“Saya benar-benar mengambil pengajaran daripada peribahasa ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata beginilah rasanya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Rosnah berkata demikian mengenai kenyataannya dalam rancangan Sensasi di TV3 yang menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah, Saidatina Siti Khadijah sehingga menimbulkan pelbagai reaksi tidak puas hati dari umat Islam. Katanya, menyedari telah terlepas cakap, dia terus membuat maaf secara terbuka dengan sebuah akhbar tabloid (KOSMO!) dengan kerelaan hati. “Saya sebenarnya sudah dihubungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri dan tanpa segan silu juga saya meminta maaf dan menerima secara hati terbuka akan segala teguran. “Semua ini membuatkan saya begitu mengambil pengajaran dan menyesali perbuatan terlepas cakap itu,” katanya. Menurutnya, dia menyedari bahawa perkahwinan dan alam rumah tangga yang dimiliki oleh Rasulullah dan Siti Khadijah merupakan cinta yang paling suci dan agung di muka bumi ini. “Ia sama sekali tidak boleh dicemari apatah lagi dengan kata-kata, tetapi sama-samalah kita mengambil pengajaran dari sirah Rasulullah itu untuk dijadikan panduan,” katanya. Dia juga berharap agar seluruh umat Islam sedia menerima permohonan maafnya itu dan berjanji akan berhati-hati mengeluarkan kata-kata pada masa hadapan. “Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ini kerana saya perlukan peluang agar kesilapan ini dapat diperbaiki, maafkan saya,” katanya. |
0 comments: