Mahathir di pentas antarabangsa: Alahai Abdullah!
Posted on Thursday, February 08 @ 20:11:51 CST by reformis
"Tentunya kita berterima kasih ke atas Tun M kerana berjaya membawa Ali Shalal ke sini dan kejayaan konferen anti perang beliau. Ternyata Abdullah sebagai pengganti beliau jauh berbeza dari kemampuan dan visi Tun. Ternyata banyak perkara yang boleh dilakukan oleh negara kita termasuk kedudukan kita sebagai Pengerusi OIC dan sebelum ini NAM. Pengerusi OIC bukan sahaja perlu dilihat berucap dengan berani tetapi bergerak dengan lebih berkesan seperti menjadikan Kuala Lumpur penggerak gerakan seperti ini."
Oleh Husam Musa
Kehadiran Ali Shalal, 'Man in the Hood', yang dibawa khas ke Kuala Lumpur oleh penganjur Criminalising War Conference, membawa pelbagai mesej.
Amerika adalah kejam. Kekejaman di luar imiginasi majoriti ummat manusia.
Ali Shalal telah dikenakan kejutan elektrik sebanyak tiga kali. Kali terakhir kekejangan mulutnya telah menyebabkan lidahnya tergigit dan berdarah tetapi tidak ada sebarang rawatan dan pertolongan diberikan. Gambarnya dengan muka bertopeng dengan tangannya dihungkan dengan wayar elektrik pernah keluar dalam media Amerika tetapi segera ditarik balik.
Kekejaman seperti itu dan kekejaman-kekejaman lain dilakukan oleh Amerika di mana Presidennya dikatakan kuat beragama.
Pengarang Esther Kaplan dalam bukunya 'With God On Their Side', telah memetik pelbagai kata-kata Bush sendiri yang menunjukkan beliau seorang penganut agama yang wara'. Menjelang serangan ke atas Iraq dilancarkan, bukankah Bush berucap seperti ini: "power, wonder-working power, in the goodness and idealism and faith of the American people" dan kepada tentera Amerika beliau pernah berucap "In the words of Prophet Isaiah, 'to the captives, come out, and to those in the darkness, be free."
Christian Science Monitor melaporkan Bush pernah berkata "The first conversation I ever had with Vladimir Putin was about God."
Mengenai missi beliau di Timur Tengah, Bush berkata "it's the call of all religion - that each person must be free and treated with respect. And it is with that call I feel passionate about the need to move forward so that the world can be more peaceful, more free and more hopeful."
Tentu kita ingat, seminggu selepas peristiwa 9/11, Bush mengatakan perang terhadap keganasan adalah 'crusade'.
Bush bertindak ganas dan membiarkan kekejaman sebagai seorang beragama atau sebagai seorang munafik?
Apa pun, Ali Shalal telah memalukan Bush dan Amerika. Serangan ke atas Iraq itu sendiri adalah kekejaman dan di dalamnya berjuta-juta kekejaman yang lain.
Tentunya kita berterima kasih ke atas Tun M kerana berjaya membawa Ali Shalal ke sini dan kejayaan konferen anti perang beliau. Ternyata Abdullah sebagai pengganti beliau jauh berbeza dari kemampuan dan visi Tun.
Ternyata banyak perkara yang boleh dilakukan oleh negara kita termasuk kedudukan kita sebagai Pengerusi OIC dan sebelum ini NAM. Pengerusi OIC bukan sahaja perlu dilihat berucap dengan berani tetapi bergerak dengan lebih berkesan seperti menjadikan Kuala Lumpur penggerak gerakan seperti ini.
Tun M telah menghantar mesej yang jelas kepada Bush di Amerika dan kepada Abdullah di Kuala Lumpur.
II. Abdullah ikut telunjuk Samy, Samy ikut telunjuk siapa?
Abdullah mengambil alih pentadbiran negara dengan seribu harapan baru dari rakyat Malaysia. Habis sudah zaman gelap pertelingkahan, tekanan politik dan kurang peka dengan sentimen dan aspirasi rakyat.
Hasilnya, lonjakan besar sokongan dicampur manipulasi pilihanraya yang paling teruk sepanjang sejarah pilihanraya Malaysia. BN menang besar.
Kini, Abdullah mundur semula ke zaman sebelum beliau mengambil alih teraju utama negara.
Perjanjian konsesi lebuhraya berat sebelah diteruskan. Tak perlu dan tidak akan dikaji semula.
Teruskan kerahsiaan perjanjian konsesi berat sebelah tersebut dengan OSA. Rakyat tidak dibolehkan mengetahui kandungannya. Sekalipun pincang, ia adalah Rahsia Negara.
Naikkan tol untuk pastikan syarikat konsensi tetap untung. Apa peduli rungutan rakyat. BN selamanya memperolehi majoriti besar.
Tahan penunjuk perasaan aman yang cuba mempamirkan beban berat yang mereka terpaksa tanggung ekoran kenaikan tersebut. Suka, terima, tak suka, terima. Senang, terima, susah, terima. BN tak hargai perasaan anda jika pilihanraya masih jauh.
Teruskan cengkaman OSA untuk lindungi kepincangan.
Siasat orang yang dianggap mempunyai dokumen rahsia berkenaan. Tiada tolak ansur.
Geledah pejabat dan rumah mereka. Mesej yang jelas.
Tertulis di mana-mana. 'Samy' sindrom terus menghantui urusan lebuhraya negara kita.
Sampai bila? Anda ada jawapannya.
0 comments: