7/18/2007 12:36:00 am 0 Comments

RAHSIA SUAMI

SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 tahun kotak hitam itu di situ. Satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu. Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya.

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? "

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab, "Sayang, setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan".

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya lagi, "Tapi abang kenapa ada duit RM 3000? "

Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab, "Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ ".

JERUK PELAM

Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 Purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Ms. Choo.

Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka beraturlah memurid tahun 6 Purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah...ada yang bagi hadiah...selepas bagi hadiah dan kad, masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.

Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar...lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya. .. Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur...semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi.

Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa...."Hummm. ..masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeah... cikgu suka jeruk pelam tau".

Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ...

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------

JIRAN MISKIN

Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu masuk ke rumah. "Ayah....Ibu ...!!" teriaknya. "Jiran kita itu pasti orang miskin ....."

Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.

"Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?"

"Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen."

PANGGILAN KECEMASAN

Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC. Tiba-tiba seorang menjerit.. "Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..! "

Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu. Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak ada isteri..setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin. Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar.


0 comments: