7/18/2007 01:02:00 am 0 Comments

Fadilat puasa sepanjang Rejab

REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi.
Rejab yang bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan,
kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya
dan kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Pada
bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kepada
orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk,
pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan
ada berpendapat bulan inilah berlakunya peristiwa
Israk dan Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga
ramai melihat Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk
mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat
Islam terutama untuk melakukan ibadat dipengaruhi oleh
penyebaran beberapa hadis yang mengandungi fadilat
ibadat di dalam bulan itu.

Justeru, Rejab sebagai bulan yang sangat mulia,
sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk
menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yang
diriwayatkan oleh sahabat mengenai kelebihan Rejab:

Amalan terbaik di dalam Rejab ini ialah berpuasa.
Maksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa
pada Rejab adalah seperti berikut:

l Puasa satu hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan
mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.

l Puasa dua hari - mendapat kemuliaan besar daripada
Allah dan dilipat gandakan pahalanya.

l Puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah,
dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke
neraka.

l Puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan
akhirat kelak serta fitnah Dajal.

l Puasa lima hari - aman dari azab kubur.

l Puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan
muka bercahaya.

l Puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka
jahanam baginya.

l Puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga
baginya.

l Puasa sembilan hari - keluar dari kuburnya lalu
menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari
memasuki syurga.

l Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua
permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian
di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan
dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di
titian Siratul Mustaqim.

l Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa
fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

l Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa
fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

l Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya
yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan
dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa
fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

l Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam
syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam
syurga.

l Puasa 19 hari - Di bina sebuah mahligai di hadapan
mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.

l Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya
lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

l Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan
beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000
tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari,
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya,
70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika
terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit),
70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70
hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

l Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj)
seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai
dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

l Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan
airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada
manisan, lebih dingin daripada salji.

l Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti
mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan
bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan
umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu
bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada
matahari seribu kali.

l Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar,
dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu
kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan
seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab
hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya
sebuku roti.

Kelebihan lain pada Rejab:

l Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya
10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas
amalan umat-Nya 70 kali.

l Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan
petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan
tubuhnya daripada api neraka.

l Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan
bulan umat Rasulullah.

l Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan
menyiram tanaman manakala Ramadan bulan menuai.

l Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan
hati, manakala Ramadan menyucikan roh.

l Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban
bulan syafaat, manakala Ramadan menggandakan
kebajikan.

l Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah,
manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang
banyak.

l Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban
diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan
Rejab:

l Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan
memohon ampun

l Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan
beristighfar dan zikir

l Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan
solat

l Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan
berselawat dan berdoa kepada-Nya

l Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan
perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:

l Israk dan Mikraj (27 Rejab)

l Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam
(malam Israk Mikraj)

l Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan
Hijrah.

Doa pada Rejab:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan
Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadan. Aku
bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada
Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri
dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang
patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku
adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam
perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar
kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang
(mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang
Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku.

Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya
tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali
Engkau Ya-Allah.

Beristighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha
Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang
berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.

0 comments: