7/19/2007 08:08:00 pm 0 Comments

Frame1
Oleh:
Wartawan
klpos.com

MODEL TERKENAL Natasha Hudson akan mengakhiri zaman jandanya dengan memilih ahli politik dan perniagaan Datuk Shahrin Zahari sebagai teman hidupnya. Shahrin berusia 31 tahun ini merupakan anak sulung kepada arwah Datuk Zahari, antara pemegang saham terbesar syarikat yang terlibat dengan industri minyak negara Ranhill Berhad.

Shahrin ini juga merupakan AJK Putera Umno, yang terkenal kerana sebahagian besar ahlinya mat rempit. Dapat Pingat Cemerlang Melaka yang membawa gelaran Datuk pada hari keputeraan Gabenor Melaka Tun Khalil Yaakob, tahun lepas.

Shahrin merupakan CEO Verti Global Berhad, dan merupakan jejaka idaman ramai artis dan model terkenal tanahair, bekas balak kepada penyanyi suam-suam kuku Krisya ini memang kaya raya dan berjiwa playboy.



Yang sebelah kanan Datuk Shahrin Bin Datuk Zahari itu Natasha Hudson, pengacara, model terkenal yang menjanda selepas minta cerai dari suaminya, Faiz, awal tahun ini.

Natasha sendiri khbarnya minta cerai kerana lakinya itu tidak berduit, tidak bekerja dan yang lebih utama kerana dia terpikat dengan mamat kaya bernama Shahrin ini.

Shahrin dan Natasha yang kononnya ditangkap berdua-duaan oleh bekas suami dan bekas ibu mertuanya sendiri.

Tapi itu cerita lama, entah betul, entah tidak, yang pasti, sekarang ini, AJK Putera Umno bernama Shahrin dan model yang juga janda hangat, Natasha akan berkahwin. Majlis resepsi mereka nanti akan diadakan di banglo kolonial tinggalan penjajah, Carcosa Seri Negara pada 4 Ogos ini.

Selepas Pengerusi Biro Ugama Pemuda Umno dan Setiausaha politik Menteri Kewangan Al Ustaz Reezal Merican memilih artis dan janda penyanyi Yantzen, Sharifah Haslinda atau Lynn kini Shahrin mengikut jejak langkah beliau.

Apapun, kepada Datuk Shahrin dan Natasha selamat pengantin baru. Pada Khairy, selamat jadi ayah tidak lama lagi. Jangan main mata dengan Maya Karin lagi. Dan mudah-mudahan lepas ini Nori Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat adik baru.

www.klpos.com
Apa Siapa Mengapa


0 comments: