7/17/2007 09:53:00 pm 0 Comments

Azalina perlu hati-hati bagi komen, jangan rendahkan hukum Allah


Intan Abdullah
Fri | Jul 13, 07 | 04:15:23 PM

BANGI, 13 Julai (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din hari ini menasihatkan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said agar berhati-hati dalam memberi sebarang komen sehingga merendah-rendahkan hukum Allah.

"Terutamanya beliau adalah Menteri Sukan, membuat komen yang mengajak orang ramai supaya melanggar hukum Allah," ujarnya.

Ia adalah berhubung tindakan Azalina yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan kepada pemberita mengenai pakaian wanita untuk bersukan yang tidak sepatutnya terikat dengan hukum pakaian Islam kerana ia tidak sesuai dengan aktiviti sukan.

Azalina, 43, yang memiliki tali pinggang hitam dalam sukan seni mempertahankan diri (taekwando) itu dilaporkan sebagai berkata beliau tidak perlu memakai tudung dan menegaskan bahawa atlit sukan wanita juga tidak perlu untuk menutup kepala.

Haron Din ketika ditemui di kediamannya pagi ini berkata, beberapa tahun sebelum ini, terdapat isu yang sama dalam masalah penentuan pakaian dalam bersukan khasnya pakaian wanita.

Beliau menyatakan bahawa ada seorang menteri yang faham agama berkata, "tidak mengapa dalam sukan untuk memakai pakaian yang sedia ada kerana semasa orang melihat mereka bersukan orang tidak melihat kepada badan mereka tetapi mereka melihat kepada permainan mereka," demikian kata menteri tersebut.

"Seolah-olah hendak mengatakan bahawa dalam sukan ini, tidak mengapalah kalau wanita mendedahkan aurat kerana ia tidak menjadi masalah," katanya dengan tegas.

"Hukum tetap hukum, akal dalam Islam bukanlah sumber hukum, tetapi ia adalah sumber mentafsirkan hukum melainkan dalam hal berijtihad," tegasnya.

Akan tetapi, ijtihad wujud dalam keadaan memerlukan hukum baru, dan di sinilah akal berperanan dalam berijtihad seperti yang telah digariskan oleh syarak.

Walau bagaimanapun, menurutnya lagi dalam hal yang telah sabit (tetap atau jelas) hukumnya seperti menutup aurat, ia hendaklah dipatuhi tanpa sebarang pertikaian.

Jika bermain di tengah penonton lelaki bukan mahram, maka hukum berpakaian hendaklah dipatuhi, katanya.

"Bukanlah bermaksud apabila wanita bermain sukan basket ball, nak kena pakai telekung. Mestilah mengenakan pakaian yang sesuai tetapi masih tetap menjaga batas yang telah ditetapkan," jelasnya panjang lebar.

Sementara itu, beliau mengambil contoh atlit wanita dari Bahrain yang berpakaian menutup aurat, Ruqayya al-Ghasara yang telah berjaya memenangi acara 200 meter olahraga di Sukan Asia, Doha.

"Menutup aurat tidak menghalang Ruqayya untuk mencapai kejayaan sehingga kemuncaknya, kalau dia boleh buat demikian (tutup aurat) sampai ke peringkat antarabangsa, apa alasan kita untuk mengatakan tidak boleh (bersukan dengan menutup aurat) ?

Haron Din yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia juga mengingatkan kepada kerajaan bahawa jangan kerana terlalu ingin mencapai mutu dalam sukan, maka dengan sewenang-wenangnya mereka boleh bertindak menganjurkan masyarakat supaya melanggar hukum agama apatah lagi menggalakkannya.

"Jangan nanti jadi 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran,' iaitu dunia tak dapat, akhirat pun tak dapat," tegasnya.

Berikut adalah komentar Azalina yang disiarkan oleh media antarabangsa, Reuters mengenai pandangan beliau tentang menutup aurat.

Azalina says Muslim sportswomen need not cover up

Wednesday, 11 July 2007, 08:47pm

Azalina says Muslim sportswomen need not cover up - Datuk Azalina Othman Said,

PUTRAJAYA (July 11, 2007): Malaysia's Youth and Sports Minster, a Muslim woman with a martial-arts black-belt, likes to lead by example: she does not wear a headscarf and insists that Muslim sportswomen do not have to cover up either.

Datuk Azalina Othman Said, 43, believes women offer the best chance of glory for a modern Muslim nation hungry for sporting success - but in trying to encourage more girls to take up sports, she is quietly holding the line against conservative Islam.

Wearing a tracksuit-top and pants, Azalina told Reuters in an interview in her office yesterday that Muslim sportswomen were free here to dress just like their non-Muslim rivals, whether in the pool, on the diving board or in the gymnastics arena.

"It's never become an issue in Malaysia," she said, declaring that women of all ages should, and do, feel free in this country to "wear shorts and jump around".

"I mean we have Muslim gymnasts wearing tights and it's never crossed anyone's mind about how athletes are dressed. I am quite thankful that the people of Malaysia are still open-minded. "

But in reality not all Malaysians are so open minded.

In February, the Islamist government of the northeast state of Kelantan barred men from watching or officiating at a women's national sports competition - and even in the absence of men, many athletes chose to compete wearing headscarves.

Malaysia prides itself on being a moderate Muslim country and its national government presents itself as a bulwark against Islamic extremists, but Malaysian society is widely seen to be bending to the global forces of conservative Islam.

In a country where 20 years ago women tended not to wear headscarves, religious police now prowl nightclubs and have detained women for immodest dress. This month, they hauled a singer away from a club for exposing too much of her back.

Religious authorities have so far stayed outside the sporting arena, and Azalina remains confident that it will stay that way.

But she warns that this cannot be guaranteed if there is a change to Malaysia's formula of multi-racial coalition government, where the Muslim majority share power with non-Muslim parties representing ethnic Chinese and ethnic Indians.

"The day they change the government, I doubt it," she said, shaking her head. - mns


0 comments: