7/13/2007 06:41:00 pm 0 Comments

Kisah benar dari Penjara Sg. Buloh

Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum

perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Ust. Halim Din, Ust.

Raihan & Ustzh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga2

Ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian Rasulullah yg mulia itu yg menjadi

ikutan kita semua.

Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku Ust.

Halim Din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di Penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi

ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn

beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu

ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang

kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin,

kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan

lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.


Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel

beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun

beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.


Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya

dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena

sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan

dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok,

mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.


Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat

taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke

tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila

tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.


Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia

ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung

anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati

juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu

juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.


Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir

keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari

telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah

sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan

sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.


Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.


HUWALLAH HUALAM,


Forum Perdana tamat lebih kurang jam 11.15 mlm......


0 comments: