7/31/2007 07:06:00 pm 0 Comments

Rahsia untuk menjadi seorang model

1 : Gambar yang hebat.

Gambar ibarat resume. Sebaik ejen melihat gambar anda, mereka sudah menetapkan sama ada untuk mengambil anda ataupun tidak. Jadi, tonjolkan emosi untuk gambar berkenaan.

2 : Tahu bagaimana berjalan di pentas peragaan

Pentas adalah aspek terbesar dalam peragaan dan banyak wang yang diperoleh dari sini. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk berjalan dengan betul atas pentas sebelum menjadi model, tidak banyak tawaran yang boleh diperoleh.

3 : Yakin

Mereka yang tidak mempunyai keyakinan tidak boleh menjadi seorang model. Apabila keyakinan anda meningkat, orang yang yakin dengan kemampuan anda juga akan lebih ramai.

4 : Kulit yang cantik

Model mestilah mempunyai kulit yang cantik kerana ejen mahukan model berkulit cantik. Mendapatkannya tidak sukar, anda boleh semak semua petua kecantikan dan pilih yang mana bersesuaian dengan kulit anda.

5 : Tahu bagaimana dan di mana untuk ditemui

Anda memerlukan agensi model atau pencari bakat untuk menemui anda. Oleh itu, anda perlu tahu bagaimana dan di mana untuk tonjolkan diri tanpa tertipu oleh agensi yang tidak bertanggungjawab.

6 : Kekuatan minda

Ramai tidak menjadi model kerana mereka tidak mempunyai minda yang kuat. Persaingan begitu tinggi dalam dunia peragaan, jadi minda anda perlu kuat untuk menjadi model dan bertahan.

7: Bentuk fizikal

Anda harus mempunyai bentuk fizikal yang baik. Ini tentunya memerlukan senaman. Seperti model ternama yang lain, anda juga harus bersenam.

8 : Nutrisi yang sesuai

Sebagai model anda perlu mengawal naik turun berat badan dan pada masa sama kekal menawan. Untuk itu, anda harus memahami nutrisi yang betul kerana ia akan terserlah ke seluruh tubuh.

9 : Singkirkan rasa takut dan fikiran negatif

Ramai tidak berjaya memperoleh kerjaya ini kerana takut. Anda mestilah memastikan bahawa ketakutan tidak menghalang anda daripada mendapat peluang yang sepatutnya.

10 : Letakkan sasaran

Model yang berjaya mempunyai sasaran. Sasaran membuatkan seseorang itu lebih bermotivasi dan fokus.

11 : Ruang terbaik

Anda harus tahu bagaimana dan di mana wajah anda boleh digunakan untuk mendapatkan sebanyak mana bayaran yang mampu. Setiap model mempunyai wajah tersendiri dan setiap agensi mahukan wajah berbeza. Dengan mengetahui bagaimana dan di mana wajah anda boleh digunakan, ia akan menjimatkan masa, wang atau tenaga.

12 : Kawal tekanan

Pastikan anda kawal tekanan. Kerjaya peragaan boleh memberi lebih tekanan berbanding kerjaya lain. Diambil bekerja dan ditolak setiap hari boleh melemahkan semangat seseorang jika mereka mempunyai minda yang tidak kuat. Ramai yang tidak bersedia menghadapi tekanan ini lalu menghancurkan karier mereka yang belumpun bermula! Oleh itu, relaks dan bersenam, ia akan membantu melepaskan tekanan.

13 : Mitos atau fakta

Antara mitos yang paling luas tersebar adalah mengenai hal ketinggian. Kononnya aspek utama untuk menjadi seorang model. Ia tidak benar, ramai model yang ketinggiannya kurang lima inci (13 sentimeter) daripada model lain dan kadangkala mereka lebih laku daripada yang lain! Begitu juga dengan hal usia. Tidak benar sekiranya ada yang mengatakan anda tidak boleh begitu tua untuk menjadi model. Hakikatnya, kumpulan model pada usia tertentu, sasarannya adalah untuk usia tertentu.

# Model terkemuka tempatan yang juga pelakon, Nasha Aziz dilaporkan pernah mendapat tawaran menerokai dunia peragaan antarabangsa. Namun, dia menolak kerana menerima tawaran itu bermakna adat ketimuran harus diabaikan #


0 comments: