Oleh Along_Safa
"Semalam selepas saya pulang daripada menghadiri program Himpunan Pemuda Johor, saya singgah di sebuah warung bersama sahabat-sahabat. Di samping berbincang tentang strategi dan 'planning' yang akan dibuat untuk penggal kali ini, saya juga membelek-belek surat khabar Pancaindera Utusan Meloya.
Membaca surat khabar itu seolah-olah saya berada di dunia awangan. Segala-galanya sampah. Tidak ada satupun perkataan yang boleh memberi manfaat melainkan sampah-sampah yang lansung tidak memberi faedah. Dalam banyak-banyak sampah yang terkandung di dalam 'tong sampah' itu, saya agak tertarik dengan satu sampah ini. Tajuk artikel adalah 'Mana perginya tudung Salima?'.
Saya tergelak apabila membaca keseluruhan artikel tersebut yang secara telus menampakkan kebodohan yang maha bodoh di alam semesta. Tidak ada kebodohan yang boleh diungkapkan kepadanya melainkan bodoh di tahap yang tertinggi. Mengapa masih wujud orang bodoh yang secara terbuka menunjukkan kebodohannya?
Mungkin ada yang tidak mengenali Salima. Saya juga tak ambil tahu pun tentang dia. Yang saya tahu, dia pelajar (pelajar kah?) Akademi Fantasial musim 4 yang memakai tudung (atau lebih tepat bungkus rambut). Untuk membaca lanjut artikel tersebut, bolehlah ke link ini: www.utusan.com.my
Saya mahu ambil beberapa ayat yang agak menggelikan hati saya:
-----------------------------------------------------------------------
Katanya, apa yang dilihat oleh penonton itu sekadar rambut palsu. Pada dasarnya Salima tidak menanggalkan tudung jauh sekali dengan sesuka hati ingin mempertontonkan rambutnya kepada umum.
Sebaliknya sebelum rambut palsu disarungkan di kepalanya, dia terlebih dahulu memakai anak tudung yang menutupi keseluruhan rambut asalnya.
Dia juga menganggap, tindakannya itu tidak salah dan bersedia berhadapan dengan apa juga persoalan yang akan dibangkitkan selepas ini.
‘‘Saya berpendapat dengan cara itu saya masih lagi tidak mendedahkan rambut saya kepada orang ramai. Saya masih menutup aurat kerana rambut asal ditutupi dengan anak tudung sebelum saya dipakaikan dengan rambut palsu,’’ katanya
--------------------------------------------------
Apa respon anda terhadap kata-kata ini? Geleng kepala? Senyum? Ini adalah satu daripada mungkin berjuta rakyat Malaysia yang sememangnya tidak ada pegangan agama dan ilmu yang cukup kuat bagi menampung perjalanan diri sendiri.
Dengan pelbagai kaedah dan misi menidakkan kebenaran Islam ditegakkan di Malaysia, pelbagai pihak dilihat semakin banyak menyahut seruan ini. Seruan ke arah kebebasan mengikut pemikiran sendiri. Bijak mengeluarkan fatwa diri sendiri dan mampu mengatakan bahawa sudut hukum yang sesuai pada diri sendiri.
Apabila menyatakan memakai rambut palsu di atas anak tudung masih dikatakan 'menutup aurat', ini adalah satu 'trend' atau taktik terbaru yang sangat canggih bagi menyatakan berbuat maksiat dari sudut Islam. Kelak, akan diwar-warkan satu fenomena 'maksiat menurut perspektif Islam' ini yang akan digembar gembur supaya setiap masyarakat boleh berbuat maksiat asalkan perkara tersebut masih bersandar pada Islam.
Kelakar! Di mana majlis fatwa? Para mufti? Ini adalah satu kenyataan serius yang dikeluarkan oleh seorang rakyat Malaysia yang amat bertentangan dengan prinsip dan budaya masyarakat Islam. Saya juga berpendapat, kenyataan ini adalah satu penghinaan terhadap pemakaian tudung dan penutupan aurat bagi umat Islam seluruh dunia. Tudung telah dihina dengan amat jijik dan di taraf yang terbawah.
Satu proses kesedaran saya rasa perlu dibuat dan bagi menyedarkan Salima dan juga rakyat Malaysia akan kenyataan yang dibuat itu. Ini secara tidak lansung membawa mesej bahawa Islam mampu diremehkan hingga di tahap bebas yang sebebas-bebasnya. Satu memorandum kepada pihak pejabat agama atau pihak berwajib perlu segera dibuat bagi menyanggah kenyataan terbuka yang dibuat oleh Salima kerana ia secara jelas bercanggah dengan hukum dan tatacara berpakaian di dalam Islam.
Dalam pada masa yang sama, satu kempen kesedaran akan bahayanya kenyataan ini perlu diperjelas di setiap pelusuk negara dengan menggunakan medium media massa bagi memperbtul kenyataan bercanggah ini. Walaupun isu ini tidak se-gah isu Rosnah Mat Aris, namun jika dilihat pada jangka masa panjang, sekiranya 'trend' kenyataan seperti ini dibiarkan tanpa sekatan, ia akan menjadi virus perosak yang akan menghapuskan kemurnian Islam secara senyap dan berperingkat.
0 comments: