Kad kuasa,Tanggungjawab dan Amanah?????? ?.
Assalamualaikum,
Kejadian malam tadi mungkin menyebabkan ada diantara rakan2 saya yg akan mempersoalkan tiga perkara di atas.
Ringkasan peristiwa.
11.50mlm : Ketika beberapa rakan melakukan aktiviti rondaan mlm, mereka telah terlihat satu pasangan dlm keadaan mencurigakan
berada dalam sebuah rumah bujang (Lelaki).Dgn penuh rasa tanggungjawab maka mereka terus menghubungi beberapa rakan
lain termasuk saya untuk mendapatkan pendapat mengenai perkara itu.
12.00mlm : Setelah berbincang kami pun mula menghubungi pihak AJK masjid untuk memaklumkan tentang perkara ini, tapi respon yg kami dapat
sungguh mendukacitakan. Selain telefon tidak dijawab ataupun alasan tiadanya kad kuasa. Kami terus cuba menghubungi mereka2 ini.
12.15mlm : Satu pasangan lagi sampai bermotosikal dan terus masuk ke rumah tadi tanpa mempedulikan kami yg sedang memperhatikan mereka.
Lima minit kemudian diikuti oleh 2 lelaki bermotosikal juga terus menghilang dlm rumah tersebut.
12.30mlm : Menghubungi Talian Hot Line 1800-88 3072 JAIJ. Tetapi diminta mendapatkan alamat lengkap agar proses waran mudah dikeluarkan.
Walaupun jarak kami dan rumah tersebut dipisahkan oleh satu parit yg besar dan dalam. Kami menghantar anggota peninjau untuk
Dapatkan maklumat lengkap alamat tersebut. Sekali lagi saya menghubungi pihak JAIJ. Dan mereka akan mengambil tindakan.
Selanjutnya. Kami pula terus memantau keadaan disitu.
02.22pagi : Tiada tindakan susulan dan kami sekali lagi menghubungi JAIJ tapi masih tiada tindakan.
04.00 pagi: Tiada tindakan sehingga menyebabkan kami mengambil keputusan mengundur diri dgn rasa kecewa.
Pada pendapat kami, mungkin tindakan kami ini sia2. Pada siapa kami sepatutnya mengadu, kami jadi keliru?????
Kepada mereka yg berkenaan tahukah apakah maksudnya Tanggungjawab, Amanah dan kad kuasa yg telah diberikan kpd anda semua????
Kami memerlukan bimbingan untuk mencegah kemungkaran, tapi pada siapa??????
Sekian terima kasih.
Kota Masai, Johor.
0 comments: