7/19/2007 08:34:00 pm 0 Comments

Nampaknya keghairahan UMNO untuk memasuki pusat-pusat pengajian dan sekolah kini semakin galak. Jika bulan lepas Ketua Pemuda UMNO Wilayah, Norza telah memberikan ucapan dihadapan pelajar-pelajar baru Universiti Malaya kali ini giliran Abdul Azeez Ketua Putera UMNO memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi merasmikan Hari Patriotik UPSI 2007 di Padang UPSI.

Tidak cukup dengan itu, UMNO cuba mengambil kesempatan sementelahan mereka masih berkuasa untuk memanjangkan 'lawatan' melalui program Jelajah Sekolah dan Pusat pendidikan bagi tujuan memberikan motivasi untuk menangani masalah jenayah. Tindakan mereka ini adalah satu usaha yang baik tetapi dengan cara dan gaya yang dibawa iaitu sebagai parti politik mereka tidak seharusnya melangkaui bidang kuasa Kementerian Pelajaran dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Cadangan Abdul Azeez ini umpama lebih sudu dari kuah. Kita telah mempunyai banyak organisasi dan badan-badan bebas yang boleh tampil ke hadapan untuk membantu memberikan motivasi dan pendedahan kepada pelajar tentang jenayah dan bahaya jika mereka terlibat.

Pihak Polis, Rakan Cop, Agensi Dadah Kebangsaan, Pusat Sosial Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Guru dan ramai lagi agensi Kerajaan dan NGO boleh turut serta. Tapi, bukannya parti politik.

Keraguan timbul bila UMNO menyuarakan hasrat untuk turun disemua sekolah kerana kehadiran UMNO adalah umpama tikus membaiki labu.

Program untuk Mat Rempit yang dilancarkan bersama Khairi sebelum ini dilihat gagal menangani masalah jenayah dikalangan Mat Rempit. Peningkatkan jenayah tetap berlaku. Kenapa? inilah persoala yang bermain dikepala kita. Mengapa sebuah parti politik yang diberi mandat untuk memerintah negara gagal dalam kempen mereka membasmi jenayah.

Apa yang saya lihat, UMNO hanya bermain dengan pentas nyanyian dan Karaoke untuk membasmi Jenayah. Mereka tidak serius untuk membasmi Jenayah. Mat Rempit dan para remaja dikumpulkan dihadapan pentas dan dihidangkan dengan penyanyi untuk mereka puja dan akhirnya hanyut tanpa hala tujuan.

Hiasan menarik dan poster beliau benci dadah, benci buli dan sebagainya hanyalah topengan bagi mereka menarik perhatian media. Hakikatnya mereka hanya merosakkan para belia dinegara ini dan mengajar mereka gaya hidup bebas dan bercampur gaul lelaki dan perempuan secara bebas.

Oleh itu, saya menolak sekeras-kerasnya campurtangan Putera UMNO ke sekolah-sekolah atau pun Institusi Pengajian Tinggi dinegara ini berkaitan dengan masalah jenayah dipusat pendidikan negara.

PUTERA UMNO seharusnya mempunyai fokus strategik dan tidak menjadikan masalah Jenayah di pusat-pusat pendidikan negara sebagai bahan politk bagi meraih sokongan generasi muda negara ini. Jangan rosakkan mereka dengan agenda UMNO anda!!!

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


0 comments: