7/20/2007 07:54:00 pm 0 Comments

Frame1




Kecoh mengenai gambar palsu yang dilakukan oleh Tian Chua yang memaparkan Datuk Seri Najib, Razak Baginda dan Altantuya sedang makan bersama sehingga Tian Chua diugut oleh Pengarah Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Adelina Iskandar untuk menggunakan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 sebagai langkah menyahut desakan Pemuda UMNO yang dayus itu.

Kini timbul satu lagi gambar yang saya temui di sebuah website. Saya mengajak sdra untuk menilai sendiri tentang gambar di atas tersebut.

Pada 4 Julai 2007 yang lalu, TKO menganalisa gambar yang direka oleh Tian Chua dari imaginasinya dan terbukti gambar itu memang palsu. Namun kami berperpendirian bahawa "walaupun demikian ini tidak bererti gambar yang dimaksudkan oleh Burmaa (Amy) yang memberikan keternagan sebagai di dalam kes ini pembunuhan kejam Altantuya yang mendakwa wujudnya sekeping gambar di mana Altantuya dilihat ada makan bersama Razak Baginda, Najib Razak dan lain-lain itu tidak wujud."


Setelah diamati gambar itu dipotong tampal dari sebuah gambar sebenar iaitu dari gambar ini dan ulasannya boleh di baca di
kickdefella


Kini muncul sekeping gambar yang motifnya serupa tetapi perlukan penganalisaan yang lebih lanjut. Gambar ini diperolehi dari
Tomyam Photoshop.


Kali ini, kami tidak melakukan analisa detail terhadap imej berkenaan kerana di atasnya telah tertera perkataan "This image is photo enhanced by Creator Imigination". Ertinya gambar itu telah diberikan sentuihan software komputer. Samada ianya satu peristiwa yang benar-benar berlaku, masih boleh menjadi bahan gosip terhangat di alam siber.

Apabila diperbesarkan bahagian-bahagian imej berkenaan kita memperolehi ini:



Tidak seperti gambar yang dihasilkan oleh Tian Chua, gambar yang ini lebih mendekati "hal sebenar" kerana sukar untuk ditemui kesan "doctored" (pengubahsuaian). Namun ia tetap palsu.

Kerana apa saya kata palsu? Kerana, siapakah perempuan berbaju hijau yang miripnya Altantuya itu? Apakah beliau Altantuya? Blog
Cakap Tak Serupa Bikin menganalisanya dan menyatakan perempuan itu ialah penyanyi dan aktres Korea bernama U-Nee atau nama di pentas Lee Hye-ryeon.


Nah, terdengarkah lagi nanti Pemuda UMNO berkokok semula dan akan disahut kokok dari Adellina Iskandar, Pengarah Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, serta pekik lolong Datuk Norza, Ahli Majlis Tertinggi UMNO (yang mengugut Tian Chua kononnya perlu ditahan di bawah ISA) mengenai hal ini?

Sama-sama kita nantikan kerana selagi gambar sebenar tidak dikeluarkan selagi itulah masyarakat akan terus tertanya-tanya mengenai penglibatan Najib yang cuba diselindungkan dari kes Altantuya ini.


Laporan Greenbox
dengan bantuan zul_mz


0 comments: