiannya kurang lima inci (13 sentimeter) daripada model lain dan kadangkala mereka lebih laku daripada yang lain! Begitu juga dengan hal usia. Tidak benar sekiranya ada yang mengatakan anda tidak boleh begitu tua untuk menjadi model. Hakikatnya, kumpulan model pada usia tertentu, sasarannya adalah untuk usia tertentu.

# Model terkemuka tempatan yang juga pelakon, Nasha Aziz dilaporkan pernah mendapat tawaran menerokai dunia peragaan antarabangsa. Namun, dia menolak kerana menerima tawaran itu bermakna adat ketimuran harus diabaikan #


0 comments:

7/31/2007 07:04:00 pm 0 Comments

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam
diberitahu seorang lelaki ditahan ketika sedang berasmara dengan
seorang pelajar perempuan yang duduk di celah kelangkangnya di tempat
letak kereta, di lagun Chendering, di sini, pada 6 Julai tahun lalu.

Tertuduh, 19, kakitangan Pelabuhan Kemaman, mengaku bersalah di depan
Hakim Syarie Rosdi Harun, sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Sebelum itu, Pendakwa Syarie, Yusof Salleh, memberitahu mahkamah
bahawa pasangan tertuduh yang juga pelajar tingkatan enam rendah
sebuah sekolah menengah di Hulu Terenggan, diberi kebenaran bon
jaminan untuk tarikh bicara berasingan.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Mac depan sebagai tarikh pertuduhan
terhadap pelajar terbabit dari Kampung Tok Randut, Ajil, Hulu
Terengganu.

Mengikut fakta pertuduhan, tertuduh didapati berada di atas batu
pembahagi jalan di lagun Chendering, pada 6 Julai 2006, kira-kira jam
10.45 pagi.

Tertuduh didapati berpelukan dengan pasangannya berusia 18 tahun dan
ketika itu coli dan baju-T pelajar itu terselak ke atas.

Yusof memberitahu mahkamah pegawai penguatkuasa syariah, Md Ghani
Arifin dan rakan sepasukan yang melakukan pemeriksaan mendapati kedua-
duanya bukan suami isteri.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Ta`zir) Terengganu 2001 dan boleh dihukum
mengikut seksyen sama.

Tertuduh yang masih bujang kemudian merayu hukuman diringankan
sebelum Yusof memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajar terhadap
tertuduh bagi memberi pengajaran kepadanya dan masyarakat.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,200 atau penjara enam
bulan jika gagal membayar denda.

0 comments:

7/31/2007 07:03:00 pm 0 Comments

Kita sebagai rakyat telah diperalatkan oleh orang politik.
To: neamran@gmail. com

Kita sebagai rakyat telah diperalatkan oleh orang
politik. kebodohan kita adalah memberi kuasa kepada
orang yang gila kuasa. 22 dua tahun kita telah menyuap
dia, sokong dia tanpa disoal. Walhal pada masa ini
kita telah dibutakan dan dipaksa mengikut hasrat dia
hingga kini orang Melayu dibahagi kepada orang terlalu
kaya dan yang masih sangat miskin. Lebih lebih lagi
jurang diantara bangsa bangsa lain kini terlalu besar
kerana dia memakai isu bangsa untuk memenagi pilihan
raya. Tiap tiap kali dia dapat bantahan dari orang
keduanya (NO 2), dia disingkir, diberi mata bengkak
dan undang negara di ubah agar kuasanya dikekal. Kini
dosa dosanya dirasi oleh kita. Kita tak suka orang
Cina, orang India dan sesiapa yang mempersoal NEP.
Walhal semua orang ini juga dilahir di negara ini dan
mereka juga telah mendirikan negara ini dengan titik
peluh mereka. Kita takut kalah...bangsa yang tidak
boleh berdikari dan hanya harap kepada dia dan apa
yang dia suap kita. Korupsi 22 dau tahun dia tutup
mata. Kini dia salahkan PakLah.Ugama digunakan hingga
suara hati kita disenyapkan agar dosa dosa kita atas
bangsa lain diketepikan sebagai hak kita. Dia,
keluarganya, dan rakan kongsinya kayaraya...orang
Melayu miskin.masih kais pagi makan pagi kais petang
makan petang. Dosa ini akan ditanggung oleh kita,
kanak kanak kita dan cucu cicit kita..bila kah orang
Melayu akan bangkit dan memikir bahawa kita tidak
boleh mengabaikan kebenaran.

0 comments:

7/31/2007 06:56:00 pm 0 Comments

Golongan Lelaki yg Akan Ditarik masuk Ke dalam Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)


2. Suaminya


Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.


(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.


(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah S.W.T;


"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu...."



SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG LAIN, UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.


0 comments:

7/31/2007 06:53:00 pm 0 Comments

KRITERIA ASAS SEBUAH NEGARA ISLAM MENURUT AHLUS SUNNAH WAL-JAMA’AH

Sesebuah negara, walaupun bermasyarakat plural (majmuk) dan mempunyai kepelbagaian agama dan budaya, namun apabila majoriti rakyatnya beragama Islam, dipimpin oleh penguasa yang beragama Islam, keselamatan, kekuatan dan pertahanan masih dikuasai oleh pemimpin Islam, pemimpinnya masih mendirikan solat, laungan suara azan masih terus berkumandang dan penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin, maka ia dinamakan negara Islam. Petanda negara Islam yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dan Imam Ahmad yang disebut di atas, dalilnya diambil dari beberapa buah hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!) ? Baginda menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu”. (Hadis Riwayat Muslim 6/23)

Dengan penjelasan hadis ini, menurut perspektif ulama Salaf as-Soleh dan Ahli Hadis, suatu negara dinamakan negara Islam apabila tanda besar iaitu azan dikumandangkan dan solat ditegakkan. (Al-Manhaj as-Salafi inda Nasruddin al-Albani. Hlm. 215. Amru Abdul Mun’im Salim) Tanda seterusnya ialah larangan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memeranginya dengan pedang (haram menjatuhkannya) .

Dalam konteks ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam menyeru agar bersabar terhadap pemimpin dan penguasa selagi mereka bersolat, kerana ia adalah makna keIslaman yang pertama sekalipun tidak berhukum dengan hukum Islam, kerana petanda dan bukti utama seseorang itu pemimpin Islam adalah solatnya sebagaimana sabda baginda:

"Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam baginda bersabda: Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat". (Hadis Riwayat Ahmad. 5/251)

Hadis ini membuktikan bahawa tidak boleh dihukum kafir setiap individu atau pemimpin jika masih mendirikan solat. Dan sesebuah negara dinamakan negara Islam jika masih terdengar suara azan, solat masih didirikan dan dikuatkan lagi jika majoriti rakyatnya beragama Islam kerana hadis di atas menjelaskan: “Dan (tanda) terakhir adalah solat”.

Al-Ismaili rahimahullah berkata:

Kaum Salaf berpendirian, bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)”. (Lihat: Iktiqad Aimmatu Ahlu Hadis, hlm. 50)

Para pemimpin adalah penguasa yang mampu menggunakan kuasa mereka melaksanakan pemerintahan berasaskan prinsip siyasah as-syariyah. Para ulama pula adalah terminal ilmu yang mampu dan diberi mandat membentuk akidah dan pemikiran ummah ke arah pemahaman siyasah Islamiyah (siyasah as-syariyah yang lebih berdisiplin lagi profesional. Ulama telah diwajibkan oleh syara bekerjasama dengan pemimpin. Dipikulkan ke atas mereka tanggungjawab sosial mentarbiyah ummah agar mentaati pemimpin demi mengelakkan perpecahan serta menghapuskan fitnah di kalangan masyarakat. Maka sesebuah negara itu dinamakan negara Islam apabila ulama dan umara (pemimpin) bekerjasama membangun rohani dan jasmani, fizikal dan mental serta untuk pembangunan dunia dan akhirat.

Penamaan negara atau negeri Islam bukan hanya menerusi perundangan, hudud atau peraturan jenayah (kriminal). Malah meliputi bidang-bidang dan aspek yang luas. Khalifah Umar bin Khattab radiallahu ‘anhu berkata:

Wahai rakyatku! Kamu mempunyai hak ke atas kami untuk menasihati pada perkara-perkara yang kami tidak ketahui, dan hendaklah kamu saling membantu (tolong-menolong dan bekerjasama) dalam kebaikan”. (Lihat: Az-Zuhud 2/602. Hannad)

Tiga perkara yang ditekankan oleh Khalifah Umar untuk membangun ummah dan daulah Islamiyah, iaitu:

1 - Merialisasikan hak individu terhadap pemerintah.

2 - Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui.

3 - Saling membantu dalam kebaikan.

Perkara kedua yang disebut oleh Khalifah Umar dalam kata-katanya di atas: “Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui”. Ini merupakan suatu konsep untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat secara bermuzakarah, bermusyawarah dan berlapang dada. Ia menjadi gagasan membuka minda dalam usaha merialisasikan sebuah negara Islam. Iaitu negara Islam yang membangun bersama rakyat untuk mencapai kemakmuran dan keharmonian.

Oleh kerana inilah kita sering mendengar ungkapan yang berbunyi:

Bahawa agama dan penguasa adalah seumpama dua sisi mata yang tidak boleh terpisah. Apabila diangkat salah satunya, maka akan terangkatlah yang lainnya, kerana agama itu bagaikan asas bangunan, sedangkan penguasa seperti penjaga asas tersebut. Sesuatu yang tidak ada asasnya akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya akan lenyap dengan cepat”. (Lihat: Ruhul Ma’ani 1/174. Cetakan Al-Muniriyah. Lihat: Al-Bahrul Mihit. 2/269. Abi Hayyan)

Termasuk tanda-tanda negara Islam ialah apabila ulama diberi ruang berada di samping pemimpin Islam, kerana agama dan pemimpin (politik) tidak dapat dipisahkan. Berkata Abu Abdillah al-Qala’i as-Syafir rahimahullah:

Keseimbangan urusan agama dan dunia adalah satu tujuan yang sangat diidam-idamkan. Hal ini tidak akan terlaksana kecuali dengan adanya penguasa (pemimpin). Kalau kami tidak memandang wajib adanya penguasa, pasti hal ini akan menyebabkan manusia berada di dalam perselisihan dan kerusuhan yang berpanjangan sehingga Hari Kiamat. Kalau manusia tidak mempunyai pemimpin yang kuat dan ditaati, pasti akan pudar kemuliaan Islam lalu lenyap tak berbekas. Jika umat tidak mempunyai penguasa yang berdaulat, pasti akan lenyap aktiviti-aktiviti ibadah dan terhentilah perdagangan impot-eksport” . (Lihat: Tahzib ar-Riysah. Hlm 95. Lihat: Majmu al-Fatawa 27/390. Ibn Taimiyah)

Termasuk tanda negara Islam ialah apabila pemimpin dan ulama sentiasa bekerjasama dan sentiasa saling hormat menghormati, kerana inilah asas kesejahteraan agama, keutuhan politik (siyasah), keselamatan, perpaduan dan keharmonian rakyat, inilah juga penyebab pemimpin dan ulama dihormati. Sahl bin Abdullah at-Tusturi rahimahullah berkata:

Manusia sentiasa dalam kebaikan jika masih menghormati pemerintah dan ulama. Jika mereka menghormati dua komponen umat Islam ini, maka Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhirat mereka. Seandainya mereka meremehkan dua komponen ini, akan rosaklah kepentingan dunia dan akhirat mereka”. (Dikutip dari khutbah Syeikh Uthaimin. Lihat: Huquq Ra’ii war-Ra’iyyah)

Dianggap negara Islam jika pemerintah (umara) yang sedia ada masih bekerjasama dengan ulama kerana tindakan sedemikian bersesuaian dengan tugas dan kehendak para nabi, para rasul, para sahabat dan para ulama pewaris nabi. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah menjelaskan peranan para ulama bersama umara (pemimpin) dalam mengurus sesebuah negara yang pada mulanya adalah tugas para nabi:

"Adalah Bani Israil dipimpin oleh para Nabi mereka. Setiap kali seorang Nabi wafat digantikan oleh Nabi berikutnya. Dan sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahku, tetapi akan ada para pemimpin (yang beragama Islam), mereka banyak (jumlahnya). Para sahabat bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepada kami (apabila itu terjadi)? Nabi bersabda: Patuhilah pemilihan (pemimpin yang beragama Islam) yang pertama, berikanlah oleh kamu hak mereka kepada mereka, kerana Allah akan menanyakan kepada mereka apa yang menjadi tanggungjawab mereka". (H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Ahmad 2/297)

Ibnu Jarir rahimahullah berkata:

Perkataan yang paling utama dan benar di dalam hal ini (negara Islam) adalah perkataan yang mengatakan bahawa Ulil Amri adalah para pemimpin dan penguasa (beragama Islam). Hadis-hadis dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam perintahnya untuk taat kepdaa para pemimpin dan penguasa (Islam) statusnya adalah sah belaka. Dalam ketaatan kepada mereka adalah kemaslahatan bagi kaum muslimin”. (Lihat: Tafsir at-Tabari, 5/150)

Kejahatan, penindasan atau kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin tidak akan menghilangkan status negara yang dipimpinnya sebagai negara Islam jika ia masih bersolat, seperti dosa besar dari perzinahan yang dilakukan oleh seorang individu tidak akan menjadikan ia seorang kafir selagi dia solat, mengaku sebagai seorang muslim dan masih mengucap dua kalimah syahadah. Kerana Rasulullah telah bersabda:

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan: Tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah. Apabila mereka telah mengucapkan yang demikian, maka darah dan harta mereka terlindung kecuali dengan haknya, sedangkan perhitungannya kembali kepada Allah”.

Di hadis yang lain baginda bersabda:

Barangsiapa mengucapkan bahawa tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, maka darahnya haram ditumpahkan”.

Kenyataan dari hadis-hadis di atas membuktikan bahawa tanda keIslaman seorang individu termasuk penguasa atau pemimpin tidak boleh diukur pada kezaliman, kejahatan atau pelanggarannya terhadap batasan hukum-ahkam syara, tetapi solat dan pengucapan kalimah syahadahnya. Maka mereka adalah ahli kiblah dan penguasa (pemimpin Islam) yang tidak boleh dikafirkan. Malah wajib ditaati dan dipelihara kehormatan serta maruahnya

Kenyataan ini telah dijelaskan juga oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu:

Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya: Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan suatu daerah melalui perantara penguasa walaupun ia jahat…….” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat: asy-Syu’ab)

Menurut Muhammad Abu Zahrah:

Darul Islam (negeri atau negara Islam), setiap negara yang diperintah dan dikuasai oleh Islam (umat Islam), iaitu kekuatan dan pertahanan negara berada di bawah kekuasaan umat Islam. Inilah bentuk negara yang wajib dipertahankan oleh setiap umat Islam”. (Abu Zahrah hlm. 377)

Dari Iyas bin Muawiyah, beliau telah berkata tentang pemimpin Islam dan sikap pemimpin Islam terhadap rakyat, begitu juga tentang sikap rakyat terhadap pemimpin mereka:

Manusia sewajarnya memiliki tiga perkara, Pertama: Mereka sewajarnya mempunyai jalan raya untuk pengangkutan yang aman (selamat). Kedua: Mereka sewajarnya mempunyai pemimpin yang adil supaya dapat menegakkan pelaksanaan hukum. Ketiga: Mereka sewajarnya mempunyai pertahanan yang kuat untuk membenteng diri dari musuh. Apabila ketiga-tiga perkara ini telah ditegakkan oleh pemimpin (penguasa), maka rakyat (sewajarnya ada sikap tanggungjawab) memikul selain tiga perkara tersebut, kemudian menahan kesabaran atas sikap monopoli pemimpin (penguasa) dalam ekonomi dan sikap yang tidak terpuji”. (asy-Syu’ab. H/R al-Baihaqi)

Antara petanda sesebuah negara itu dinamakan negara Islam ialah pemimpinnya Islam dan majoriti rakyatnya juga beragama Islam. Antara ciri-ciri pemimpin Islam yang wajib ditaati ialah pengakuannya serta pengucapan dua kalimah syahadahnya. Dan tanda yang paling besar ialah solatnya dan laungan azan masih berkumandang di negara tersebut sebagaimana dinyatakan oleh hadis-hadis sahih. Oleh itu, apabila seorang muslim dipilih dan dilantik dengan kesepakatan ummah (majoriti rakyat) sebagai pemimpin maka ia adalah pemimpin bagi sebuah negara Islam, ia wajib ditaati. Berkata al-Imam al-Hasan bin Ali al-Barbahari rahimahullah tentang negara dan pemimpin Islam:

Barangsiapa memegang jawatan kepimpinan atas kesepakatan dan keredhaan kaum Muslimin, maka dia adalah pemimpin Mukmin. Tidak halal bagi seorang pun hidup walaupun satu malam sementara dia tidak mempunyai seorang pemimpin yang baik atau yang jahat. Beginilah yang diserukan oleh Imam Ahmad”. (as-Sunnah. Al-Barbahari)

Syara telah mengharamkan menentang dan memberontak terhadap pemimpin negara Islam yang beragama Islam, atau orang kafir yang telah dilantik oleh pemerintah Islam yang mewakili pemerintah Islam. Islam mengajar sabar terhadap pemerintah dan pemimpin yang tidak disukainya walaupun ia melakukan kezaliman selagi beragama Islam, mengucap dan mendirikan solat, atau terhadap pemimpin bukan Islam yang di bawah naungan pemerintah Islam, maka mereka wajib dipatuhi. Dalam hal ini Syeikh al-Uthaimin berkata:

Ketahuilah bahawa orang yang belot terhadap pemerintah yang sah, pada hakikatnya telah menjadi hamba musuh-musuh Islam. Pemberontakan atau semangat meluap-meluap bukanlah suatu pelajaran yang bijak, tetapi yang harus kita ambil menjadi pelajaran adalah hikmah (mengikuti sunnah). (Huquq Ra’i war-Ra’iyah. Kumpulan Khutbah al-Uthaimin)

WUJUDKAH PEMIMPIN, RAKYAT & NEGARA YANG MAKSUM?

Sememangnya di setiap negara Islam, tidak akan lahir lagi walau seorang nabi atau rasul untuk menyatukan, memimpin dan memerintah umat secara siyasah syariyah (berhukum dengan hukum syarii) secara utuh sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tetapi pengganti dan pewarisnya untuk melanjutkan seluruh tugas tersebut ialah para penguasa atau pemimpin Islam yang dipilih oleh rakyat secara sah yang ditunjangi oleh para ulama yang ikhlas.

Namun, setiap negara Islam akan teruji dengan adanya gerakan yang menggolongkan diri mereka kumpulan ulama, mereka menjamin kononnya kalau mereka memerintah, mereka akan melaksanakan undang-undang Islam atau hudud. Persepsi mereka hanya dengan melaksanakan hudud sahaja telah sempurna tuntutan sebuah negara Islam. Mereka lupa atau jahil bahawa hudud hanya sebahagian dari tuntutan hukum-ahkam Islam yang syumul, global dan luas.

Mereka menyangka pasti akan hapus segala kezaliman, maksiat dan jenayah, termasuklah perbuatan yang dianggap dosa-dosa besar seperti riba, rasuah, arak, pencurian, perzinahan (termasuk perkosaan, rogol atau sumbang mahram) dan sebagainya apabila undang-undang hudud dilaksanakan. Inilah penipuan kalau bukan angan-angan kaum Khawarij yang sombong dan takbur.

Sebenarnya di sebalik berbagai-bagai janji golongan Khawarij (yang ramai ulama suk berkumpul di dalamnya) kepada rakyat terdapat matlamat ingin menumbangkan pemerintah, mereka mencemburui negara Islam yang telah wujud yang tidak berjenama dan berfikiran sebagaimana yang mereka kehendaki. Mereka menuduh negara yang tidak berhukum dengan undang-undang Islam adalah kafir sama ada pemimpin atau rakyat yang menyokongnya. Mereka menyempitkan pensyaratan negara Islam terbatas pada hukum (hudud) semata.

Tidak akan wujud pemimpin dan kepimpinan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa) atau rakyat yang maksum. Tetapi persepsi orang jahil membayangkan bahawa hanya dianggap sebagai negara Islam setelah benar-benar tidak berlaku jenayah dan maksiat seperti perzinahan, riba, pencurian, rasuah dan sebagainya, sama ada dilakukan oleh pemimpin atau rakyat jelata. Mereka menyebarkan propaganda bahawa itu semua akan hapus setelah dilaksanakan undang-undang Islam (hudud). Tidakkah mereka tahu bahawa sangkaan mereka itu tidak tepat, kerana di zaman Nabi Muhammad (Nabi yang maksum) walaupun hudud telah berkuat-kuasa namun perzinahan masih ada sehingga terlaksana hukum sebat, pencurian masih terjadi sehingga berlaku hukum potong tangan, minum arak masih berlaku sehingga dilaksanakan hukum rotan dan sebagainya.

Negara khayalan kaum Khawarij dan orang jahil merupakan sebuah negara malaikat, ia tidak akan wujud kerana manusia tidak akan berubah menjadi malaikat.

Kejahatan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, maka para ulama sebagai pewaris nabi diwajibkan bekerjasama dengan para pemimpin atau penguasa untuk mentasfiyah dan mentarbiyah ummah Islamiyah supaya dapat memahami akidah, hukum-ahkam ibadah dan siyasah Islamiyah. Kerana dengan cara ini dapat membendung gejala fahaman dan iktikad songsang termasuklah dalam persoalan siyasah agar tidak bertentangan dengan kehendak syara.

Amat tidak praktis jika terjadi di negara yang dipimpin oleh penguasa (pemimpin Islam) wujud ulama yang berwenang menyeru rakyat menentang penguasa dan pemimpin lantaran dosa-dosa yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat, kerana penentangan terhadap pemerintah amat bertentangan dengan sunnah.

Ulama dan umara perlu berdedikasi membentuk akidah sebagai asas pembangunan rohani, pembetulan ibadah, jiwa dan sikap rakyat terhadap pemimpin atau penguasa, terutamanya generasi muda yang terpelajar agar mereka tidak tersilap menganut fahaman siyasah songsang yang telah menimpa kebanyakan generasi muda pada masa ini. Melalui pendidikan akidah, ibadah dan disiplin ilmu disemua bidang, pastinya mereka mampu menghadapi apapun cabaran masa depan yang akan dihadapi oleh pemimpin dan negara. Ibnu Qutaibah meriwayatkan dari Ka’ab al-Akhbar, dia berkata:

Islam, penguasa (pemimpin) dan rakyat laksana khemah, tiang dan tali khemah dan kayu pancang khemah (tonggak khemah). Islam diibaratkan khemah, pemimpin diumpamakan sebagai tiangnya, sedangkan rakyat seperti tali dan tonggak khemah, sebahagiannya tidak akan berdaya tegak kecuali dengan sokongan yang lainnya”. (Uyun al-Akhbar. Dengan sanad dari Ka’ab al-Akbar)

Membiarkan arah siyasah ummah Islamiyah tanpa bimbingan, tidak berwawasan yang dinamik, terbiar tanpa ada hala-tuju dan panduan manhaj (metodologi) , pasti akan mengakibatkan konsekuensi pola hidup bersiyasah umat yang amat bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang terus terbiar tanpa konsepsi yang jelas akan kecundang, mudah menyimpang dan mudah menyemai permusuhan, perbalahan dan perpecahan sesama rakyat. Adanya keadaan seperti ini akan membuka peluang kepada musuh-musuh Islam memusnahkan nikmat kemakmuran duniawi, keamanan, keharmonian, kemaslahatan umum dan akidah mereka. Oleh itu, penguasa dan ulama sewajarnya bertindak sebagaimana yang dinasihatkan oleh Imam al-Qarafi rahimahullah:

Ada kaedah yang mengatakan bahawa memelihara kemaslahatan umum adalah wajib, hal ini tidak akan terwujud kecuali adanya penghormatan rakyat kepada penguasanya. Bilamana terjadi penentangan serta penghinaan terhadap mereka, maka akan terhalanglah pintu kemaslahatan umat”. (Az-Zakhirah 13/234. Cetakan Darul al-Islami)

KETAATAN KE ATAS PEMERINTAH

Ada individu-individu dan golongan yang tidak puas hati malah tidak menyetujui pendefinisian (negara Islam) di atas walaupun dikemukakan dengan hujah-hujah dan dalil-dalil syarii. Mereka mempertikaikannya kerana adanya perlantikan wazir (para menteri), gabenor atau wakil gabenor yang bukan Islam, sedangkan (menurut mereka) tidak boleh mengangkat pemimpin yang bukan Islam di negara yang dianggap negara Islam. Perkara ini telah dijelaskan oleh para ulama muktabar, antara mereka ialah:

Berkata al-Kadi Abi Ya’la Muhammad bin al-Husin al-Farra’ al-Hambali rahimahullah:

Sesungguhnya dibolehkan melantik wazir (menteri) dari kalangan ahli Zimmah (orang kafir). (Lihat: Al-Ahkamus Sultaniyah. Hlm. 32. Ditahqik oleh Muhammad Hamid al-Fata (dari kalangan ulama besar al-Azhar as-Syarif, merangkap Pengetua Jamaah Ansaru as-Sunnah al-Muhammadiyah Mesir). Cetakan Daru al-fikr. Cetakan ketiga. 1974)

Rasa tidak puas hati akan menghilangkan keyakinan terhadap pemerintah Islam, sedangkan mentaati pemerintah hendaklah dengan keikhlasan, bukan kerana ada tujuan atau ada niat sesuatu yang lain. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Tiga golongan yang tidak diajak berbicara oleh Allah pada Hari Kiamat dan tidak dilihatnya serta tidak diakuinya, bahkan bagi mereka siksa yang sangat pedih iaitu:

Pertama: Seseorang yang mempunyai air melimpah di tengah padang pasir dan tidak mahu memberi minum kepada seorang ibnu sabil yang kehausan.

Kedua: Seseorang menjual jualannya kepada orang lain setelah waktu Asar, kemudian bersumpah dengan nama Allah dan mengatakan bahawa dia pasti akan mengambilnya dengan harga sekian. Lalu dia (pembeli) percaya sahaja, padahal kenyataannya tidaklah demikian.

Ketiga: seseorang membuat janji setia kepada pemimpin kerana tujuan duniawi semata, bila diberi sesuatu dia menepati janji setianya, tetapi jika tidak diberi, maka dia pun ingkar (mengkhianati) pada janji setianya (kerana tidak puas hati)”. (/R Bukhari 13/201 dan Muslim 1/103)

Dalam setiap pemerintahan, termasuk pemerintahan Islam pasti ada pengkhianat dan musuh, sama ada musuh dari dalam atau dari luar. Adapun musuh dari dalam adalah musuh dalam selimut, iaitu mereka yang didalangi oleh golongan Khawarij dan Mu’tazilah. Dua golongan ini terutama Khawarij terkenal dengan sikap mereka yang sentiasa mencari ruang untuk memenuhi kepentingan golongannya walaupun boleh menghancurkan agama, negara dan ummah demi mencapai tujuan keji mereka iaitu menjatuhkan pemerintah dan pemimpin Islam.

Menentang musuh-musuh Islam adalah wajib, cara yang efisien ialah melalui rakyat yang mencintai pemimpin mereka. Namun, rakyat tidak mungkin taat, menghormati, mencintai, bekerjasama dan melindungi pemimpin Islam kecuali ditarbiyah oleh para ulama melalui manhaj yang sempurna, iaitu menasihati rakyat dengan al-Quran, al-Hadis, athar sahabat, fatwa-fatwa para Salaf as-Soleh serta melalui nasihat para ulama muktabar yang banyak terdapat di dalam kitab-kitab turath.

Umat Islam sentiasa diwajibkan bersatu dan sentiasa komitmen dan komited mematuhi kepimpinan seorang pemimpin (penguasa) Islam. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa punya hujjah (alasan)”. (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240)

Tiap-Tiap orang yang berkhidmat akan diberi bendera pada hari kiamat, lalu dikatakan padanya bahawa inilah pengkhianatan si Fulan (terhadap pemimpin)”. (H/R Muslim dan Turmizi)

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:

Dalam hadis ini ada kewajipan untuk taat kepada penguasa atau pemimpin yang telah diangkat, dan dilarang memberontak kepadanya walaupun dia zalim serta sewenang-wenangnya dalam melaksanakan ketetapan hukum, kerana kefasikan pemimpin bukan sesuatu yang membolehkan untuk memberontak kepadanya”. (Fathul Bari jld. 13 hlm. 68)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

Taat kepada Allah dan RasulNya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)”. (Majmu’ al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah)

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin. Baginda bersabda:

Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275)

Imam Abul Wafa Ibnu Aqil al-Hambali pernah dikutuk (dicela) kerana mencium tangan penguasa (pemimpin) ketika bersalaman. Kemudian beliau menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian:

Bagaimana pendapatmu bila aku bersalaman dengan ayahku kemudian aku mencium tangannya, apakah yang demikian itu salah ataukah menjatuhkan kedudukannya? Mereka menjawab tidak salah! Beliau berkata lagi: Seseorang ayah telah mendidik anaknya secara khusus sedangkan penguasa telah mendidik rakyat secara umum, maka dia lebih berhak untuk dihormati”. (Badi’ul Fawaid. Ibnu Qaiyim)

Pendirian dan sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah terutama yang berpegang dengan manhaj Salaf-as-Soleh menyatakan wajibnya taat kepada pemimpin, penguasa dan mereka yang menguruskan urusan kaum Muslimin. Haram mengkhianati mereka terutamanya dalam urusan zakat, jihad, memerangai kesesatan dan kekufuran. Wajib bersolat di belakang mereka dan di belakang orang-orang yang menjadi wakilnya di masjid-masjid yang telah disediakan oleh penguasa Islam. Amat keji perbuatan mereka yang menjadi pengacau, seperti menghasut rakyat untuk mengkhianati pemerintah dalam hal-hal yang telah disebutkan di atas.

Berikut yang seterusnya adalah di-salin dari terjemahan Kitab Riyadhus Solihin, susunan Imam Nawawi:

Wajibnya Mentaati Pada Penguasa Pemerintahan Dalam Perkara-perkara Bukan Kemaksiatan Dan Haramnya Mentaati Mereka Dalam Urusan Kemaksiatan

Allah Ta'ala berfirman:

"Hai sekalian orang yang beriman, taatlah engkau semua kepada Allah dan taat pulalah kepada Rasulullah, juga kepada orang-orang yang memegang pemerintahan dari kalanganmu sendiri." (an-Nisa': 59)

661. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Wajib atas seseorang Muslim untuk mendengar dengan patuh serta mentaati, baik

dalam hal yang ia senangi dan yang ia benci, melainkan jikalau ia diperintah untuk sesuatu kemaksiatan. Maka apabila ia diperintah - oleh penguasa pemerintahan - dengan sesuatu kemaksiatan, tidak bolehlah ia mendengarkan perintahnya itu dan tidak boleh pula mentaatinya. " (Muttafaq 'alaih)

662. Dari Ibnu Umar r.a. pula, katanya:

"Kita semua itu apabila berbai'at kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendengar dengan patuh dan mentaati - apa-apa yang diperintahkan olehnya, beliau s.a.w. selalu bersabda: "Dalam apa yang engkau semua kuasa melaksanakannya - yakni dengan sekuat tenaga yang ada padamu semua." (Muttafaq 'alaih)

663. Dari Ibnu Umar r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan tangan ketaatan - yakni keluar dari ketaatan terhadap penguasa pemerintah, maka orang itu akan menemui Allah pada hari kiamat, sedang ia tidak mempunyai hujah - alasan lagi untuk membela diri dari kesalahannya itu. Adapun yang meninggal dunia sedang di lehernya tidak ada pembai'atan - untuk mentaati pada pemerintahan yang benar, maka matilah ia dalam keadaan mati jahiliyah." (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan: "Dan barangsiapa yang mati dan ia menjadi orang yang memecah belah persatuan ummat - kaum Muslimin, maka sesungguhnya ia mati dalam keadaan mati jahiliyah."

664. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dengarlah olehmu semua dengan patuh dan taatlah pula, sekalipun yang digunakan - yakni yang diangkat sebagai pemegang pemerintahan - atasmu semua itu seorang hambasahaya keturunan Habsyi – orang berkulit hitam, yang di kepalanya itu seolah-olah ada bintik-bintik hitam kecil-kecil. " (Riwayat Bukhari)

665. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Wajiblah atasmu itu mendengar dengan patuh serta mentaati baik engkau dalam keadaan sukar ataupun lapang, juga baik engkau dalam keadaan rela menerima perintah itu ataupun dalam keadaan membencinya dan juga dalam hal yang mengalahkan kepentingan dirimu sendiri." (Riwayat Muslim)

666. Dari Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma, katanya:

"Kita semua bersama Rasulullah s.a.w. dalam bepergian, kemudian kita turun berhenti di suatu tempat pemberhentian. Diantara kita ada yang memperbaiki pakaiannya, ada pula yang berlomba panah-memanah dan ada pula yang menyampingi ternak-ternaknya. Tiba-tiba di kala itu berserulah penyeru Rasulullah s.a.w. mengatakan: "Shalat jamaah akan segera dimulai." Kita semua lalu berkumpul ke tempat Rasulullah s.a.w., kemudian beliau bersabda: "Sesungguhnya saja tiada seorang Nabi pun yang sebelum saya itu, melainkan adalah haknya untuk memberikan petunjuk kepada ummatnya kepada apa-apa yang berupa kebaikan yang ia ketahui akan memberikan kemanfaatan kepada ummatnya itu, juga menakut-nakuti dari keburukan apa-apa yang ia ketahui akan membahayakan mereka. Sesungguhnya ummatmu semua ini keselamatannya diletakkan di bagian permulaannya dan kepada bagian penghabisannya akan mengenailah suatu bencana dan beberapa persoalan yang engkau semua mengingkarinya - tidak menyetujui karena berlawanan dengan syariat. Selain itu akan datang pula beberapa fitnah yang sebagiannya akan menyebabkan ringannya bagian yang lainnya. Ada pula fitnah yang akan datang, kemudian orang mu'min berkata: "Inilah yang menyebabkan kerusakanku, " lalu fitnah itu lenyaplah akhirnya. Juga ada fitnah yang datang, kemudian orang mu'min berkata: "Ini, inilah yang terbesar - dari berbagai fitnah yang pernah ada." Maka barangsiapa yang senang jikalau dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga, hendaklah ia sewaktu didatangi oleh kematiannya itu, ia dalam keadaan beriman kepada Allah dan hari akhir, juga memperlakukan para manusia dengan sesuatu yang ia senang jika diperlakukan sedemikian itu oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membai'at seseorang imam - pemuka, lalu ia telah memberikan tapak tangannya - dengan berjabatan tangan - dan memberikan pula buah hatinya - sebagai tanda keikhlasan, maka hendaklah ia mentaatinya apabila ia kuasa demikian - yakni sekuat tenaga yang ada pada dirinya. Selanjutnya jikalau ada orang lain yang hendak mencabut – merampas kekuasaan imam yang telah dibai'at tadi, maka pukullah leher orang lain itu-yakni perangilahyang membangkangtersebut . (Riwayat Muslim)

Sabdanya: yantadhilu artinya berlomba dengan permainan melemparkan panah atau berpanah-panahan. Aljasyaru dengan fathahnya jim dan syin mu'jamah dan dengan ra', yaitu binatang-binatang yang sedang digembalakan dan bermalam di tempatnya itu pula. Sabdanya: yuraqqiqu ba'dhuha ba'dhan artinya yang sebagian membuat ringan pada yang sebagian lagi, sebab besarnya apa yang datang sesudah yang pertama itu. Jadi yang kedua menyebabkan dianggap ringannya yang pertama. Ada yang mengatakan bahwa artinya ialah yang sebagian menggiring yakni menyebabkan timbulnya sebagian yang lain dengan memperbaguskan serta mengelokkannya, juga ada yang mengatakan bahwa artinya itu ialah menyerupai yang sebagian pada sebagian yang lainnya.

667. Dari Abu Hunaidah yaitu Wail bin Hujr r.a., katanya:

"Salamah bin Yazid al-Ju'fi bertanya kepada Rasulullah s.a.w., lalu ia berkata: "Ya Nabiullah, bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau kita semua diperintah oleh beberapa orang penguasa, mereka selalu meminta hak mereka dan menghalang-halangi apa yang menjadi hak kita. Apakah yang Tuan perintahkan itu terjadi?" Beliau s.a.w. memalingkan diri dari pertanyaan itu - seolah-olah tidak mendengarnya. Kemudian Salamah bertanya sekali lagi, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dengarlah olehmu semua - apa yang diperintahkan - dan taatilah, sebab hanyasanya atas tanggungan mereka sendirilah apa-apa yang dibebankan pada mereka - yakni bahwa mereka berdosa jikalau mereka menghalang-halangi hak orang-orang yang di bawah kekuasaannya - dan atas tanggunganmu sendiri pulalah apa yang dibebankan padamu semua - yakni engkau semua juga berdosa jikalau tidak mentaati pimpinan orang yang sudah sah dibai'at." (Riwayat Muslim)

666. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya saja akan datanglah sesudahku nanti suatu cara mementingkan diri

sendiri - dari golongan penguasa negara sehingga tidak memperdulikan hak kaum Muslimin yang diperintah - serta beberapa perkara-perkara yang engkau semua mengingkarinya – tidak menyetujui karena menyalahi ketentuan-ketentuan syariat." Para sahabat lalu berkata: "Ya Rasulullah, kalau sudah demikian, maka apakah yang Tuan perintahkan kepada yang orang menemui keadaan semacam itu dari kita - kaum Muslimin?" Beliau s.a.w. menjawab: "Engkau semua harus menunaikan hak orang yang harus menjadi tanggunganmu dan meminta kepada Allah hak yang harus engkau semua peroleh." (Muttafaq 'alaih)

669. Dari Abu Hurairah r.a., katanya; "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang taat kepadaku, maka ia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka ia telah bermaksiat pula kepada Allah dan barangsiapa yang mentaati amir - pemegang pemerintahan, maka ia benar-benar mentaati saya dan barangsiapa yang bermaksiat kepada amir, maka ia benar-benar bermaksiat kepada saya." (Muttafaq 'alaih)

670. Dari lbnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang membenci sesuatu tindakan dari amirnya - yang memegang pemerintahannya, maka hendaklah ia bersabar, sebab sesungguhnya saja barangsiapa yang keluar - yakni membangkang - dari seseorang sultan - penguasa negara - dalam jarak sejengkal, maka matilah ia dalam keadaan mati jahiliyah." (Muttafaq 'alaih)

671. Dari Abu Bakrah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang merendahkan seseorang sultan - penguasa negara, maka ia akan direndahkan oleh Allah." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. Dalam bab ini masih ada lagi beberapa Hadis lain yang disebutkan dalam kitab shahih dan sebagian telah terdahulu uraiannya dalam beberapa bab di muka.

KETAATAN KEPADA PEMERINTAH DAN PENGUASA - 2

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan bahawa keluar dari jamaah, kepimpinan atau pemerintah Islam, penentangan terhadapnya dan bergabung dengan Khawarij atau Mu’tazilah adalah perpecahan yang akan membawa ke neraka sebagaimana sabda baginda:

"Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga pecahan, semuanya ke neraka kecuali satu. Mereka (para sahabat) bertanya, siapa dia (yang tidak ke neraka) wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Yang berjamaah". (Hizbuttahrir, hlm 9-10. Nasruddin al-Albani)

Allah mengharamkan orang-orang yang beriman berpecah dari pemerintahan Islam, kerana pemerintah dianggap sebagai pengikat jamaah Islamiyah. Allah berfirman:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai- berai”. (Ali Imran 3:103)

Imam Al-Qurtubi rahimahullah telah menafsirkan dalam kitab tafsirnya tentang penafsiran “Tali Allah” dengan “Al-Quran” atau “Jamaah”. (Al-Jami’ Li Ahkamil Quran. 4/159. Daarul Qutub) Kemudian beliau menegaskan:

Sesungguhnya perpecahan hanya akan membawa kehancuran, sedangkan jamaah akan menghantar kepada keselamatan. Semoga Allah merahmati Ibnu Mubarak yang telah menjelaskan: Sesungguhnya jamaah adalah Tali Allah, maka berpegang teguhlah dengannya”. (Al-Jami’ Li Ahkamil Quran. 4/159. Daarul Qutub)

Berkata Ibnu Abi Hatim rahimahullah:

Ayahku menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Shairafi telah menceritakan bahawa Abdul Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin Al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibn Abbas di Madinah lalu berkata kepadanya:

Bagaimana cara menghadapi penguasa (pemerintah) yang telah menzalimi kita, mencela dan merampas sadakah kita, bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab: Jangan! Biarkanlah mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi! Hendaklah bersama al-Jamaah (pemimpin Islam/penguasa) , hendaklah kamu jaga persatuan (jamaah) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan (berlepas dari pemimpin atau penguasa), apakah kamu tidak mendengar firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala: Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama/jamaah) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai” . (Tafsir Ibnu Abi Hatim 2/455. Tahqiq Dr. Hikmat Basyir Sayuti. (2). Lihat: Ad-Darul Mansur 2/285-286. Darul Fikr)

Imam at-Tabari rahimahullah menafsirkan:

Sesungguhnya Allah tidak menyukai perpecahan. Dia telah menjelaskan kepadamu, memperingatkan dari berpecah dan melarang dengan tegas”. (Jami’ul Bayan ‘An Ta’wili Ayi al-Quran. 4/322)

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

Tali Allah telah ditafsirkan dengan beberapa tafsiran, antaranya ialah kitab Allah, agama Allah, Islam, ikhlas, perintah Allah, janji Allah, taat kepadaNya serta taat kepada jamaah (pemerintah)” . (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah 5/134 Jamiatul Imam Saudi Arabia)

Ayat al-Quran, hadis-hadis sahih, tafsiran ayat dan fatwa para ulama Salaf as-Soleh di atas ini menunjukkan bahawa perpecahan adalah perbuatan bid'ah, bid’ah pula jelas merupakan perbuatan yang sesat dan membawa pelakunya ke neraka sebagaimana sabda baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

"Berhati-hatilah kamu dengan hal yang baru (yang sengaja diada-adakan) dalam agama, sesungguhnya setiap yang diada-adakan itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu ke neraka". (H/R Ahmad (1653). Turmizi (2600). Abu Daud (3991). As-Sunnan Ibn Majah (42). Dan hadis riwayat Muslim dalam Khutbatul Hajah)

Kehancuran sesuatu umat bermula angkara tidak mentaati pemimpin mereka. Ia juga menjadi penyebab kekufuran dan salah satu dari perbuatan bid'ah yang menakutkan kerana pada hakikatnya secara umum “Setiap bid’ah adalah sesat”. (Hadis dari Irbadh bin Sariyah diriwayatkan oleh Muslim dalam “Khutbatul Hajah” dan Turmizi) Dan “Bid'ah merupakan jambatan menuju kekafiran. Kerana bid’ah juga adalah kegemaran Iblis sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Ja'ad rahimahullah:

"Bid'ah itu lebih digemari (dicintai) oleh iblis daripada maksiat, kerana (pelaku) maksiat masih ada menaruh harapan untuk bertaubat dari maksiatnya. Adapun pelaku bid'ah pula tidak dapat diharapkan untuk bertaubat". (Athar ini diriwayatkan oleh Ibn Ja'ad dalam musnadnya No. 1885)

Menurut Imam As-Syatibi, pada umumnya setiap bid’ah amat buruk dan keji. Selanjutnya beliau berkata:

"Tidaklah diragukan lagi bahawa bid'ah itu terhitung dalam perbuatan maksiat". (ÇáÇÚÊÕÇã Jld. 2. Hlm. 60. As-Syatibi)

Mereka yang berpecah (bercerai-berai) , keluar dari pemerintah atau penguasa Islam adalah mengingkari perintah Allah dan RasulNya. Allah mengancam mereka dengan firmanNya:

"Maka awaslah orang-orang yang menyalahi perintahnya (Rasulullah) bahawa mereka akan ditimpakan fitnah atau ditimpa oleh siksa yang pedih". (an-Nur, 24:63)

Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:

Hai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan Taatilah Rasul(Nya), dan pemimpin antara kamu”. (an-Nisa’ 4:59)

Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam diutus semata-mata untuk ditaati sebagaimana firman Allah:

"Dan tidak Kami utus seorang Rasul melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah". (an-Nisa, 4:64)

Julukan mubtadik (ãõÈúÊóÏöÚñ) "Pelaku, Aktivis atau Pembuat Bid'ah” diberikan kepada sesiapa sahaja yang melakukan bid’ah. Antara bid'ah yang menjadi punca fitnah yang paling besar ialah perbuatan memecah-belahkan jamaah, iaitu dengan mengajak umat meninggalkan ketaatan kepada pemimpin Islam. Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dengan sabdanya:

"Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) suatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu keluar dari (mentaati) pemerintahnya walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu mati dalam keadaan jahiliyah". (Hadis Riwayat Muslim. Lihat: Sunan Abi 'Asim. No. 1101. Hadis sahih)

"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Sesiapa yang meninggalkan ketaatan kepada (pemerintah Islam) dan meninggalkan jamaah (keluar dari mentaati pemerintah), kemudian ia mati, maka matinya adalah kematian jahiliyah". (ãÌãæÚ ÇáÝÊæì jld. 35. Ibn Taimiyah)

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dari Suwaid bin Ghaflah, dia berkata:

Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu berkata kepadaku: Hai Abu Umaiyah! Sesungguhnya saya tidak tahu apakah saya akan berjumpa lagi dengan anda selepas tahun ini. Bila kamu diperintah oleh seorang hamba Habsyi yang terpotong telinganya, maka dengar dan taatilah dia, walaupun dia memukulmu dan bersabarlah. Apabila dia mengharamkan sesuatu kepadamu dan hendak mengurangi agama kamu, maka bersabarlah lalu katakan!: Saya dengar dan saya taat dalam urusan darahku, bukan dalam urusan agamaku. Janganlah kamu berpisah dari jamaah”. (Al-Musannaf 12/544. Lihat: As-Sunnah hlm. 111. Lihat: Asy-Syariah hlm. 40 oleh Al-Ajuri. Dan lihat: Al-Amwal 1/76. Ibnu Zanjawiyah)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

"Bertakwalah kamu sekalian kepada Allah, dan telah diwajibkan kepada kamu mendengar dan taat walaupun (dipimpin) oleh seorang hamba Habsyi". (Hadis sahih riwayat Abu Daud)

"Dari Abi Zar radiallahu 'anhu: Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah) berwasiat kepadaku agar aku mendengar dan mentaati (pemimpin), sekalipun ia seorang hamba sahya. (Di riwayat yang lain) sekalipun seorang hamba sahya dari Habsyah". (Mutaffaq 'alaihi)

Sesungguhnya orang yang mendengar lalu taat (kepada pemimpin), dia tidak diminta memberi alasan (di akhirat). Sesungguhnya orang yang mendengar lalu menentang (pemimpinnya) , dia tidak mempunyai alasan (di akhirat)”. (As-Sunnah hadis riwayat Abi Asim dan juga dari Adi bin Hatim. Lihat: Musnad Imam Ahmad 4/9. Majmu’uz Zawaid 5/271)

Ibnu Masoud radiallahu ‘anhu dalam khutbahnya menjelaskan:

Wajib bagi kamu untuk sentiasa taat dan beristiqamah dengan jamaah, kerana itulah tali Allah yang kita diperintahkan untuk berpegang teguh dengannya”. (Muamalatul Hukkam fi-Dhauli al-Kitab was-Sunnah. Cetakan Kelima. 1996M-1417H. Abdus Salam bin Barjis bin Nasir Ali Abdul Karim. Saudi Arabia. Riyad)

Dari Adi Bin Hatim radiallahu ‘anhu: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Kami tidak menanyakan kepadamu tentang taat kepada pemimpin yang bertaqwa, tetapi tentang orang yang berbuat demikian dan demikian (kezaliman atau melakukan yang keji). Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjawab: Bertaqwalah kamu kepada Allah dan dengar serta taatlah (kepada pemimpin)”. (Zilalul Jannah fi Takhrijus Sunnah 2/508. Al-Albani menyatakan hadis ini adalah hadis yang sahih. Lihat: As-Sunnah Ibnu Abi Asim)

Adapun dalil-dalil dari hadis tentang wajibnya taat kepada pemimpin selain dalil-dalil yang lalu ialah:

Barangsiapa taat kepada penguasaku maka dia telah taat kepadaku. Barangsiapa yang bermaksiat kepada penguasaku, maka dia telah bermaksiat kepadaku”. (Muttafaq ‘Alaihi. Dari jalur Abu Hurairah. Lihat: Al-Muzakkir wat-Tazkir waz-Zikra. Hlm. 42-43. Ibnu Abu Asim)

Imam Bukhari telah mengkhususkan satu bab tentang hadis ini dalam pembahasan al-Ahkam dari kitab sahihnya, iaitu bab firman Allah yang bermaksuad: “Taatilah Allah dan Rasulnya serta Ulil Amri antara kamu”.

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah:

Di dalam hadis ini disebutkan tentang wajibnya mentaati para pemimpin, tetapi ia terbatas dalam hal-hal yang bukan maksiat”. Dan lafaz dari Muslim:

Kecuali apabila kamu melihat bahawa pemimpin itu telah kafir secara terang-terangan dengan bukti (kenyataan dalil) dari Allah”. (Sahih Muslim 3/1470)

Taatilah seruan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam sabda baginda:

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyeru kami (agar patuh dan taat), maka kami pun membaiatnya, dan baginda meminta dari kami adalah: Agar kami membaiatnya atas dasar mendengar dan taat dalam suka maupun duka, dalam keadaan susah ataupun senang dan dalam keadaan tidak kita sukai atau kita suka serta supaya kita tidak merampas kekuasaan dari ahlinya. Kemudian baginda bersabda: Kecuali kamu melihat kekafiran yang telah nyata oleh kamu dengan pembuktian dari Allah Ta’ala (dalil dari al-Quran yang membuktikan kekafirannya)” . (Syarah Muslim. Kitabul Imaran, bab Wujubu at-Taah al-Umara fi Ghairi Masiyah wa-Tahrimuha fi al-Masiyah. Oleh Imam Nawawi. H/R Muslim)

Para ulama Salaf as-Soleh mewajibkan taat kepada para pemimpin Islam dan bersatu di bawah kepimpinan mereka selagi mereka tidak menyatakan (mengiklankan) secara terang-terangan kekafirannya di khalayak ramai. Atau selagi tidak ada pembuktian melalui ukuran (penilaian) dari al-Quran atau as-Sunnah yang membuktikan ia telah benar-benar kafir. Dalam hal ini telah berkata Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad Asy-Syihhy:

Sesungguhnya akidah kami sebagai Salafiyin (Ahli Sunnah wal-Jamaah) terhadap hukama (para pemimpin Islam negara) kami, bahawa kita tidak boleh keluar dari ketaatan kepada mereka, walaupun pada mereka terdapat kezaliman, kepalsuan (pembohongan) kefasikan dan tidak berlaku adil. Kami wajib taat selagi mereka tidak mengumumkan secara terang-terangan di khalayak ramai bahawa mereka tidak menghendaki dan tidak menyukai syariat Allah Ta’ala, kami wajib taat selagi mereka tidak kafir terhadap Allah dengan kekafiran yang dapat dibuktikannya dengan jelas melalui petunjuk dari Allah Ta’ala dan dalil dari kitab dan sunnah. Maka jika seandainya mereka berbuat demikian, bolehlah untuk keluar dari ketaatan terhadap mereka denga syarat yang kedua, iaitu kita memiliki kemampuan dan kekuasaan untuk menggulingkan mereka, tanpa mengakibatkan kerosakan yang lebih parah dari yang pertama. Kalau tidak demikian, kami Ahli Sunnah wal-Jamaah bekerjasama dengan pemimpin Islam dengan doa dan nasihat kepada mereka dengan cara hikmah, penuh bijaksana dan nasihat yang baik, tidak dengan revolusi dan pemberontakan” . (Hiwar Hadi Ma’ Ikhwani. . Hlm. 30. Abi Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syihhy, Cetakan Pertama. 1415H-1995M)

Seterusnya beliau berkata:

Dan kita taat kepada mereka dalam suka ataupun duka, kecuali dalam kemaksiatan, maka tidak ada ketaatan kepada mereka. Maka kami pun memberi peringatan kepada orang yang keluar dari ketaatan terhadap mereka dari kalangan kaum muslimin”. (Hiwar Hadi Ma’ Ikhwani. . Hlm. 30. Abi Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syihhy, Cetakan Pertama. 1415H-1995M)

Perpecahan dianggap bid’ah yang diharamkan oleh syara. Sehingga orang yang menyebabkan perpecahan diperintahkan agar dibunuh sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

Sesungguhnya suatu ketika nanti akan terjadi Hanat dan Hanat**. Barangsiapa yang ingin memecah-belahkan barisan umat ini (kaum Muslimin) sedangkan dalam keadaan kukuh (satu jamaah). Maka bunuhlah siapapun dia”. (Hadis Riwayat Muslim 3/1478/1480)

** (Yang dimaksudkan “Hanat dan Hanat” di dalam hadis ini ialah: “Fitnah dan bid’ah”. Lihat: Syara Muslim oleh Nawawi 12/241)

Hanat mempunyai makna yang banyak, tetapi dimaksudkan di hadis ini ialah fitnah dan bid’ah. (Hadis Riwayat Muslim 3/1478/1480) . Maksudnya ialah fitnah yang muncul silih berganti di muka bumi ini dan terjadinya kerosakan dan fitnah kerana merebut kuasa dan mengejar kedudukan. Menurut al-Qari, bahawa “Hanat” adalah kejahatan dan kerosakan yang muncul kemudian (setelah kewafatan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, pent.). Iaitu yang keluar dari sunnah dan jamaah.(Mirqatul Mafatih. 7/258-259) Dan amat jelas, sesiapa yang keluar dari sunnah dan jamaah mereka adalah benar-benar ahli bid’ah.

TUGAS ULAMA DAN HUBUNGANNYA TERHADAP PEMERINTAH

Para ulama amat berpengaruh di kalangan rakyat, oleh itu tugas besar ulama yang wajib dipikul oleh mereka ialah menyedarkan ummah (rakyat) agar mentaati penguasa atau pemimpin Islam. Ulama wajib menolong pemerintah menyatukan ummah agar tidak membenci, memusuhi dan tidak keluar dari jamaah (pemerintah dan pemimpin Islam). Inilah antara amal bir (kebaikan) dan takwa yang dituntut oleh al-Quran agar di lakukan oleh para ulama. Allah Azza wa-Jalla berfirman:

Bertolong-tolonglah kamu atas kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan atas perkara dosa dan permusuhan”. Al-Maidah, 5:2.

Berkata Ibnu Abi Hatim rahimahullah:

Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahawa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya: Bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sadaqah kita, bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab: Jangan! Biarkanlah mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi! Al-Jamaah, al-Jamaah (peliharalah persatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar firman Allah: Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai” . (Tafsir Ibnu Hatim 2/455. Tahqiq Dr. Hikmat Basyir Sayuti. Lihat: Ad-Darrul Mansur 2/285-286. Cetakan Darul Fikr.)

Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka”. (Ali Imran, 3:105)

Kisah di atas ini adalah contoh tauladan kepada umat Islam, bahawa para ulama Salaf as-Soleh dahulu kala mendidik rakyat jelata agar memelihara hak-hak pemimpin. Dengan ini adalah wajib bekerjasama dan tolong-menolong antara para ulama dengan penguasa, terutama dalam usaha mengislah rakyat dengan konseptualisasi siyasah as-Syariyah mengikut manhaj Salafiyah, kerana kaum Salaf as-Soleh selain membid’ahkan perpecahan, mereka mewajibkan bekerjasama dengan pemimpin negara Islam, berjamaah dengan mereka dan menyemai rasa persaudaraan di bawah bumbung pemimpin negara berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” (Al-Hujurat, 49:10)

Sabda Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

Tiga perkara yang menyelamatkan hati seseorang Muslim dari kedengkian: Ikhlas dalam beramal kerana Allah, menasihati penguasa dan komitmen dengan jamaah kaum Muslimin”. (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad 4/80-82)

Kapasiti pemikiran rakyat perlu diisi dan diyakinkan oleh pemerintah dengan kerjasama ulama dengan pengisian siyasah (politik) yang sejajar dengan kehendak agama, agar generasi yang bakal pewaris pemerintahan dapat disalurkan ke destinasi dan dimensi pemahaman siyasah as-syariyah menurut al-Quran dan as-Sunnah yang autentik. Kerana keberkesanan dan keagungan siyasah Islamiyah yang telah ditunaikan oleh para Salaf as-Soleh terutama pada zaman generasi awal, kedua dan ketiga selepas kewafatan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjadi bukti untuk meyakinkan rakyat.

Siyasah Islamiyah dengan kerjasama umara (penguasa/pemerinta h) dan hukama (para ulama) dapat menyatukan hati rakyat untuk mentaati pemimpin kerana itu adalah perintah Allah kepada orang-orang beriman sebagaimana dijelaskan melalui firmanNya:

Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (pemerintah) antara kamu”. An-Nisaa, 4:59.

Berkata Abdus Salam bin Bajras bin Hashir Ali Abdul Karim:

Antara perintah Allah dalam ayat ini ialah mengenai hal kewajipan kita taat kepada penguasa, dan Allah Subhanahu wa-Ta’ala mensetarakan ketaatan kepada pemimpin dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Ini semuanya menunjukkan betapa penting posisi pemimpin dan amat agung keadaannya”. (Mu’amalatul Hukkam Fi Dhauil Kitab was-Sunnah. Hlm.50)

Al-‘Izz bin Abdussalam rahimahullah juga menegaskan:

Sepakat kaum Muslimin bahawa taat kepada kekuasaan pemimpin termasuk ketaatan kepada Allah”. (Qawa’idul Ahkam fi Masalihul Anam. 1/104)

Sehingga mentaati pemerintah dalam urusan puasa di bulan Ramadan dan berhari raya adalah wajib mengikut kesepakatan para Salaf as-Soleh. Imam Ahmad rahimahullah berkata:

Berkorban (berhari raya korban/hari raya haji), berbuka (berpuasa dan berhari raya Idil Fitri) terserah kepada pemimpin. Jika pemimpin berbuka, maka rakyat wajib berbuka. Jika pemimpin berkorban, maka rakyat wajib mengikutinya. Dalam hal solat juga wajib mengikut pemimpin”. (as-Sunnah, hlm. 4. Hadis Riwayat Abu Bakar al-Khallal)

Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

Sikap (taat kepada pemimpin) termasuk kewajipan terhadap agama yang agung”. (Majmu’ al-Fatawa 28/390)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

Dengarlah dan taatilah penguasa diwaktu susah dan senang, diwaktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat”. (Hadis Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. 10/426. Sanadnya hasan)

Dan dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, dari jalan Nashr bin Ashim, dari Subi’ bin Khalid, dari Huzaifah al-Yaman radiallahu ‘anhu:

Setelah Allah mempunyai khalifah di muka bumi dan dia memukul punggungmu serta mengambil harta bendamu, maka kamu (diperintah agar ) tetap taat”.

MENASIHATI PARA PEMIMPIN DAN PEMERINTAH

Telah sepakat para ulama Salaf as-Soleh bahawa menasihati kesilapan penguasa dan pemimpin adalah perintah dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Namun tidak dilakukan di khalayak umum atau di depan publik, tetapi dilakukan secara peribadi. Menegur pemimpin di hadapan ramai adalah sikap tidak sopan yang menyalahi sunnah, malah merupakan kejahatan hawa nafsu kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itu diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya” . (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas)

Ibnu Nahhas rahimahullah berkata:

Saat yang amat tepat untuk menasihati pemimpin adalah disaat sepi dari pihak ketiga. Ini lebih baik daripada bersuara secara terbuka di hadapan media massa, bahkan menyuarakan dan menasihati pemimpin lebih mulia secara rahsia tanpa ada liputan pihak yang ketiga.” (Tanbihul Ghafilin ‘An A’ma lul -Jahilin wa-Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)

Syara tidak pernah menghalalkan sesiapapun dari kalangan umat Islam untuk mengumpat, membongkar keburukkan, mencari cacat-cela, sengaja menghina, mengkafirkan dan mereka-reka fitnah terhadap pemerintah, lebih-lebih lagi jika bertujuan untuk menjatuhkannya. Terdapat banyak hadis-hadis sahih yang mewajibkan umat Islam mematuhi dan mentaati pemerintah Islam demi menjaga dan memelihara kesatuan umat, keutuhan agama dan martabat Islam:

"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Sesungguhnya Allah rela atas kamu dalam tiga perkara: Hendaklah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, hendaklah kamu sekalian berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah berpecah-belah, dan hendaklah kamu sekalian saling menasihati dengan orang yang diangkat Allah untuk memegang urusanmu (pemimpin kamu)". (Musnad Imam Ahmad, 2/376)

Maksud "Pemimpin kamu" ialah "Para pemimpin yang beragama Islam". Dalam hal ini al-Allamah As-Syeikh Abdul Aziz bin Baz berkata:

Bukanlah termasuk uslub (metode) salaf perbuatan mendedahkan aib pemimpin dan menyebutkannya di atas mimbar (atau pentas), kerana hal ini hanya menimbulkan kerusuhan dan hilangnya ketaatan rakyat terhadap pemimpin, juga menyebabkan banyak persepsi dan pandangan yang merbahaya yang tidak mendatangkan manfaat”.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:

"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya" . (Hadis Riwayat Bukhari)

Di dalam Nasihatun Muhimmatun fi Salasi Qadaya ada termaktub:

Apabila kemungkaran itu dilakukan oleh seorang pemimpin atau selainnya, hendaklah dia dinasihati dengan lemah lembut dan secara rahsia sehingga tidak diketahui oleh seorangpun, dengan harapan dia mahu menerimanya. Jika dia enggan, maka mintalah bantuan seorang untuk menasihatinya dengan bersembunyi- sembunyi agar dia menerima nasihatnya. Jika sekiranya dia menolak juga, maka kita boleh secara terang-terangan mengingkari sifat pemimpin seperti itu”. (Nasihatun Muhimmatun fi Salasi Qadaya. Hlm. 49)

Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata:

Orang yang menyedari sebahagian permasalahan tentang kesalahan pemimpin, hendaklah menasihatinya, jangan menyebarkannya di hadapan orang ramai (publik). Namun hendaklah dia berbincang secara empat mata dalam menasihatinya, tidak merendahkan atau menjatuhkan maruah dan martabatnya, pent.) serta tidak melekehkannya sebagaimana terdapat dalam hadis”. (Sail al-Jarrar 4/556. Asy-Syaukani)

Ini bermakna, sesiapa yang berpakat untuk menjatuhkan pemerintah atau pemimpin Islam adalah menyalahi pegangan para Salaf as-Soleh. Begitu juga, mereka yang suka melontarkan kata-kata kotor, membuat tuduhan palsu, memfitnah dan mengkafirkan para pemimpin Islam adalah bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh. Maka kepada mereka yang terlibat dengan pekerjaan mungkar ini, hendaklah bertaubat dan merubah niat kepada nasihat, kerana telah berkata Abu Usman az-Zahid:

Nasihatilah para penguasa, perbanyakanlah doa untuk mereka agar mereka melakukan kebaikan dan kebenaran dalam beramal dan menjalankan hukum. Sesungguhnya jika mereka baik, maka akan baiklah rakyat. Hati-hatilah kamu! Jangan sampai kamu mendoakan keburukan atau melaknat mereka, kerana yang demikian hanya akan menambah kerosakan keadaan orang-orang Islam. Tetapi mintakanlah ampunan kepada Allah untuk penguasa (pemerintah dan pemimpin), semoga mereka meninggalkan perbuatan yang tidak baik, kemudian dihilangkanlah musibah dari kaum Muslimin”. (Al-Jamii Li Syu’abil Iman. 13/99. Al-Baihaqi. Cetakan Dar as-Salafiyah)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

"Sesungguhnya manusia itu apabila mereka melihat kezaliman dan mereka tidak mencegah dengan tangannya, maka dibimbangkan Allah akan menyiksa mereka keseluruhannya" .

Berkata Ibn Abil 'Izzii rahimahullah:

"Sesungguhnya al-Quran dan as-Sunnah telah menunjukkan atas kewajipan menasihati pemerintah dan seterusnya taat kepada pemerintah selama dia tidak memerintahkan agar melakukan kemaksiatan" .

Firman Allah Azza wa-Jalla:

"Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemerintah di antara kamu". An-Nisa, 4:59.

Semua nas di atas menyeru umat Islam menasihati pemerintah atau pemimpin. Tidak dibenarkan menentang mereka, tetapi diperintah agar mendoakan mereka. Ibnu Nahhas berkata:

Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar ialah melakukannya secara individu, bukan di hadapan publik. Bahkan amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga”. (Tanbih al-Gafilin an-A’malil Jahilin wa-Ta’zirus Salikin Min Af’alil Halikin. Hlm. 64)

Haram menubuhkan pemerintahan dalam sebuah negara Islam yang telah ada pemerintah dan ketua negara yang sah. Malah sesiapa yang menentang pemerintah yang sah yang telah dipilih oleh rakyat, kemudian memimpin rakyat untuk memprotes secara yang tidak sihat dan memfitnah penguasa (kerajaan) tanpa ada bukti, maka mereka dikategorikan sebagai Khawarij oleh para ulama Salaf, kerana perbuatan mereka bertentangan dengan nas-nas al-Quran, as-Sunnah, athar dan fatwa-fatwa para ulama muktabar yang mengharamkan perbuatan sedemikian.

Telah berkata Muhammad bin al-Hussin al-Ajuri rahimahumullah (sebagai peringatan kepada golongan Khawarij):

"Khawarij adalah golongan yang menentang kepimpinan orang Islam sebagaimana yang terjadi terhadap kepimpinan Ali radiallahu 'anhu. Cara mereka menentang dengan melaung-laungkan slogan: ( áÇóÍõßúãó ÇöáÇøó ááåö ) bermaksud: "Tidak ada hukum kecuali dari Allah" (Slogan ini samalah dengan apa yang dilaungkan oleh parti-parti pembangkang di beberapa negara Islam. Mereka mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak bersama parti mereka, tidak berjuang bersama mereka dan tidak berhukum dengan hukum Allah.)

Berkata Ali radiallahu 'anhu untuk menentang dan membatalkan di’ayah yang dilaungkan oleh Khawarij iaitu (áÇóÍõßúãó ÇöáÇøó ááåö), maka beliau berkata:

"Kalimah yang hak tetapi yang mereka inginkan dari laungannya ialah kebatilan (kehancuran pemerintah)" .21

Fahaman Khawarij telah digerakkan semula oleh golongan fanatisime dengan nama dan istilah "Pejuang Tauhid Hakimiyah" iaitu mentauhidkan hukum, atau mengkafirkan secara mutlak sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Golongan ini telah bergerak di negara-negara Islam termasuk di Malaysia.

Mereka menghidupkan fahaman “Tauhid Hakimiyah” di setiap tempat yang dapat menerima fahaman ini. Kebiasaannya berselindung di sebalik parti politik. Ruang untuk mereka bergerak terbuka luas kerana kebanyakan negara-negara Islam yang mengamalkan dasar politik demokrasi mengizinkan sesiapapun dari rakyatnya menubuhkan parti politik yang baru.

Mungkin amat menakutkan apabila kita mengetahui bahawa Khawarij disebut dan digelar sebagai anjing neraka oleh Nabi Mhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Disuatu kejadian, diriwayatkan oleh Sa’id bin Jamhan, beliau berkata:

Aku mendatangi Abdullah bin Aufa (seorang buta), lalu aku memberi salam kepadanya. Beliau bertanya, siapa kamu? Aku menjawab: Sa’id bin Jamhan. Beliau bertanya. Apa yang dilakukan oleh orang tuamu? Aku menjawab: Dibunuh oleh kaum Azariqah. Beliau berkata: Semoga Allah melaknat orang-orang Azariqah kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

Sesungguhnya mereka adalah anjing-anjing neraka”.

Aku bertanya, apakah itu khusus pada orang-orang Azariqah atau untuk orang-orang Khawarij seluruhnya? Beliau menjawab: Orang-orang Khawarij seluruhnya. (Hadis Riwayat Imam Ahmad 4/382. Dan Ibnu Abu Asim 905, dari jalan al-Hasyraj bin Nabatah. Menurut Syekh Nasruddin al-Albani sanadnya Hasan)

Imam Ahmad rahimahullah menguatkan lagi riwayat hadis di atas, iaitu agar tidak mencela penguasa dan tidak meniru sifat-sifat Khawarij:

Aku (Ibnu Jamhan) berkata: Sultan berlaku zalim kepada manusia dan menindas mereka. Dia berkata: Lalu dia (Abdullah bin Aufa) memeluk tanganku dan menariknya dengan kuat, kemudian berkata: Celaka kamu wahai Ibnu Jamhan! Kamu wajib mengikuti sawadul a’zam (beliau mengulangi dua kali), jika Sultan mahu mendengar darimu maka datanglah ke rumahnya dan beritahu yang kamu ketahui (menasihatinya) , jika dia menerimanya maka itu baik, tetapi jika ia tidak menerimanya maka tinggalkanlah. Kamu tidak lebih tahu darinya”. (H/R Imam Ahmad 4/382. Dan Ibnu Abu Asim 905, dari jalan al-Hasyraj bin Nabatah. Menurut Syekh Nasruddin al-Albani sanadnya Hasan)

HARAM MEMBANGKANG

Islam mewajibkan umatnya bersatu dalam satu pemerintahan dan mengharamkan perpecahan. Tidak dihalalkan membangkang pemimpin sebuah negara yang dipimpin oleh orang Islam sebagaimana yang dilakukan oleh hizib Khawarij dan Mu’tazilah. Ibnul Abil Izz radiallahu anhu berkata:

Diwajibkan taat kepada pemerintah walau mereka zalim dan melampaui batas, kerana sikap membangkang menimbulkan kerosakan yang berganda jika dibandingkan kezaliman pemerintah itu sendiri, bahkan di dalam kesabaran ada ganjaran yang boleh menghapuskan dosa serta menggandakan pahala”. (Muamalatul Hukkam fi-Dhauil Kitab wa-Sunnah. Hlm.155. Abdus Salam bin Bajris bin Nasir Ali Abdul Karim. Cetakan Kelima l996M-1417H)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

"Sesiapa yang datang kepada kamu sedangkan kamu bersatu di tangan seorang pemimpin, dan orang yang datang tersebut ingin menggugurkan ketaatan kamu dan ingin memecah-belahkan kamu, maka bunuhlah dia". (Hadis Riwayat Muslim. No. 1856)

Masyarakat Islam yang hidup dalam sebuah negara Islam, tidak ada dua pemimpin. Jesteru itu, tidak ada parti pembangkang, yang ada hanyalah orang-orang yang mulia iaitu para ulama yang sudi menasihati penguasa atau pemimpin. Contohnya, dizaman para khalifah Islam, tidak tercatit dalam sirah atau sejarah Islam adanya pembangkang, tetapi yang wujud diketika itu ialah golongan Khawarij yang suka melakukan huru-hara dan kerosakan dalam menentang pemerintah Islam.

Dizaman sekarang, dalam kontek sistem demokrasi, tentulah yang layak jadi parti pembangkang hanyalah dari kalangan orang-orang kafir, bukan orang-orang Islam, kerana orang Islam diharamkan melawan penguasa atau pemimpin Islam yang dipilih secara sah.

Orang beriman, berilmu dan bertakwa tidak mudah dipengaruhi oleh diayah yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah walaupun dari mulut seorang yang mengaku sebagai ulama. Kerana ditakuti datangnya dari firqah Khawarij yang menyebabkan berlakunya bid’ah. Syara mengharamkan orang beriman dari menyerupai sikap dan akidah golongan Khawarij.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah menjelaskan sifat-sifat Khawarij, antara sifat-sifat dan sikap mereka: Ibadah dan solatnya kelihatan lebih hebat dari ibadah para sahabat. Namun mereka terkeluar dari millah Islamiyah kerana menghukum kafir (ÊóßúÝöíúÑñ), menghukum sesat (ÊóÖúáöíúá), menghukum fasik (ÊóÝúÓöíúß) serta mengutuk (ØóÚóä) para pemimpin Islam.

Khawarij menghalalkan darah dan harta kaum muslimin yang berada di luar kelompok mereka. Bagi mencapai objektif yang dirancang, mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang boleh menguntungkan golongannya. Seperti Syi'ah, Muktazilah dan kelompok-kelompok bid'ah yang lain. Sering menakut-nakutkan kaum muslimin akan masuk neraka jika menolak seruan, fahaman, kehendak atau tidak menyokong, bekerjasama dan masuk parti mereka. Khawarij pandai berpidato, lancar membaca ayat-ayat al-Quran, fasih membawakan hadis dan mudah memberi fatwa, tetapi menyelewengkan makna nas-nas al-Quran dan hadis. Tujuannya untuk mempengaruhi orang-orang jahil, memenuhi kepentingan golongan atau hawa nafsu mereka. Rasulullah telah mengkhabarkan hal ini:

"Mereka membaca al-Quran, tetapi tidak melebihi kerongkong mereka (tidak sampai ke hati mereka)". (H/R Bukhari. (3611). Muslim. (1066))

Rasulullah telah menjelaskan tanda-tanda Khawarij:

"Mereka suka membunuh (menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya. Pent.) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang-orang yang benar-benar jelas kekafirannya) ". (Hadis Riwayat Bukhari. (3644). Muslim (1064). Sahih al-Jamek. 2227)

"Mereka keluar dari agama sebagaimana keluarnya anak panah dari sasarannya". (Hadis Riwayat Ahmad (111/73). Bukhari (7432). Muslim (1064))

Menurut hadis, golongan Khawarij akan sentiasa muncul dan akan terus muncul dengan ramainya terutama diakhir zaman. Sikap dan kejahatan mereka hanya diperasani oleh orang-orang yang berilmu, kerana Khawarij sentiasa berselindung disebalik ibadah dan kata-kata indah yang menakjubkan. Kenyataan ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan sebdanya:

"Akan muncul diakhir zaman satu kaum yang muda belia umurnya tetapi singkat akalnya. Mereka meniru ucapan sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad), namun imannya tidak melewati kerongkongannya, di mana sahaja kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya ada pahalanya di Hari Kiamat bagi orang yang membunuh mereka". (Hadis Riwayat Bukhari (6930). Muslim (1066))

Menurut Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah dalam menjelaskan tanda-tanda Khawarij:

"Tanda paling besar kesesatan Khawarij ialah keyakinan mereka berkenaan pemimpin yang dapat petunjuk (pemimpin yang beragama Islam tetapi dihukum kafir oleh mereka kerana tidak berhukum dengan hukum Allah. Pent.) dan keyakinan mereka terhadap kaum muslimin yang semuanya mereka hukum sesat (kerana tidak di dalam kelompok mereka. Pent.) ..... Mereka juga mengkategorikan apa yang mereka anggap kezaliman ke dalam kategori kafir". (Majmuk Fatawa. 28/497. Ibn Taimiyah)

Setiap muslim pasti mampu mengenali kriteria Khawarij. Kerana antara ciri-ciri mereka sudah dijelaskan oleh hadis-hadis sahih dan para ulama Salaf as-Soleh, seperti kuat beribadah, banyak membaca al-Quran, kelihatan wara’ dan mudah menggelar diri mereka sebagai tokoh dan ulama.

Khawarij bijak memerangkap (menipu dan memperdaya) masyarakat melalui ceramah politik yang dihiasi nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Bijak mempersonakan masyarakat dengan kekarismaan berpidato, gemar menyelewengkan tafsiran ayat-ayat al-Quran atau as-Sunnah sehingga pemikiran dan akidah masyarakat yang jahil terpesong, fanatek, taklid buta dan akhirnya menjadi Pak turut seperti lembu cucuk hidung.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta'ala sentiasa menyelamatkan kemurnian akidah orang-orang yang beriman dan para pemimpin mereka yang bermanhaj Salaf as-Soleh, dijauhkan dari penipuan dan putar-belit golongan Khawarij yang memperkenalkan diri mereka sebagai ulama, dan mudah-mudahan hidup kaum muslimin dan para pemimpinnya sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Amin ya Rabbal 'Aalamin!

Untuk memadamkan kemarakan api perselisihan yang berkaitan dengan persoalan agama, atau apa sahaja yang dipertikaikan dalam masalah ad-Din, tiada jalan penyelesaian yang paling tepat kecuali merujuk dan mengembalikan masalah tersebut kepada al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama serta fatwa para ulama Salaf as-Soleh, kerana ini sahaja cara yang amat selamat dan menepati kebenaran.

Metode inilah yang ditonjolkan oleh penulis dalam meredakan persoalan yang belum berkesudahan, iaitu untuk menentukan menurut piawaian syara: “Adakah Sesebuah Negara Itu Boleh Dinamakan Negara Islam Atau Bukan Negara Islam, Apa Hujjah Dan Definisinya?” .


0 comments: