7/18/2007 12:03:00 am 0 Comments

PAS rakam tahniah kepada Gabenor Acheh








Maslan Yusoh
Thu | Feb 08, 07 | 07:29:13 AM

KOTA BHARU, 8 Feb (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Ir Irwandi yang dilantik sebagai Gebenor Wilayah Acheh.

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Yang Terhormat menduduki kerusi Gabenor Acheh."


Jika tidaklah kerana ihsan, sabar dan istiqamah pejuang-pejuang Islam di Acheh secara khusus serta berkat doa dan ikhtiar seluruh umat Islam, mungkin hal ini tidak akan terjadi,” katanya di sini.


Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?”. - Surah Fushshilat : 53).


Baru-baru ini Ir Irwandi dilantik sebagai Gabenor Acheh selepas memenangi pilihan raya yang diadakan setelah wilayah itu mendapat kuasa autonomi.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dengan pelantikan itu menandakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan Islam selaku ‘Khalifatu Fil Ardhi’ di muka bumi ini.


Menurutnya perkembangan itu dianggap sebagai satu dimensi baru politik dunia di mana di Amerika Syarikat pun mempunyai Datuk Bandar yang beragama Islam.


Alhamdulillah. Mari kita terus pikul amanah ini dengan segala kudrat dan upaya. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan mempermudahkan segala urusan kita untuk mengangkat kalimah Allah setinggi-tingginya, InsyaAllah,” ujar beliau.


0 comments: